HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.
SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.
Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.
Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.
Jika mengikut skrip regim ini mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat.
Kepada penguasa diharapkan jangan panik tak tentu hala. Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.
Ambil contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini.
SAMM telah mengkerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama disamping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.
surat arahan rasmi Pemuda Pas |
Ayuh bersama 1 Mei himpunan terbesar rakyat di Kuala Lumpur.
sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
-------
1 ulasan:
Lepas ni tambah lagi susah sebab GST. Apa yang rakyat Malaysia tidak tahu tentang penipuan kerajaan Malaysia terhadap rakyat. Baca ceritanya disini:
http://christianunited4malaysia.blogspot.com/2014/04/gst-apa-yang-menteri-umno-kerajaan-bn.html
Catat Ulasan