Rabu, 2 April 2014

BERITA DARI BRIXTON




TEATER BUKAN TEATER


DARI BRIXTON KE BANGSAR

musim bunga telah masuk
bilik sulit telah dipentaskan
di manchester shellfeild london
dan hujung minggu ini ke nottingham
sebelum tutup panggung
dan pulang ke  bangsar

forum  bengkel semua berjalan lancar
pameran  gambar berjaya
jualan  buku memberahikan
apa yang dirancang satu pun tidak gagal
malah ditokok tambah

tim bilik sulit telah secara resmi
mengadakan perbincangan dengan
foreign and commonwealth office
dengan article 19
dengan amnesty international
dengan human rights watch

apa yang wajib dilakukan telah dilakukan
hanya menunggu ke nottingham
untuk berforum dan berteater

sambut untuk bilik sulit
hebat dan terhebat
cool dan tercool

sesudah ini pastilah 
united malays national organisation
akan membawa kumpulan teater bodek ke uk
ini kerana mereka reaksionari
mereka react terhadap bilik sulit
gerombolan membontoti
apa yang teater bukan teater buat

sesudah ini 
pasti adalah tukang lawak
kaki bodek cuba buat stand up
di pub?
jual tiket?

tim teater bukan teater
telah menjadi pemula
7 anak muda telah memulakan
kempen yang akan menjadi titik sejarah

salut!

NOTA
mereka tidak ke oxford street dulu
mereka menjadi tamu 
di balliol college oxford universiti kah  kah kah



-------------




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro tt...I Suka tgk gambar nie....mcm hero crita
Ocean eleven.....

Tanpa Nama berkata...

bro, kau tak buat laporan polis ke kat sana? razak baginda, najib razak, mamak kutty, rosmah n jibun, rais yatim, king taib dan dan dan

alang2 dah kat sanun buat la repot polis.

Tanpa Nama berkata...

bro tt,
lu punya perut Nampak boroi.....
kah...kah....kah....