Selasa, 18 Februari 2014

SEBUAH TULISAN SATU PANDANGAN





PKR minta akhbar parti beri penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin Rais

PKR yang seringkali memperjuangkan kebebasan media dikatakan mengeluarkan arahan meminta akhbar rasmi mereka, Suara Keadilan untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.
Menurut satu sumber, arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR," tulis artikel tersebut.
Hishamuddin ketika diminta mengulas tulisan itu, menegaskan beliau mengeluarkan pandangan secara peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.
"Memang saya bertanggungjawab 100% setiap tulisan saya, namun selepas ia disiarkan, sahih atau tidak itu terpulang kepada pembaca untuk menilai, sekiranya mereka merasakan sebegitu, maka ia diluar kemampuan saya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Menurut Hishamuddin, beliau mengamalkan kewartawanan Gonzo dalam penulisannya.
"Saya tidak kata siapa-siapa, siapa yang terberak dialah yang terbau kentot," katanya.

baca seterusnya...
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-minta-akhbar-parti-beri-penjelasan-berhubung-penyiaran-artikel-hishamud


SIAPA TERBERAK
DIALAH YANG
TERBAU KENTOT

KAH KAH KAH


------------

9 ulasan:

Awanama berkata...

TAHNIAH BRO. INILAH PEJUANG SOSIALIS SEBENAR.

JANGAN GENTAR DENGAN UGUTAN PERASUAH DNA UMNO.

SOSIALIS TIADA RASA GENTAR SIKIT PUN.

TERUSKAN LAWAN PERASUAH DNA UMNO DALAM PKR.

JATUHKAN TERUS KALAU BOLEH.

NAMA PKR SUDAH NAIK, JANGAN DISEBABKAN PERASUAH DNA UMNO, NAMA PKR JATUH BALIK SAPERTI PRU2004.

fb:humban azmin ali dan gang berkata...

Lu mmg ganas.tabik spring

sila ke fb:humban azmin ali dan gang

Awanama berkata...

Kasihan Blogger Tukar Tiub.

Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan. Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.Hishamudin Rais  dilahirkan memberontak. Memberontak kerana beliau dilahirkan. Memberontak kerana dunia beliau tinggal ini tidak sempurna. Memberontak terhadap ketidakadilan sosial. Memberontak terhadap kesenangan insan-insan lain. Memberontak terhadap kesusahan mungkin buatan beliau sendiri. Memberontak terhadap kejayaan orang. Memberontak terhadap kegagalan sendiri. Memberontak tanpa sebab. Rebel without a cause.Dalam kedudukan Alexa blog di Malaysia, beliau sering duduk dibelakang Tranukite, dalam top 5. Ini menunjukkan beliau seorang yang 'berpengaruh'. Dalam negara demokrasi, beliau gunakan apa saja, malah ada gambar lubang anus untuk mengalahkan kerajaan yang beliau benci. Apalagi trademark 'KAH KAH KAH KAH KAH KAH' dan "WOIT'nya.Berpengaruhkah beliau? Wallahualam.Beliau sering menggalakkan anak muda - terutama mahasiswa - agar turun ke jalanan memprotes kekejaman kerajaan. Sebagai role model, beliau sendiri gagal. Gagal menjadi seniman ampuh. Gagal menjadi 'Che Guevara'. Gagal menjadi director sehebat Kubrick atau U-wei Shaari. Gagal jadi pemikir yang bernas. Gagal juga sebagai professional agitator seperti Stalin.Kasihan dia kerana dilahirkan dibumi yang salah dengan masyrakat yang salah. Beliau berbakat, tetapi gagal mengembangkannya kerana terlalu marah. Marah hingga ke tua. Ketawa puas-puas dengan lelucon politik. Habis ketawa nanti mati dan sirna dari masyarakat Melayu. Kasihan Tukar Tiub.  Tolong jangan berhenti ketawa kerana apabila ketawa terhenti, anda mungkin diketawakan.

Awanama berkata...

cakap otak pikir luar kotak!sikit2 nk surat tunjuk sobab...baik geng kau tu jadi HR la.....cam cikgu disiplin sekolah potang jadi setiousaho JKKK la...cam gerombolan la kawan kau tu jang! sok dh monang tak buleh org togor mulo la makan rasuah....

Johan berkata...

"siapa yang terberak dialah yang terbau kentot". TT memang penghasut paling cool. salute!

Awanama berkata...

Org politik salah satu job scope diorg adalah merembat duit rakyat .. mmg haramjadah !!

Awanama berkata...

Aku rasa artikel yg bro t.t buat memang tak berat sblh dan x menyebelahi mana2 pihak.setuju sgt2..pandangan yg jujur dri kacamata seorang pemerhati..wa respect lu bro

DIDI KOTA BELUD berkata...

Satu hishamudin rais di kacau...28 juta hishamudin rais akan bangkit.......MANUSIA SEPARUH DEWA......inilah dia......

Awanama berkata...

Lu TT.. nak tulis pun agak-agaklah sikit... jangan jadi bodoh.. taik dalam seluar dah dicuci tapi tak cuci tangan.. kasi settle gerombolan dulu. dah tua2 pun bodoh lagi. potong wa punya selera... lu tulis pasal spender big mama lagi sedap..