Rabu, 5 Februari 2014

APA DIA KAJANG?







 MEMAHAMI KAJANG


 YANG KAJANG DAN YANG DIKAJANGKAN


Menurut satu riwayat lisan dari kajian Universiti Kebangsaan – perkataan ‘kajang’ untuk orang Melayu bermakna berteduh. Manakala untuk Orang Asal  perkataan ‘kajang’ bermakna bertikam.  Berteduh dan bertikam dua makna perkataan yang amat jauh bezanya. Pada bulan Febuari 2014 ini Kajang menjadi heboh-heboh politik. Jika dihalusi kelihatan perkataan ‘kajang’ sedang memberi makna yang amat tepat untuk DUN N25.  Tulisan  saya  bertujuan untuk memperlihatkan siapa yang akan ‘berteduh’ dan siapa yang akan ‘ditikam’.

Justeru adalah satu jenayah kepada diri  saya jika saya tidak terangkan kepada pembaca apakah makna Pilihan Raya Kecil DUN25 Kajang. Wajib diakui PRK Kajang ini memberi makna yang amat mendalam bukan hanya untuk PKR dan Pakatan Rakyat. PRK DUN25 Kajang ini wajib dilihat sebagai strateji mara maju ke Putrajaya.

Awal sekali saya ingin menerangkan kepada ‘kaki bising’ yang membuat bising apabila DUN Kajang dikosongkan.  Kaki bising ini dikenali sebagai ‘ chattering class’ atau Kelas Berleter. Dalam kes Kajang merekalah yang mula membuat andaian diawan-awan. Adaian tanpa memahami realpolitik. Tanpa berlatarkan  pemahaman politik berasaskan kelas dan ekonomi.

Biar saya terangkan apa itu ‘Kelas Berleter’ dan siapakah mereka ini. Kelas Berleter  dalam konteks Malaysia adalah sosok-sosok yang  bahasa pengucapn leteran harian mereka adalah Bahasa Inggeris. Mereka memiliki tahap ekonomi dan pendapatan yang lumayan berbanding dengan pemandu teksi atau Pak Cik Felda. Mereka kaum profesional. Wilayah kediaman mereka adalah di Bangsar, Taman Tun, Bukit Damansara atau wilayah yang semasa denganya.

Kelas Berleter menentang rasuah. Mereka mahu pilihanraya bersih. Tetapi apabila diajak bersama berusaha menjatuhkan United Malays National Organisation  mereka dengan pantas akan mendabik dada sambil berkata bahawa mereka ‘ non partisan’. Bermakna mereka tidak menyebelahi  Pakatan atau Barisan. Secara tetiba ilmu pelajaran dan fikrah mereka menjadi  kontot apabila  orang ramai  terutama anak muda ingin menggulingkan United Malays National Organisation. Mereka menjadi takut dan kecut melihat ombak ribuan anak muda ke jalan raya. Kelas Berleter ini gagal memahami punca  utama  yang menyebabkan Malaysia menjadi saperti Malaysia hari ini.

Ramai sosok Kelas Berleter ini terdiri dari kaum opurtunis kerana mereka mencari makan dari  tong yang disediakan oleh United Malays National Organisation. Menggulingkan United Malays National  Organisation akan  memporak perandakan  kehidupan  selesa mereka. Ini berbeza dengan anak muda, para setinggan, warga tak bertanah, orang kampong dan kaum buruh dan kaum imigran – yang akan sentiasa sedia  bangun mendobark sistem yang ada. Orang ramai tanpa berselindung ingin menjatuhkan United Malays National Organisation  kerana mereka membanting tulang menjadi hamba – walhal Kelas Berleter ini hidup senang lenang.

Dalam sejarah perjuangan untuk menuntut keadilan dan melawan kezaliman Kelas Berleter ini boleh dijadikan kawan perjalanan. Tetapi kerana kepentingan  ekonomi mereka terikat rapat dengan kepentingan kelas memerentah – kemungkinan mereka belot adalah besar.  

Pada hemat saya dalam usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan Ketuanan Melayu hari – kita  akan sampai ke satu tahap dimana Kelas Berleter ini akan membawa masalah. Dalam konteks politik moden mereka ini adalah  sebahagian dari jalan penyelesaian dan sebahagian dari  masalah. The chattering class are part of the problem and part of the solution.

Kelas Berleter  ini apabila diajak untuk bersama ke dalam kacah politik akan menolak. Penglibatan maksimum mereka hanya aktif dalam NGO yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengucapan. Justeru Mak Cik dan Pak Cik Felda tidak ambil pot terhadap mereka. Bila ini berlaku Kelas Berleter ini menjadi pelik dan hairan kenapa Mak Cik Felda masih lagi  menganggap mereka  ‘kaum pendatang’ yang ‘ cari makan’ di Tanah Melayu.

Saya mengkajangkan Kelas Berleter ini kerana mereka cuba duduk dilantai selamat yang suci murni tanpa mendalami dan apa yang berlaku. Mereka melihat MB Selangor tanpa memahami apa dan siapa sebenarnya Khalid Ibrahim ini.


Harus kita semua akui bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satu MB Selangor yang tidak makan rasuah. MB Khalid berkhidmat secara jujur untuk rakyat Selangor. MB Khalid mentabir dengan telus. Semua ini adalah dan tanda-tanda positif seorang pemimpin. Tetapi dalam politik berparti , dalam real politik – semua ini TIDAK mencukupi.

Khalid Ibrahim MB Selangor TIDAK memiliki kefahaman politik. Keilmuan  yang cemerlang dalam bidang ekonomi TIDAK menjamin si Polan itu menjadi bijak berpolitik. Politik adalah satu seni - seni pengurusan, seni pentabiran dan seni mengumpul sokongan dan membina kekuatan. Khalid jelas  tidak memiliki kefahaman seni berpolitik. Ini bukan satu jenayah. Cuma dalam pertempuran politik di Selangor MB Khalid akan tewas. Bukan sahaja tewas  ditangan Azmin Ali – malah ditangan Mak Cik Felda pun  Khalid akan tewas.

Biar saya terangkan apa yang terjadi di Kelantan pada tahun 1977/78.  MB Kelantan pada ketika itu ialah Mohamed Nasir dari PAS.  Sosok ini sama saperti Khalid Ibrahim dilihat baik, jujur, ikhlas dan bersih. Sayangnya  Mohamed Nasir sama saperti Khalid Ibrahim enggan mengikut garis parti.  Si MB ini membadak seorang diri membuat apa yang difikirkan baik tanpa menjamin kepentingan parti.  Seharusnya dalam sistem parti berparlimen – parti mengemudikan kerajaan – bukan individu menjadi jurumudi. MB hanya menjalankan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh parti.

Parti Pas akhirnya meluluskan undi tidak percaya kepada  Mohamed Nasir. Ini menimbulkan krisis hingga Darurat diistiharkan dan  Dewan Negeri Kelantan digantung  pada November 1977.  Pada ketika itu Mahathir, Ku Li dan kuncu-kuncu mahu menggulingkan kerajaan Kelantan. Ini tidak jauh berbeza dari apa yang sedang berlaku di Selangor. Huru hara politik Kelantan 1977/78 dibantu oleh  sikap Mohamaed Nasir yang buta politik yang akhirnya menjayakan projek United Malays National Organisation. Kerajaan Pas digulingkan. Justeru,   PRK Kajang  pada asasnya ialah untuk  mengelakkan perulangan agenda Ketuanan Melayu ini.

Orang ramai juga mendengar  leteran  gerombolan NGO.  Ada yang mengatakan ini bukan demokrasi. Ada yang mengatakan PRK di Kajang ini membazir duit.  Untuk pekara ini biar saya tanyakan kepada Kelas Berleter ini.  Apabila Najib membeli Scorpene kenapa tidak bising dan heboh. Bukankah ini membazir kerana setiap tahun Malaysia perlu menbayar hampir 500 juta ringgit untuk mengendalikan kapal selam ini.

Ketika berita  anak Rosmah Mansor membeli kondo di New York  tersebar luas kenapa Kelas Berleter ini menikus  TIDAK bersuara. Kenapa tidak ditanya dari mana datangnya duit anak Rosmah ini. Kenapa tidak ada yang menulis surat di Face Book atau di laman-laman web mempertikaikan Rosmah dan anaknya. Yang bising dan heboh  menibai Rosmah hanyalah anak-anak muda dalam Face Book. Anak muda terus ujur dan ikhlas tanpa kepentingan  untuk menjadi Peguam atau menjadi Akountan atau menjadi talibarut mendapat kontrek dari jaringan syarikat United Malays National Organisation. Hakikatnya, Kelas Berleter dan para NGO  ini senyap menikus.

Ada juga gerombolan NGO yang mengatakan  langkah PKR ini bukan  demokrasi. Bila saya terbaca yang ini saya tersedak dan hampir muntah. Ini kerana ramai yang tidak faham apa itu politik dan apa itu demokrasi. Ada pula yang cuba menayangkan Phd mereka dengan harapan hujah mereka menjadi lebih masin. Mereka ini juga adalah hampeh. Tersorok dalam hati mereka – sebenarnya  mereka SUKA United Malays National Oreganiastion terus berkuasa.

Betul ke ini? Betul. Kelas Berleter ini hanya berleter secara luaran sahaja.  Parti Ketuanan Merlayu ini telah berjaya bersama kaum feudal Melayu membodohkan Bani Melayu. Dengan bonsainya fikrah Bani Melayu maka dengan senang  Kelas Berleter ini merasuah Politikus Melayu dan merembat harta kekayaan negara ini. Kerana itu  mereka akan terus enak bermastautin di Bangsar dan tidak di Kampong Kerinchi.

Dan yang penting sekali ialah kita memahami  tahap dan sifat politik bumi Malaysia ini. Jangan kita jadi bebal. Ada pilihan raya bukan bermakna ada demokrasi. Ada Parlimen bukan bemakna ada demokrasi. Ada RTM dan The Star  bukan bermakna ada  demokrasi.  Apa yang wujud dalam politik kenegaraan  di Malaysia ini adalah ‘prosedure democracy – prosedur demokrasi’. Kelihatan wujud prosedur tetapi tanpa pengisian dan roh demokrasi yang membawa kebebasan.

Malaysia yang satengah feudal dan satengah kolonial ini TIDAK difahami secara tuntas oleh Kelas Berleter. Ini kerana mereka tidak  berupa berfikir lebih jauh dari  niat  dan cita-cita untuk terus membosaikan Bani Melayu. Leteran mereka itu adalah leteran  kepentingan diri untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Mereka takut akan ombak perubahan yang akan dibawa oleh anak muda melalui jalan raya. Maka leteran mereka wajib dibaca sebagai membeli saham dan megada-ngada.  Ini saham untuk  memperlihatkan bahawa mereka  juga ingin tahu hal negara ini.

Jelas dalam tulisan ini  saya telah mengkajang  dengan pisau tajam Kelas Berleter tanpa berlapik. Ini wajib dilakukan kerana  dari pengalamam sejarah Kelas Berleter ini akan memberatkan dan membaling sepana ketika orang ramai dan anak muda turun ke jalan raya. Kelas Berleter yang menyamar dibelakang  NGO ini wajib dibogelkan  dahulu. Sosok saperti Vincent Tan atau Ananda Krishana itu jelas dapat dilihat sebagai musuh berbanding dengan Kelas Berleter yang sedang menyamar. Bagaimana pula dengan pergolakan dalaman PKR? Dikatakan PKR menggunakan PRK DUN25 Kajang  sebagai jalan keluar. Itu minggu hadapan. (TT)


 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dl;am SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45




-----------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada 3 MB Pakatan yang tak tahu seni bertempur dalam politik.. pengalaman mereka berpolitik, hanyalah boleh diceritakan menunjukkan mereka hebat bertempur.

Aruah Dr Azizan, TGHH dan juga MB Baru Kelantan, namun ada nampak sekali sekala MB baru Kelantan ini bagus membawa mandat parti.TGHH sudah belajar dari kejatuhan Terengganu, walaupun rakyat kuat menyokong sehingga 80 peratus pengundi Terengganu..namun rebah ditipu gerombolan jua.. kene ada jatuh berguling2 dulu, baru nak sedar..namun TGHH tak sepesen dengan aruah Azizan, yang lagi culas, akhirnya terkangkang juga.

Skrg, Din Ayam serta ramai pemuda PAS tak tahu seni berpolitik. Bila menang, dikatakan Allah mengurniakan apajadah segala.. bila kalah diklemnya dugaan.. sudah tak ada seni, dugaan kepala butuh apa lagi?? Serban berbakul tak menjamin kealiman dan kepandaian, kumpul sijil banyak2 score pun untuk menunjukkan kepandaian pun, GAGAL! GAGAL dalam berseni.. berbalah ini menunjukkan tiada seci, tiada seni melambangkan TAK COOL... khalas!

Dalam berpolitik, kebenaran maha benar yang dimiliki, serta memonopoli kebenaran, bukannya menjamin kemenangan! Bukan terlalu bersih atau jujur macam bendul, walaupun Allah suka yang kita cari.. dalam undang2, yang jahat macam jin pun, perlu diadili mengikut keperluan, keadaan dan beberapa faktor sebelum tindakan diambil, bukan terus rujuk undang2 dan terus jatuhkan hukuman. 1 + 1, mungkin menjadi 11 dan mungkin menjadi 2 atau mungkin menjadi 10 (baca: satu kosong bukannya sepuluh). Ini perlu dilakukan mengikut "acute sense of urgency" pemimpin tersebut serta teamnya atau partinya. Jangan sampai kantoi nampak bodoh walaupun atas kertas dia scorer gila babi semasa menjadi pelajar. Bangsa melayu masih banyak faham akan duduk perkara ini. Sebab itulah masih ramai puak2 gerombolan secara membabi buta menyokong pemimpin mereka yang mengeluarkan statement bodoh pun, mereka tak kesah. Setelah berpuluh2 kali statement bodoh dikeluarkan menteri sendiri pun, masih ramai tak amik pot yang periuk nasi sendiri sudah ditabur pasir. Akhirnya terjadilah kisah Pak Lah ditendang jadi PM dan Najib bakal ditendang juga. Begitu jugak dengan Mahataik.. sudah ditendang pun, masih ada yang bodoh bebal nak angkat Mahataik ni jadi Menteri Mentor Gerombolan sekali lagi..

Seni berpolitik Mahataik ialah menghukum sesiapa yang dirasa mengancam kedudukannya. Tak kira kawan, sahabat, bangsa india sendiri, semua dia pukul. Akhirnya tekanan demi tekanan, dia terberak cirit jua akhirnya.

lihat contoh seni2 berpolitik yang ada pada beberapa ahli politik kita.. biasanya dalam cool listing by TT.. memang berhak mereka dikelaskan sebagai cool... hanya yang poyo tak mengenal seni..

Tanpa Nama berkata...

KAJANG

Bermaksud Berteduh , Bermaksud juga Bertikam

Bagi Bani DUMBNO , Kajang bermaksud BerKANGKONG

Eh !!!!!

Kenapa bebudak senyap aje , sebuk kunyah KANGKONG ke ??????

DIDI KOTA BELUD berkata...

That.....thumb up...that what im tallking about.....you..in chinese....they call you....... THE GOD OF COOKERY.......APA KO masak mesti kena punya.....hehehehehe......ccok well my god of cookery.....hahahahaha.....

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->Melayu Adik Beradik Yahudi

Klik dan baca di sini cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden ini: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.

Tanpa Nama berkata...

TT, 'SENI BERPOLITIK'INILAH YANG MENJAHAHAMKAN PAKATAN RAKYAT PRU 14, KITA TUNGGU DAN LIHAT, SIAPA YANG KENA.

Tanpa Nama berkata...

LOL!! kena batang hidung aku!! ciss. apa2pun terima kasih TT.

Tanpa Nama berkata...

TT, kalau kau cerita panjang macam ni bukannya melayu cap ketuanan melayu boleh faham. Semua otak lembu macam lembu sharizat.Yang kaki bodek kumpulan eeeeeee...tu pula suka buat huru-hara bagi melayu nak gaduh dengan cina,tapi hasilnya mereka yang nak ambil untung.Pendek kata apapun tindakan parti ketuanan melayu cap keris telanjang ni memang celaka termasuk gurkha-ghurka mereka, balaci-balaci kumpulan eeeeeeeee..tu.memang haramjadah semua!

MR SAIRIM berkata...

Yekeeee....boley pakai ke kajian ukm ni.......yekeeeee......