KOMENTAR
tahniah!
syabas!
berjaya!
Kempen boikot menjadi, McDonald's lengang
Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.
Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.
Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.
"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.
Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.
Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.
Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.
Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.
Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin
10 ulasan:
KUALA LUMPUR, 21 April -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan rasa kesal dan mengakui serta menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel, sebaliknya urusniaga penghantaran minyak mentah tersebut dilakukan dengan negara Palestin.
hafarizam-harun-peguam-umno-bn-penasihat-undang-undang-firma-mahkamah-perlembagaan-saman-fitnah
Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda berkata, ini berikutan penghakiman persetujuan antara plaintif Felda dan defendan iaitu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, yang membawa persetujuan yang mana terma-termanya membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
"PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
"Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
"PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu," jelas beliau kepada UMNO-Online ketika di temui di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Hei, kalau nak boikot, boikotlah...jangan jadi pengganas pula, pergi rosak harta benda orang...
Boikot prodak nestle jugak. Tukar brand lain. Milo - vico, nescafe - indocafe, meegi - mamee dengan berbagai lagi. Cari prudak alternatif lain.
aku selalu minum milo, anda jadi sihat dan kuat.
tapi milo milik nestle pulak dah, penyalur dana pada israel milik zionis.
jadi aku habiskan je dulu milo ada 2 pek yang aku dah beli dulu lagi masa ada diskaun.
tadi aku dah usha kat supermarket, horlicks pun kegemaran aku, biasanya lebihkurang 3rm sekilo lebih mahal dari milo, tapi sekarang ada offer kalau jadi member supermarket tu, boleh dapat harga lebihkurang milo gak, 15+rm sekilo.
usha lagi, jumpa ovaltine pulak. aku tak berapa ingat rasa dia, jarang minum ovaltine. ada satu malt coklat lebihkurang milo, tak ingat ovaltine ke vico ke apa, adoi dia punye rasa macam boleh develop kencing manis dan-dan tu gak! ovaltine tengah promo harga pengeluar sendiri (siap tulis besar atas pek, bukan tag harga kedai) rm12.90 untuk 840g, maknanya jadi lebihkurang harga milo jugak, 15+ sekilo.
jadi memang ada pilihan lain ganti milo, harga lebihkurang je. tepuk tekak tanya selera
Gue stuju bangat boikot2 nihh. Kah3.
ROKOK ROKOK YANG SUPPORT YAHUDI LAHANAT TAK DI BOIKOT , INI BENDE BENDE KECHIK...
SEKOTAK ROKOK MARLBORO SAJA DAH MAHAL DARI MC DOUGOL.
ORANG MELAYU INI LAWAK SIKIT , DUIT MAKAN BER KIRA TAPI DUIT ROKOK SAMPAI ANAK BINI NAK MAKAN PUN TAK DI BAGI TAU....
TENGOK LAH MELAYU , AGAK TOYE SIKIT !!!!
Penny Wise , Pound Foolish.
Produk US tak yah boikot? Kan diorg yg bantu bilion2 kat israel? Cuba bg tau camna nak boikot android,microsoft,intel,kfc,movie dr holywood..? :)
Apekebenda...boikot mac donald.....GCB...BIG MAC.....kalau beli large set dapat gelas percuma ooooooo.....ko pun sama lah tt... viral ni menongkah arus....apasal tak didik anak bangsa boikot kerajaan yang bagi lesen depa masuk sini.....kerajaan takder telur ni hampas...takder guna...ambil kredit atas kematian islam.....cuba boikot kerajaan.....didik cina dengan india join sekali.......ingat mac donald boleh muflis ke boikot 3 5 kedai dia....dont waste me time lah.......kempen sebelum pru 14 or 15....bagi lesen senjata api kepada semua rakyat malaysia ni.....belajar menembak tepat...pakai semua kelengkapan perang kita..belayar menuju asia barat...serang israel...sign mati...kalah blakang cerita...yang penting jangan ajar anak bangsa BUANG MASA boikot boikot ni......macam budak budak.....benci mak.....DEEP STATE juga yang menang...pui......
Bila zionis bedil gaza kita marah
Zionis sini roboh rumah kita tak marah
Zionis sini buat macam.x
Semua ni kempen penyatuan.ummah yang diatur
Belakang tirai.bercium.cium
Kah kah kah
Jgnlah buat wayang depan.tv
Pijak.boikot
Kah kah kah
Kuman di.jauh nampak
Lalat atas hidung tak.perasaan
Kah kah kah
Berapa lama.nak.drama.lagi
Biar.kerja kita ikhlas
Kah kah kah
Boikot sehari aje ke?
Lepas nih yg dah gian tak dpt makan semalam tu belasah 2 Big Mac.
Kah kah kah
Catat Ulasan