BILIK SULIT DI KAJANG
SATAY
KAJANG SEKALI LAGI
Langkah
Kajang dalam PRK N25 ini bukan tembakan satu dua das. Ianya juga bukan tembakan
peluru penabur. Dalam istilah Perang Gerila Kota Beirut PRK Kajang ini adalah tembakan RPG
atau Roket-Propelled Granade kalau pun tidak ledakan Katyusha. Ledakan RPG ini akan membingarkan
telinga beberapa ekor babi yang
sedang nyenyak tidor.
Telah
saheh ledakan RPG Kajang selain dari membangunkan beberapa ekor babi ianya juga
telah mengejutkan beberapa orang
politikus tua. Ada yang sedang sakit, ada yang sedang mabuk dan ada yang sedang
mengandung – semua politikus tua ini terbangun dan mula bersuara. N25
menjadi trompet Sangka Kala yang
menggeletarkan jiwa raga mereka.
Kita
dengar Daim bersuara. Kita terbaca Kita Zahid – Zahid Kita bersuara. Dan saperti biasa
Anak Lelaki Iskandar Kutty terus membebel. Paling saheh ledakan RPG N25 ini membingarkan telinga
Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sang Tun ini terjaga dari tidor terus terkentut ooops.. terus bersuara. Dolah wajib bersuara agar tidak ditakrif
sebagai telah ‘bungkus’. Sayangnya tidak ada suara dari Najib. Tidak ada suara dari suri rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor.
Semua menikus.
Jelas
- PRK N25 Kajang ini amat penting dalam
pensejarahan politik moden
Malaysia sesudah PRU13. Pertama ianya memulakan kembali rasa kemarahan orang ramai terhadap United
Malays National Organisation. Ini sama saperti PRK Pematang Pauh 26 Ogos 2008
dahulu. Ini permulaan kembali 7-24 – Januari-Disember gerakan rakyat bangun
melawan. Gerakan untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National
Organisation.
Apabila
diumumkan sahaja kerusi N25 ini kosong bermakna peluang terbuka untuk aktivis
Pakatan menghasut orang ramai di pelusuk negara
khususnya di Kajang. Orang ramai dan warga Kajang wajib terus dihasut
untuk membenci United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu. Ini rukun
asasi berpolitik – mengenal siapa musuh dan siapa kawan.
Orang
ramai perlu terus dingatkan bahawa dalam PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat
52% undi popular. Jika TIDAK kerana penipuan yang dirancang oleh SPR - United Malays National Organisation telah dua
kali ditalkinkan. Hanya melalui penipuan terancang yang membolehkan gerombolan
Ketuanan Melayu ini menang. Tanpa penipuan
SPR, suri rumah tangga yang bernama
Rosmah Mansor pasti telah cabut lari ke Kazakhtan saperti Imelda Marcos.
Justeru
PRK Kajang wajib digunakan sebagai medan awam untuk menaikkan kembali suhu
kemarahan dan kebencian orang ramai terhadap United Malays National
Organisation. Kemarahan yang bertingkat-tingkat ini jangan dibiarkan reda. Ianya saperti bara
wajib terus dikipas. Kemarahan bukan hanya kerana ditipu dalam PRU13. Kenaikkan
barang dan pemotongan subsidi bahan bakar semua adalah kimia yang boleh meledak
marah ke jalan raya.
Orang
kampong dan Mak Cik Felda sedang melihat kerenah suri
rumah tangga yang bernama Rosmah Mansor
yang sering merompak harta negara. Dari membeli intan berlian berjuta
ringgit. Dari kenduri perkahwinan anak
dengan menggunakan duit kerajaan. Dari menggunakan jet kerajaan – semua ini adalah
peluru RPG untuk meledakn United Malays National Organisation. Kes jahat Rosmah
yang terbaru ialah bagaimana saorang suri rumah tangga ini telah berjaya mengumpul harta di luar negara.
Dua
bulan lalu, Mak Cik Pantai Dalam telah terperanjat apabila diberitahu bahawa
anak Rosmah – bukan anak Najib - telah
membeli sebuah flet di New York dengan harga 110 juta ringgit – (diulangi) sebuah flet bukan satu blok banguan flet –
S-E-B-U-A-H. Dari mana anak Rosmah
dengan Jantan Lain ini mengumpul duit sebanyak ini? Hanya SPRM yang maha
mengetahui. Entah bulu apa yang telah dijual oleh suri rumah tangga bernama
Rosmah Mansor ini hingga membolehkan anaknya memiliki harta melimpah ruah.
Kemudian
kita lihat bagaimana Tun Daim Zainuddin telah terbangun. Gambar Tun Daim
bertemu dengan MB Kelantan telah bocor
dalam FB. Dari gambar ini dilihat Daim agak kurus, cengkong dan kurang sehat.
Tetapi diberitakan Si Daim ini telah terbang ke Kota Bahru untuk melobi
Kerjaaan Pas Kelantan. Lobi apa?
Mengikut
Lebai Desas bin Haji Desus – si Daim ini telah melobi kerajaan Kelantan dengan
projek besar. Si Daim bersedia membuat pelaboran berpuluh puluh ringgit ..ooops.. bebilion ringgit di Tumpat.
Si Daim ini mengikut surah Lebai Desas Desus telah ‘menayangkan’ kemungkinaan
kerajaan Pas Kelantan menjadi kaya raya. Tapi pasti ada syaratnya. Syaratnya
ialah Parti Pas jangan sokong Anwar Ibrahim jadi MB Selangor.
Syarat
menolak Anwar dari jadi MB Selangor ini tidak
mustahil untuk diterima oleh Parti Pas.
