Jumaat, 7 Februari 2014

JAGA JAGA BATU API





KECAM TINDAKAN PROVOKASI EKSTREMIS PERKAUMAN

Tindakan beberapa anggota NGO yang telah menyembelih ayam, menyapu darah ayam ke atas gambar beberapa ahli politik Pakatan Rakyat, dan seterusnya mengugut keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok hari ini amat dikecam.

Tatkala rakyat Malaysia bergelut dengan realiti kenaikan harga barang, beberapa kumpulan ekstremis yang tidak bertanggungjawab cuba mengapi-apikan sentimen kebencian dan perkauman ekstremis.

Ugutan yang dibuat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, di mana RM500 dijadikan habuan kepada sesiapa yang menampar beliau dan merakam tindakan itu, juga adalah satu perkara yang serius dan pasti menyalahi undang-undang. Perkara ini mesti disiasat Polis DiRaja Malaysia, dan mereka yang didapati bersalah wajib dibawa ke muka pengadilan.

Pentadbiran DS Najib Razak wajib mengecam tindakan provokasi ini yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila beliau baru minggu lalu menggariskan empat perkara utama dalam rancangan rekonsiliasi nasional yang mana salah satu adalah aspek sosial.

Pada masa yang sama Rakyat Malaysia disaran menghadapi provokasi ini dengan penuh kesabaran, hikmah, dan bijaksana. Kita wajib menolak kumpulan ekstremis sebegini dan pembiaya aktiviti mereka, demi Malaysia yang lebih aman.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


----------

1 ulasan:

COMBAT 205 berkata...

Apa susah....tangkap je aiskrim aiskrim ni .....masuk dalam sangkar...cair sendiri lah nanti tu....tangakp juga ketua dia...alah...si EEEEEEEEEE tu......tangkap settle...tak tangkap bereti pdrm pun terlibat.....