Selasa, 15 Oktober 2013

PERUTUSAN HARI RAYA HAJI





PERUTUSAN EIDUL ADHA 1434H

Saban tahun 10 Zulhijah adalah hari untuk umat Islam memperingati dan menyambut hari yang berbahagia. Bulan Zulhijah ini adalah bulan yang memiliki keutamaan tersendiri.

Alhamdulillah, kita terus memanjatkan syukur atas kurniaan nikmat oleh Allah S.W.T yang memberikan terus kekuatan ukhwah umat untuk menikmati bulan Zulhijah, terutamanya 10 hari pertama. At-Tarmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda “Tiada sebarang haripun dari hari-hari yang paling disukai oleh Allah dilakukan ibadat di dalamnya dari sepuluh hari Zulhijan, setiap hari puasa di dalam tempoh itu menyamai menghidupkan setahun dan menghidupkan malamnya seumpama menghidupkan Lailatul Qadar”

Ibadah korban adalah tanda syukur  kepada Allah atas nikmatnya serta mewujudkan semangat kerjasama, perkongsian dan tolong menolong dalam masyarakat. Disamping amalan sedekah dan ziarah terus dikekalkan. Inilah indahnya Islam apabila ibadah korban itu dapat dihayati dengan keikhlasan.

Justeru, marilah kita menginsafi dan redha dengan ganjaran ibadah korban ini. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar seperti kisah Siti Hajar dan Ibrahim a.s yang sabar dengan ujian Allah, lalu dikurniakan Allah satu mukjizat kepada sekalian manusia iaitu air zam zam yang tidak pernah putus bekalan hingga saat ini.

Ayuh kita raikan Eidul Adha ini dengan keikhlasan dan memaknai pengorbanan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat

-----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

10 Zulhijja - Yawm al-Nahr

DDKB berkata...

Hari raya korban.....berkorban...mean..ikhlas..jujur...yakin...bersih hati....kerja keras dan berjiwa penuh kebaikan.....kalau buat salah mengaku....kalau tak diperlukan ...berhenti...kalau salah...berhenti tanpa dibuktikan...kalau dibenci..berhenti...kalau sewel pun berhenti dari memgang amanah dan tanggungjawap...cukup tanggung jawap keluarga jangan rakyat jelata....itulah konsep nya berkorban...BUKAN BERKORBAN MARUAH KERANA NAK KAYA SAMPAI MATI.....itu sewel.......ADAKAH MEKE MEKE NI PAHAM KONSEP NI....MMMMMM..JAUH PUKI DARI PELIR......HIPOKRIT TAHAP MAKASAR.