Hanya satu pekara yang ditimbulkan oleh MB – kenapa pileh Tumpat yang padat dan
terasak hingga perlu laut ditambak? Kenapa
tidak buat projek di Gua Musang atau Kuala Krai? Tanah-tanah daratan masih
luas? Soalan MB yang jujur dan ikhlas ini hampir mengakibatkan Daim diserang
angin sengugut.
Niat
Daim yang jarang melabor dalam negara ialah untuk membeli ‘kaseh sayang’ Parti Pas – agar
bersetuju untuk menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi MB Selangor. Daim merasa
cuak dan cemas jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Jika Selangor dipimpin Anwar maka ini bukan lagi ledakan RPG tetapi
ledakan Katyusha yang memungkin Daim diheret ke pengadilan atas tuduhan tidak
memakai seluar dalam.
PRK
N25 ini juga amat penting untuk menembak maut
MCA. Parti Cukong ini telah bagitu lama bersekongkol dengan Parti
Ketuanan Melayu. Para Cukong ini juga telah bersubahat dengan kaum feudal
Melayu untuk membodohkann Orang Melayu.
Kaum feudal Melayu telah dirasuah dengan dinar, dolah dan dildo dalam
usaha jahat mereka untuk merembat harta kekayan.
Contoh
terbaru ialah menggunakan politikus Melayu untuk merembat tanah Orang Melayu di Kampong Chu Badak, Kampong
Bagan Lalang, Kampong Banda Dalam, Kampong Abdullah Hukum dan Pantai Dalam.
Malah dengan niat jahat para Cukong ini telah mengubah nama-nama
Melayu – Pantai Dalam dan Kerinchi – untuk menjadi Bangsar South. Ini
niat busuk para cukong untuk mengkambuskan
sejarah peneroka Melayu dalam Kota Kuala Lumpur.
Parti
Cukong yang akan bertanding di Kajang amat gumbira
jika Melayu Hasan Malek terus meneraju negara ini. Cara Cukong bergerak
cukup senang. Cukong mengupah politikus dari United Malays National Organisation
membakar semangat perkauman Mak Cik
Felda dan Pak Cik Warong. Orang Melayu yang terbakar semangat ini akan naik
‘sheikh’ dan dengan senang dapat dibodohkan.
Bila Melayu bodoh maka Parti Cukong MCA ini akan terus dapat merembat
harta kekayaan negara ini. Justeru, RPG
N25 Kajang akan meledakkan para cukong dan kuncu-kuncunya.
Satu
ledakan RPG juga akan membangkitkan
politik dalaman Pakatan sendiri. PRK N25 ini akan menguji setiakawan antara
Parti Pas, Dap dan PKR. Setiakawan yang telah terjalin samenjak 2008 ini akan terus
diduga dan diuji. Pengujian dan dugaan keatas setiakawan 3 buah parti politik
ini bukan satu yang pelik. Contoh terbaik ialah sikap Pas pada awalan PRK
Kajang di umumkan. Kelihatan ada
kekaburan pandangan. Hal ini akhirnya secara baik dan bersetiakawan telah
diperluruskan.
Wajib
dingati bahawa dalam Parti PAS, dalam DAP dan dalam PKR ada pelbagai jenis
jalur fikrah. Jalur-jalur ini memiliki pelbagai bentuk DNA yang memiliki
pelbagai niat dan cita-cita. Pada tahap ini penggalangan Pakatan Rakyat dapat
diwujudkan kerana adanya kesatuan niat dan cita-cita: untuk menjatuhkan
kerajaan United Malays National Organisation. Niat dan cita ini telah dapat
mengumpulkan pelbagai jalur DNA ini.
Sayugia
dingatikan bahawa United Malays National Organisation juga sedar akan pekara
ini. Agenda induk Parti Ketuanan Melayu ini ialah mamecahkan setiakawan Pakatan Rakyat. PRK N25 ini adalah
RPG yang amat stratejik. Dengan PRK N25 ini kini mengapong dan timbul jalur-jalur dari pelbagai jenis DNA. Mereka
timbul untuk menonjolkan diri ini agar dapat dilihat. Waspada - ada juga jalur
ini yang akan menjadi beban
membawa rebah.
Dalam
parti politik – krisis politik – wajib terus ada. Jika parti politik TIDAK ada
krisis bermakna tidak ada pertelingkahan dan bercambahan pandangan dan pendapat
dalam parti ini. Justeru heboh-heboh
tentang wujudnya perbezaan politik dalam Pakatan khususnya PKR adalah satu yang amat-amat positif.
Krisis sademikian akan membawa pencerahan. Akan menguji ahli parti. Akan
memperkemas struktur parti. Akan memperlihatkan siapa musuh dan siapa kawan.
Justeru
ledakan RPG terakhir yang dibawa oleh
PRK N25 adalah juga untuk pembersihan dalaman – sama ada dalam PAS, DAP atau
PKR. Besi dan kaca yang sering memberatkan saku wajib dibuangkan agar gerakan rakyat menjadi
ringan dan pantas untuk ke jalan raya menuju ke Putrajaya. Sebutir pasir dalam
kasut – hakikatnya akan terus menggangu maka wajib dibuang.( TT)
KAH KAH
KAH
NOTA
Tulisan
ini telah disiarkan
dAlam
SUARA KEADALIAN terkini
sesiapa
ingin MElangGan
akhbar
minGguan ini
sila
pukul talipon
03-92-21-10-45
1 ulasan:
TT, mahkamah milik BN, kalau rayuan Liwat II berpihak pada saiful baukari apa kesan pada langkah Kajang?
Mustahil tak kalau RPG meletup dlm tapak tangan?
Catat Ulasan