Rabu, 13 November 2013

DUA GARIS - DUA PERJUANGAN








 TUAN HAJI MUHAMAD SABU
 

DUA IMEJ – DUA GARIS

APABILA 1,300 perwakilan Pas menghadiri muktamar tahunan parti itu yang ke-59 mulai 22 November ini, mereka mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama Pas dan kedua, mendesak supaya Pas tidak menjadi ‘lebai malang’ melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang. (Zulkiflee Bakar – Mingguan Malaysia 10/11/13)

Pada satu ketika  yang tak berapa lama dahulu – dizaman kegemilangan kerajaan Ketuanan Melayu – media milik United Malays National Organisation langsung tidak ambil pot sama ada DAP  berkongres atau PAS bermuktamar. Dengan keangkuhan  kuasa yang dimiliki kerajaan Ketuanan Melayu ini bermimpi bahawa hingga dunia kiamat mereka akan terus berkuasa.

Kini kerajaan Ketuanan Melayu ini telah terjaga dari dengong khayalnya. Sesudah PRU12/13 – lanskap politik Malaysia telah berubah. Hegemoni kuasa yang dimiliki oleh United Malays National Organisation telah retak  , terhakis dan menunggu masa untuk terbarai. Hukum-hukum dan syarat sosial telah berubah dan TIDAK lagi menyebelahi parti Ketuanan Melayu. Rakyat Malaysia semakin ramai melarikan diri dari United Malays National Organisation macam tikus takutkan ular tedong- macam Mat Rempit bencikan ‘road-block’.

PRU13 saheh membukti bahawa kerajaan Ketuanan Melayu yang wujud pada hari ini adalah kerajaan haram.  Bukan hanya TIDAK mendapat undi popular – malah undi yang didapati pun dengan cara menipu. Undi  tipu datang dari penipuan   Pengundi Awal, dari Pengundi Hantu dengan kad pegenalan palsu dari Sabah dan Sarawak atau dari dakwat kekal yang TIDAK kekal. Ini hanyalah sebahagian dari penipuan yang telah saheh dibuktikan. Terbukti sah bahawa kerajaan Ketuanan Melayu ini hanya mendapat 47% dari undi popular wal hal Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi popular.

Faktya 47% dan 52% ini wajib terus dingati  dan diheboh-hebohkan kerana ini hakikat lanskap politik Malaysia sekarang. Apa sahaja dasar, apa sahaja rancangan, apa sahaja undang-undang yang dijalankan oleh Parti Ketuanan Melayu semuanya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat  negara ini.  

Dasar yang dijalankan oleh kerajaan Ketuanan Melayu ini  ialah dasar haram. Undang-undang yang diluluskan di Parlimen ialah undang-undang haram. Ini hakikat. Malah setiap ahli, setiap YB dan setiap Menteri dari parti Ketuanan Melayu sedar tentang hal ini. 

Justeru, dari kesedaran ini parti Ketuanan Melayu sedang merancang untuk mematahkan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR.  Perserikatan kerjasama antara tiga buah parti politik yang telah terjalin semenjak  PRU 12 dahulu telah berjaya mengubah lanskap dan persepsi politik Malaysia.

Orang ramai, rakyat Malaysia terutama anak muda – telah tidak segan lagi untuk memperlekeh konsep Ketuanan  Melayu malah mempertikikan sejarah kewujudan  United Malays National Organisation sendiri. Orang ramai  – anak semua bangsa – kini  secara terbuka  telah berani untuk menolak hegemoni parti Ketuanan Melayu.

Dengan menggunakan kayu ukur  konsep ketuanan Melyau, dengan mengunakan  slogan Hidup Melayu parti United Malays National Organisation telah menjaja apa yang mereka panggil Perpaduan Melayu. Daging busuk yang bernama Perpaduan Melayu ini telah dijaja ke hulu ke hilir. Hanya dengan satu harapan, hanya dengan satu mimpi, bangkai busuk ini akan memerangkap beberapa ekor  buaya-buaya  lapar balak dan buaya buaya lapar projek yang sentiasa lapar dalam Pakatan Rakyat.

Strateji  parti Ketuanan Melayu ini cukup senang.  Tidak perlu mengupah APCO  untuk menjadi jurufikir atau meminta Idris Jala membuat ‘makmal’.  Strateji  gerombolan Ketuanan  Melayu ini jelas bogelnya.

Pakatan Rakyat perlu dimusnahkan. Peranan ini wajib dijalan oleh PAS. Parti Islam ini  wajib meninggalkan Pakatan Rakyat. PAS wajib kembali dengan hujah lama. Kembali dengan pedekatan lama. Bukan mengajukan Negara Berkebajikkan tetapi  Negara Islam. Bukan untuk   membawa keadilan sosial untuk semua  tetapi membawa Hudud yang menakutkan. Bukan menjadi parti politik yang berjuang  untuk mewujudkan agihan ekonomi yang adil tetapi   PAS yang  terus mengeluarkan  fakwa fatwi  danb ayat-ayat untuk menghalal dan mengharam yang itu dan yang ini. PAS juga wajib terus menghukum  si Polan dan Si Polan atas nama Islam.

Hakikatnya  berkerjasama  dan bersetiakawan dengan yang bukan ahli Pas adalah ‘haram’. Ahli PAS disini wajib dibaca sebagai  dari Bani Melayu sahaja. Justeru bekerjasama dengan bukan Melayu oops... dengan bukan Islam itu haram. Inilah  fatwa yang terus diidam-idamkan oleh United Malays National Organisation. Inilah garis politik yang  diharapkan muncul dalam Muktamar PAS yang Ke 59 ini.

Bukan susah untuk mencari buaya lapar projek dalam PKR, dalam DAP atau dalam PAS. Dalam parti PAS buaya-buaya lapar projek ini  boleh mengolah kelaparan mereka dengan ayat-ayat suci, dengan  hadith dan sanad. Pekara ini bukan susah untuk dilakukan. Perpaduan Melayu ini akan diganti dengan Perpaduan Ummh. Ucapan politik Perpaduan Ummah ini akan disira pula dengan beberapa  ayat-ayat  Arab. Pengunaan ayat-ayat dalam  bahasa Arab  pasti menjadi umpan yang  afdal dimata kail.  Inilah keindahan parti PAS.

Muktamar ke 59 PAS kali ini memperlihatkan dua imej dan dua garis. Memahami realpolitik ialah memahami tentang garis politik.  Retorik yang dihamburkan  hanya bertujuan untuk mengolah persetujuan untuk mendapatkan kuasa politik.  Kuasa politik yang ingin dirangkul akan  dapat  mengkaut  kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi sekali  lagi akan memperkukuh kuasa politik. Berpolitik ialah bekerja mencari sokongan ramai  untuk mendapat kuasa ini.  Inilah realpolitik – sama ada parti  politik  Islam atau parti politik Hindu.

Dua garis pertembungan dalam PAS ini sedang jelas kelihatan.  Garis Perpaduan Melayu opps... Perpaduan Islam atau garis Perpaduan Kerjasama Menentang Kezaliman. Muktamar ke  59 ini adalah manifestasi pertembungan dua garis ini.  Satu diwakili oleh Nik Ammar dan satu lagi oleh Muhamad Sabu a.k.a Mat Sabu. Pertembungan garis ini  sedang berlaku dalam semua tahap pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini.

Peranan  dan niat parti Ketuanan Melayu cukup jelas. Sebelum ajenda Muktamar PAS dimulakan -   52% rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat telah melihat bagaimana saban hari media milik United Malays National Organisation membuat onar terhadap parti DAP. Sebelum dan sesudah Kongress DAP kita melihat bagaimana hampir setiap hari akhbar Melayu yang kesesakan iklan ini menabur fitnah, menabur tohmah dan mewujudkan kesangsian Orang Melayu terhadap peranan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kempen anti DAP ini ditujukan untuk Bani Melayu dan Bani Kerajaan Perpaduan dalam PAS.

Kita lihat bagaimana bertahun-tahun sebelum PRU13 lagi ajen-ajen United Malays National Organsiation didalam PAS telah membuat onar. Hari ini  rakyat Malaysia telah diberitahu bagaimana pada malam kekalahn United Malays National Organisation di Selangor dalam PRU12,   si Haji Datuk Doktor  Hasan Ali telah mula membuat  rundingan untuk mendirikan kerajaan campuran antara PAS dengan United Malays National Organisation.

Hari ini umum telah juga mengetahui bagaimana ajen gerombolan  Ketuanan Melayu ini  telah menyalar dan membelit untuk terus menjual daging busuk yang bernama Kerajaan Perpaduan. Kempen Kerajaan Perpaduan ini  bertali arus. Hampir setiap Menteri United Malays National Organisation telah menyuarakan pandangan tentang betapa pentingnya  Perpaduan Ummah opps... Perpaduan Melayu untuk kesejahteraan Islam.

