KAPAL SELAM BRITISH
Kapal selam British, HMS Tireless berlabuh di selatan perairan Sepanyol. Kapal selam nuklear tersebut menyertai operasi mencari MH370 di Lautan Hindi.
Hishammuddin: UK sertai misi mencari MH370
HONOLULU - Kapal selam British HMS Tireless menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang awal bulan lepas, di Lautan Hindi.
Hishammuddin Hussein berkata maklumat ini disahkan oleh rakan sejawatnya Philip Hammond dalam satu perbualan telefon pagi Selasa. Hawaii adalah 18 jam lewat di belakang Malaysia.
"Ini adalah satu sumbangan daripada rakan Malaysia yang amat dihargai bukan sahaja oleh kami tetapi juga rakan-rakan operasi pencarian penerbangan MH370," katanya kepada Bernama di sini.
Hishammuddin tiba di sini Isnin untuk menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean atas inisiatif Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel.
KAH KAH KAH
WOIT
macam mana
kapal selam british
boleh cari dan selamat
apa jadi dengan kapal selam scorpene
bayar berbilon ringgit
tapi
tak ada guna
satu sen pun
ini jenayah najib
----------
5 ulasan:
Itu bukan jenayah, itu namanya jimat cermat! Hehehe kapalselam sendiri punya simpan buat tukun.
kah...kah....kah.....
menipu lagi........
klau scorpene pegi cari mh370 tak lama pastu 1 rci ditubuhkan utk mencari scorpene yg hilang..jadi dgn muka tak malunya isapmuddin memberitahu bhwa kapal yg boleh menyelam british turut membantu krna kapal tak bolih menyelam mesia akan di buat tukun yg termahal didunia 3b, ini akan menrancakkan ekonomi pelancungan mesia kata nazri bebal.
7 sebab kemungkinan scorpene 1malaysia kebanggaan rosmah tidak digunakan untuk misi sar mh370:
1.kapten kapalselam hilang bersama 1st officer dan lain2 crew
2.kapalselam hilang dari radar tentera malaysia setelah membuat u-turn di laut china selatan dan mengubah haluan serta aras kedudukan
3.bomoh king belum nampak kapalselam dalam teropong buloh miliknya kerana sedang fokus cari kapalterbang dulu
4.kapalselam masih di docking yard kerana perlu masa berbulan2 untuk membersihkan setiap inci luaran dari air garam kemudian digilap setelah sebulan berendam di selat melaka
5.kapalselam sedang busy digunakan untuk misi terdahulu yang masih berjalan iaitu mencari enjin yang hilang dari kapalterbang pejuang tentera udara malaysia
6.kapalselam sedang busy digunakan untuk misi terdahulu yang masih berjalan iaitu mengangkut rosmah dan segala barang2 shopping seperti cincin, beg tangan, serta baju2 dan kain2 oleh pereka fesyen dari australia
7.kapalselam tak boleh tenggelam kerana tidak cukup buah manggis dalam ruang kargo, teknologi terkini ciptaan malaysia sebagai pemberat organik, hijau dan mesra alam serta berkhasiat tinggi
Dah rupa tukun pooonnnn.mcm lmbang umngok.
Kah kah kah
Catat Ulasan