SELAMAT
BERPUASA
ada keganjilan sedang berlaku
awal pagi
jerebu sampai
awan hilang
panas berbahang
sabentar tadi
saekor burung tiong
hinggap di jeriji balkoni
sakejap saja sang burung bertenggek
lalu dia terbang hilang
satu jam tadi
sepang sang kura kura
berdiri betul-betul
ditepi lantai akhir balkoni
aku tinggal di tingkat sembilan
lalu aku merasa takut
aku ingin mara ke depan
aku takut
mungkin sepang mara
ke ruang kosong
lalu jatuh
aduh!
petang ini agak ganjil
PETANG INI
di kawasan kubur cina
aku melihat abang abang
peminat burung terkukur
berhimpun dalam wakaf
sambil santai
menunggu berbuka
atau
menunggu kesampaian
nasi bungkus
petang ini aku merasa ganjil
kemana perginya ribuan pipit pipit uban
yang selalu bersama aku
yang aku perhatikan
bergumbira memagut rumput
aku telah tidak sang pipit
hampir satu bulan
apakah sang pipit
sedang bersedia
menghadapi sang nino
petang ini aku tidak merasa
terlalu letih
rokok
yang telah bertahun
aku tinggalkan
tidak lagi mengancam
kepala aku
petang ini aku merasa jauh
jauh entah ke mana
lalu
aku teringat
petang petang yang lain
bila besendirian
dalam bulan puasa
bila menunggu waktu berbuka
lalu aku bercakap dengan angin
lalu aku kesahkan
kekaseh aku yang telah lama hilang
hilang nya entah kemana
betahun aku mencari
dengan peluh dan air mata
lalu aku tangisi
mimpi aku yang rapuh
lalu aku teringat
janji janji
yang aku berikan
pada diri aku
lalu aku bertanya
apakah petang kelmarin
berbeza dari petang ini
apakah hari ini
aku telah menjadi
lebih manusia
dari semalam
SELAMAT
BERBUKA
---------
2 ulasan:
Aku suka bila kau menulis tentang diri kau bro isham...kerana kau adalah makhluk yang penuh misteri.....
P/S - ada tengok berita tak tadi....cuba kau ulas sikit isu ini....
Bila Najib cuba berAnalogi - selalunya yang keluar dari mulut pm kita seorang ni pasti akan menjadi viral yg memalukan dirinya...dulu kangkung...pastu ayam rm1, sekarang nak analogi kan kepimpinan di negara ni dengan Team Brazil yang kalah dengan German....agak2nya apa rakyat brazil akan cakap dengan pm kita yang pandai sangat ni....seluruh brazil bersedih...dia sebagai pm pula bagi analogi macam ni....hurmmmm
Pak TT hangover la tu smlm punya stim tak abis lagi kahkahkah
Catat Ulasan