Mengikut  lojik Ketuanan Melayu  jika Orang Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur lebor punah ranah. Justeru kita melihat pinangan dan jemputan datang secara terang-terang dan  juga pinangan  datang  secara gelap-gelap.   Pinangan secara gelap-gelap ini yang menjadikan air liur Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa terbarai meleleh  hingga boleh menenggelam sebuah madarasah.

Kita juga telah melihat bagaimana tiga tahun dahulu Utusan Malaysia telah secara terang-terangan telah menjadi jurubicara kepada Nasaruddin Mat Isa. Ini berlaku ketika adanya perlawanan perebutan tiga penjuru untuk menobatkan Timbalan Presiden Parti Pas.

Apakah kali ini ianya berbeza? Jawabnya TIDAK. Malah kali ini taktik dan kempen gerombolan untuk memecahkan  saf PAS dilakukan secara terancang. Berbulan-bulan sebelum Muktamar telah dimunculkan ajenda Shiah. Amat jelas ajenda Shiah ini bertujuan untuk memastikan Mat Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS akan dapat dikalahkan.

Mazhab Shiah ini digunakan oleh mazhab Sunni Wal Rasuah ini kerana diwar warkan Mat Sabu ini ialah seorang pengikut mazhab  Shiah. Mengikut ajaran Sunni Wal Rasuah kerana  Mat Sabu tidak makan sotong maka Mat Sabu tidak berhak untuk menjadi pemimpin PAS.

Sebenaryna bukan makan sotong yang menjadi latar kempen anti Shiah yang telah dilancarkan oleh  Ketuanan Melayu yang bermazhabkan Sunni Wal Rasuah. Kempen anti Shiah yang dijalankan oleh Ketuanan Melayu ini adalah kempen garis politik. Shiah atau Sunni ini hanyalah bertujuan untuk mengolah persetujan ahli PAS untuk menolak atau menerima garis politik Mat Sabu atau garis politik Nik Amar.

Ahad baru ini ‘salvo pertama’ telah dilancarkan oleh Mingguan Malaysia untuk  meraih simpati 1,300  perwakilan PAS agar mengundi Nik Amar  untuk mengalahkan Mat Sabu. Dalam masa dua minggu sebelum Muktamar ini  rakyat Malaysia – anak semua bangsa -  akan membaca, mendengar dan melihat banyak lagi bentuk-bentuk kempen yang akan dijalankan  untuk memastikn Mat Sabu kalah.  Kenapa agaknya penting  sekali Mat Sabu ini dikalahkan? Tunggu minggu hadapan.(TT)

 

 
NOTA
tulisna ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92- 21-10 -45

---------

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ustaz2 PAS hanya cari makan dgn jual agama....
celakalah mereka.....
wak segan bercampur dgn PAS sbb kaki putar belit.......

siti harapan berkata...

Sebagai rakyat marhaen yang menyokong prinsip prinsip demokrasi .... dan mahukan perubahan dalam urus tadbir negara yang saya cintai ini, En Mohamad Sabu patut dikekalkan kerana beliau adalah antara ikon yang menjadi titi yg menjadi penghubung dalam pakatan rakyat.

siti harapan berkata...

Vote for Mohamad Sabu. Ikon rakyat marhaen.

Tanpa Nama berkata...

Sebahagian besar bani Melayu dalam PAS masih tidak dapat berfikir secara rasional dan logikal apabila berdepan dengan isu 'Perpaduan Melayu/Daging Busuk' kerana mereka terikat dengan ajaran agama yang melihat Islam tu adalah penyelamat mereka walhal UMNO dah lama kondem PAS sebagai parti politik yang dikuasai oleh golongan ulama berfikiran konservatif/sempit/ekstrimis dan kadang kala cenderung 'taliban' atau ganas. Apabila ada pengaruh moden dan sekular/demokratik masuk maka UMNO cukup takut kerana ini akan membuka mata orang PAS terhadap kezaliman UMNO dalam mentadbir negara. Kalu PAS berdengung dengan dunia sempit yang dibawa oleh ulama yang fasif atau petah dengan ayat Quran/hadis dalam bahasa Arab itu yang dikehendaki oleh UMNO untukk terus klentong bani Melayu dalam PAS. Malangnya nak buang pemimpin/ulama PAS kolot tu sulit kerana mereka pun mungkin telah dipasang oleh orang UMNO seperti yang kita sudah lihat sosok seperti Hassan Akidah, Nasharuddin.

