Rabu, 26 Februari 2014

SUARAM MENJEMPUT







Inline image 1

TEATER BILIK SULIT
KEMBALI KE KUALA LUMPUR

26, 27, 28 Febuari 2014
8.30 Malam
Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

Inline image 2

Warga Kuala Lumpur yang terlepas untuk menyaksikan pementasan Teater Bilik Sulit pada September tahun lalu tidak perlu risau kerana Bilik Sulit kini kembali ke Kuala Lumpur. Selepas menjelajah seluruh semenanjung Malaysia, Bilik Sulit akan kembali dipentaskan di Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 26,27, dan 28 Febuari ini bermula jam 8.30 malam.

Pementasan ini merupakan persembahan penutup bagi Roadtour Teater Bilik Sulit sebelum teater ini berlepas ke London untuk dipentaskan di sana pada pertengahan bulan Mac ini.

Teater yang dianjurkan SUARAM dengan kerjasama Radio Bangsar Utama (RABU) ini merupakan sebuah ekspresi bantahan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia agar segera memansuhkan semua undang-undang drakonian yang mencabuli Hak Asasi Manusia seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (POCA) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA)

Teater Bilik Sulit juga akan menjadi medium informasi kepada rakyat mengenai bahaya undang-undang drakonian dan implikasinya terhadap Hak Asasi dan sistem keadilan.

Teater Bilik Sulit ini mengisahkan mengenai tragedi penderaan yang dialami oleh mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa ditahan 60 hari dibawah akta zalim tersebut. Kisah ini dipetik daripada cerita sebenar yang pernah berlaku terhadap bekas tahanan ISA.

Oleh itu, SUARAM ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir dan membuat liputan pementasan teater ini.

Sekian, terima kasih

“RAKYAT TOLAK TAHAN TANPA BICARA”
---------

Tiada ulasan: