Khamis, 26 Disember 2013

KUALA LUMPUR - LONDON










 MENCARI AISHAH

KUALA LUMPUR- LONDON

Jam 10.30 aku wajib sampai ke KLIA. Cik Gu Kamar dan Dean Nelson pergi ke lapangan terbang lebih awal dengan teksi. Aku naik keretapi dari KL Sentral. Sesampai di KLIA – kelihatan satu  kumpulan wartawan telah  sedia menunggu. Yang aku kenali hanya tim dari The Malaysian Insider yang telah mengambil berita dari blog Tukar Tiub untuk memecah berita. Pesawat akan terbang sebelum  tengah malam. Tetapi telah diumumkan  terlewat 20 minit. Aku merasa lega.

Wartawan melakukan apa yang wajib mereka lakukan. Ini tugas mereka. Mereka bekerja mencari berita. Aku memahami ini.  Kami tidak ingin berkata apa-apa kerana kami risau jika pekara ini menjadi buruan media maka peluang untuk ditemukan Kakak dengan Adik akan gagal. Dalam kepala aku inilah harapan  yang aku bawa ke London dengan menaiki A380 – pesawat yang terbesar untuk penerbangan awam – milik MAS.

Dalam pesawat aku duduk disebelah Dean. Cik Gu Kamar terpisah – duduk  dibarisan yang lain. Pesawat penuh dengan Mat Saleh yang ingin pulang ke London.  Aku tak ambil pot dengan Mat Saleh ini – untuk aku mereka semuanya  adalah FILTH – Failed in London Try Hong Kong - ini nama manja untuk para Mat Saleh ini yang popular digunakan oleh kawan-kawan aku.

Perjalanan 13 jam ini merapatkan aku dengan Dean. Dia berkesah tentang isterinya di New Delhi yang kini menjadi pakar ‘pembakar roti’ dan penulis buku masakan. Dia juga bercerita  tentang latar belakang   ‘working classnya’ yang menarik dirinya untuk menjadi penganut  Marxist.  Sesekali dalam kapal Dean memanggil aku  ‘comrade’. Beberapa kali panggilan taliponnya telah juga menggunakan ‘comrade’. Aku selesa dengan perkataan ini. Ini adalah tanda silatulrahim setiakawan antara gulungan terindas tanpa mengira bangsa dan agama. Istilah ini menjadikan kami internationalis yang telah melintasi bangsa dan agama.

Yang menjadi ironinya  ialah kami berdua sedang  membantu Cik Gu Kamar untuk mencari Adiknya – seorang ‘comrade’ yang telah ‘lama tercicir’ dalam dunia yang telah jauh berubah. Siti Aishah yang masih terperangkap dalam dunia Maoistnya.
 
Untuk membunuh masa aku cuba menonton filem terbaru Woody Allen. Berkali-kali aku  tertidor dan terjaga apabila  aku cuba menonton filem ini. Sebenaranya aku telah merasa bosan dengan filem-filem terkini – amat jarang yang dapat memenuhi cita rasa aku. Kalau dulu Woody Allen ini satu kepastian kini aku lihat – semuanya saperti lawak bangang ulang tayang. Ahkirnya hampir jam 6:00 pagi   kami mendarat di Heathrow.

Heathrow sekali lagi. Dilapangan terbang ini aku telah dua kali ditinggalkan kekasih. Heathrow yang membawa lara. Seorang kekasih dari Sepanyol dan seorang dari Sweden – justeru tempat mendarat lagi dikenang inikan pula tempat ‘bercewek’.  Aku difahamkan diluar amat sejuk. Aku juga difahamkan ramai wartawan sedang memunggu.

Aku dan Cik Gu Kamar melintasi pegawai immigrasi  tanpa banyak songel. Kami terus ke luar. Di luar saperti yang telah dirancang – aku bercakap beberapa patah untuk mengucap terima kaseh kepada para wartawan yang menunggu berjam-jam.  Kami menyatakan kami ingin beredar untuk terus berehat. Aku ternampak muka kawan lama dan juga muka wartawan Malaysia yang pernah aku kenali  20 tahun dahulu.

Dengan cepat kami masuk ke dalam kereta dan terus  meluncur masuk ke pusat kota. Sejuk. Sejuk dan sejuk. Lalu aku bertanya kepada diri aku bagaimana satu ketika dahulu  aku sanggup tinggal dalam  bumi yang cuacanya bagini hodoh. Aku menjawab dengan senyuman -  ketika itu kemudaan  aku telah melintasi segala-galanya.

Jalan-jalan kota London yang pernah aku lalui – aku lintasi sekali lagi. Semua ingatan datang kembali. Kota London sedang bersedia untuk merayakan Hari Lahir Nabi Isa. Di sana sini kelihatan lampu dan iklan tanda sambutan  kesampaian Hari Natal.

Pamandu kereta seorang lelaki dari Kabul memastikan kereta kami tidak diekori oleh wartawan. Kami sampai ke hotel  tidak berapa jauh dari Stesen Victoria. Hotel kami disebelah padang yang luas. Sebelah hotel kami ialah sebuah sekolah dan sebuah kolej. Ketika kami masuk ke perut kota jalan masih belum lagi sibuk.

Satelah masuk ke bilik kami berkumpul kembali  di  ruang tamu. Kali ini seorang lagi wartawan dari Daily Telegraph  datang bersama. Dean Nelson akan mengundur diri untuk pulang ke New Delhi.  Kini tugasnya akan diambil alih Martin Evans.

Sambil minum kopi sambil kami merancang. Kami  bercadang  untuk ke  Chester – 2 jam perjalanan dari kota London. Dikota ini ialah pejabat  Freedom Charity - NGO dimana Siti dikatakan sedang berehat. Untuk melunakkan keadaan Cik Gu Kamar telah menulis sepucuk surat yang akan diberikan kepada Pengarah NGO  ini dengan harapan ianya akan disampikan  kepada Siti Aisiah.  Dalam perancangan - sesudah surat disampaikan - semunya bergantung kepada Aishah sama ada dia ingin bertemu dengan Kakaknya atau tidak.

Aku cuba membantu Cik Gu Kamar untuk menulis surat untuk adiknya. Lembaran yang aku baca menyakinkan aku dengan serta merta bahawa   Sang Kakak ini tidak memahami bahawa adiknya hanyalah ikatan bioloji tidak lebih dari itu. Mereka memiliki DNA yanhg sama tidak lebih dari tu.  Fikrah dan pandangan dunia Adiknya bukan pandangan dunia ‘perempuan Melayu feudal’.  Untuk aku Siti Aishah telah menjadi  internationalis -  warga dunia  - yang pada satu ketika dahulu pernah  tinggal di Jelebu.  Sama ada Aishah  ini ‘masih Melayu atau masih Islam’ untuk aku  ini  semua tidak  penting. Yang penting Si Kakak dapat bertemu dengan Si Adik.

Surat selesai ditulis.  Aku telah mengambil beg  membawa turun bersedia untuk ke Chester. Sebelum teksi kami sampai Dean telah memberitahu  ada berita   ‘buruk’. Pihak Polis London melarang kami pergi ke Chester. Khalas. Aku terduduk sebelum memecahkan berita ini pada Cik Gu Kamar. Ci Gu Kamar  kecewa.  Dia menangis sedih. Untuk meredakan keadaan akau cadangkan Cik Gu Kamar melawat Masjid Regent dan keluar membeli buku. Cadangan aku ditolak oleh Cik Gu Kamar.

Kami bersidang kembali  cuba  membaiki  keadaaan.  Kami ingin memulangkan kembali  ‘tugas’ ini kepada Chief Inspektor yang menolak rancangan kami. Kami berniat untuk memberikan  surat Cuk Gu Kamar kepeda Pegawai Polis ini dan minta Si Pegawai ini  sendiri menyerahkan  surat ini  kepada Aishah.   Idea cukup molek. Martin berkali-kali cuba menghubungi si Pegawai. Gagal. Aku melihat kekecewaan semakin rapat.

Tetiba Dean keluar dengan idea yang baik. Kita  pergi berjumpa Pak Duta dan minta Pak Duta  membantu. Meminta  agar pihak polis akan datang untuk mengambil surat dari Sang Kakak.  Kami bersetuju. Lalu kami membuat temu janji dengan Pejabat Pesuruhjaya Malaysia di United Kingdom. Mereka bersedia menyambut kami.

Selesai makan tengah hari kami mengambil teksi dan terus ke Pejabat Pesuruhjaya. Di pintu masuk kami disambut oleh para diplomat. Kerana hari ini Hari Rabu maka aku dengan  sepintas pandang ternampak seorang diplomat yang memakai tali leher ‘murid tua MCKK’. Kami bersalaman dan dengan serta merta kami menjadi mesra. Diplomat ini anak kelahiran  Terangganu.

Kemesraan kami  ini menghairankan Martin. Dia hairan apakah yang menjadikan dua sosok yang belum pernah berkenalan tetapi menjadi bagitu mesra. Lalu aku kesahkan tentang  ‘ jaringan Mafia MCKK’  yang berselirat diseluruh dunia. Pada Hari Rabu  walau pun berada di Padang Pasir Kalahari jaringan ini akan muncul mengenalkan diri. Ini tradisi Malay College sejak zaman berzaman.  Martin Evans  senyum terperanjat. Sayangnya aku sendiri pada hari Rabu itu tidak memakai tali leher.

Di ruang tamu – Pak Duta menyambut kami dengan penuh hormat.  Dia menerangkan bagaimana pejabat kedutaan telah juga gagal untuk mengetahui lebih dalam tentang Aishah yang masih lagi warga Malaysia. Justeru dibawah jagaan Pak Duta. Kegagalan ini berpunca kerana  Si Aishah telah membuat larangan bahawa dia TIDAK ingin menemui sesiapa pun.  Keputusan ini sama-sama dihormati walau pun oleh Kerajaan Malaysia.

Dengan penuh kesabaran Pak Duta telah cuba meredakan kegelishan Cik Gu Kamar. Aku sesekali menyampok untuk menjelaskan duduk pekara. Martin hanya meminta jasa baik Pak Duta agar Pihak Polis akan menbambil surat Cik Gu Kamar. Pak Duta akan mencuba.

Petang itu untuk pertama kalinya aku minum teh dalam pejabat Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia di Kota London. Aku yang tak makan gula pun pada petang itu ikut sama  menikmati teh panas  bergula- semuanya aku lakukan untuk Siti Aishah.

Sekembali dari Kedutaan aku membuat beberapa panggilan talipon.  Dan aku berjaya untuk  bertemu kawan-kawan lama aku.  Aku menapak  keluar dari hotel.  Aku merasakan Kota London telah menjadi agak asing kepada aku. Di kota inilah  aku pernah membesar, bersekolah dan bercinta. Stesen Victoria di hadapan mata aku tersergam  – ini bukan tempat yang asing. Disini  stesen inilah kali pertama aku  mendarat ketika aku datang dari Belgium dengan keretapi  dari  Pelabuhan Dover pada awal tahun 80’an dahulu.

Malah aku  terseyum apabila aku teringat kesah bagaimana aku menjadi ‘ tak sekolah’ disatu musim panas. Ini ketika aku ingin melamar kerja  di Stesen Victoria untuk menjadi pelayan ‘restoran cepat makan’. Aku bersama dua lagi kawan ‘menjadi bodoh’ agar kami diterima bekerja. Kami tidak  berani mengatakan  bahawa kami ini anak mahasiswa yang  sedang bercuti dan sedang mencari kerja sementara dimusim panas.  Stesen Victoria masih gah – tetapi  restoran ‘ cepat makan’ itu tidak kelihatan lagi.

Temu janji akau di Bayswater – di sebuah restoran  China. Disini aku yakin aku akan mendapat cerita dan maklumat yang lebih jelas tentang Aishah dan Chairman Ara dan gerakan Maoist Kota London. .  Kawan-kawan yang akan  aku temui ini adalah warga London. Serba sadikit mereka juga mengikuti apa yang sedang dilapor oleh media London tentang Aishah. 

Bila aku sampai – kawan-kawan aku semua bertanya: Sudahkah aku berjumpa dengan Siti Aishah? ( TT)

  

  NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN

















----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit what the fuck. tulis rubbish hendak reconition but tak dapat dapat .Failed mission with fucked up story. failed in Malaysia go to indon and to sakai inhabitance.

Tanpa Nama berkata...

Kah Kah Kah Siti Tak Nak Pulang. Good thing she did not return. If she had, she would have lost all her "Freedom"
Kah kah kah..........Stay away from this stupid land Siti Aishah.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik!!lambat update kat tukartiub minggu ni?

Tanpa Nama berkata...

CT AISHAH TAK HINGIN BALIK MALAYSIA.... KAH KAH KAH KAH.. KESIHAN INGAT NAK JADI JAGUH NAK BERURUSAN SENDIRI.. RUPANYA KENA MINTAK TOLONG DGN PAK DUTA GAK.. KAH KAH KAH KAH LUPAKANLAH AISHAH.. DIA BUKAN ISLAM LAGI... KAMI DAH LAMA TAHU.