Tanpa Nama berkata...

cerita lain:

"MANJUNG: Seramai 20 warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan kerana memiliki MyKad palsu atau milik individu lain." Berita Harian 13.11.2013

Heran aku!

Kenapa berita ni keluar selepas berlaku peristiwa pembunuhan Norazita?

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...

pak tt pun ada calon feveret nampaknya...

seghopa utusang jugak, ada calon feveret...

padahal dua-duanya bukan perwakilan yang layak memilih nanti...

tak kesah la pak tt...

dua garis ka, dua kelas ka...

yang aku nampak hanyalah olah persetujuan!

Tanpa Nama berkata...

Makalah Isma ni tepat.UMNO memang nak Mat Sabu kalah agar projek UG dapat berjalan.Mat Sabu punya jari dalam banyak NGO terutama Bersih.Semua orang tau Bersih sudah menggoyangkan kerajaan.Mat Sabu diantara pengerak Bersih.Ini yg UMNO tak tahan.Sebab itu Nik Amar dapt sokongan Utusan.Tak hairan sehari dua lagi munkin akan ditemuramah TV 3.Begitu juga pada pemilihan Ketua Pemuda PAS, ada calun dari puak UG yg dapat sokongan DPPP.Semua ini perancangan UMNO disuntik kedalam minda puak UG dalam PAS.Wahai! Perwakilan.Waspada, waspada, waspada.

Tanpa Nama berkata...

FUCK SOSIALIS YG SO SIAL

JATUHKAN MAT SABU YG SERABUT

Tanpa Nama berkata...

Apasalla sambung minggu depan pulak bro....potong stim betullah....kasi habis satu kali lah senang....ini part I ke? ...minggu depan sambungan cerita Abang Mat Bronson strike back....hahahaha....kami tunggu bro...!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang2 muda suka mat sabu....aku sertai perhimpunan BERSIH sebab abg mat ada di situ bersama kami....abg mat sporting.....

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa dua minggu sebelum Muktamar ini rakyat Malaysia – anak semua bangsa - akan membaca, mendengar dan melihat banyak lagi bentuk-bentuk kempen yang akan dijalankan untuk memastikn Mat Sabu kalah. Kenapa agaknya penting sekali Mat Sabu ini dikalahkan? Tunggu minggu hadapan.

Ini ayat gua cukup minat nak melabon.. sblm TT ulas, sblm gua bocorkan idea TT, biar gua tunggu labon TT dulu.. Mat Sabu adalah nyawa gerombolan, jika ustat2 dan lebai malang PAS berani melondeh seluar dalam atas pentas, berani bukak serban, nasib PAS akan berubah. Senjata ugama mmg ampuh, tetapi ada revolusinya.. namun lebai malang tetap lebai malang.. nak diajar, kepandiran sudah menjadi pengijazahan kepandaian dalam parti lebai2 malang ini.. ditambah pula ulamak yg kotenya lebih hebat dari ilmunya sendiri.. jadilah mcm 'pelir lepas pancut'..hampeh dan bodo sombong belaker.. Allahuakbar..

MR SAIRIM berkata...

Amaran untukbahli pas...kalah mat sabu...habislah korang kena sapu........mat sabu peelu dan mesti ada di TIMBALAN....hadi sikit hari mau mati....kasi kat sabulah pimpin....hadi tau memancing je...ahhh...mat sabu tau resipi goreng gorengan.......vote mat sabu for timbalan presiden pas.....tak kesah...walau wak bukan ahli pas.....wak suka mat sabu.....di fighter.

Tanpa Nama berkata...

UNO BERKUASA KRN.MELAYU MAU UNO. JGN SILAP.BACA..MELAUY TAU UNO PARTI RASUAH X DEN.SALAH GUNA KUASA. SEMUA.TAHU..MELAUY SUKA.UNO.KERANA DPT BANTUAN.PROJEK HIDUP SENANG.LENANG YAK.PAYAH SUSAH.MUSAH TUNGGU KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Parti yg dulu tak ada sokong. Nak beli bendera tak ada duit. Jgn.lupa diri skrg..kalau.mat sabu bungkus engkau org tunggu buaya lapar.projek ramai kat pas... habis kena jual.pas nanti... kah kah kah