Khamis, 28 Ogos 2014

SALUT YANG BANGUN MELAWAN



KOMENTAR

kaum pemodal lupa
tuan punya kilang lupa
keuntungan yang mereka dapati
adalah hasil titik peluh buruh
tanpa buruh tanpa tenaga buruh
mustahil kilang akan bergerak

salut  yang berani
salut yang bangun
melawan penindasan



Rundingan gagal, pekerja bakar kilang di Kulai



Perlawanan telah  dilakukan oleh 
kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam.

Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Dikatakan tuan punya kilang ini amat zalim dan ganas. Contohnya sebagai hukuman pekerja kilang dipaksa main bola tampar. Bukan menggunakan bola tapi menggunakan batu.

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, pihak pengurusan hanya bersetuju untuk memberikan pekerjs satu hari cuti, dan tidak akan memenuhi tuntutan lain. Ini menaikan kemarahan pekerja.

Sementara itu, setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, K Mohanadas berkata, para pekerja itu mengadu kerana tidak mendapat akses perubatan selain keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk.








------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku gerenti TT punca sebenar rusuhan tu. Hasutan TT menjadi. Bukit Aman pasti angkut TT jap lagi. Baik ko lari cpt luar negara mcm dolu dolu tu. Kah kah kah

Saiful berkata...

Apa nama kilang
.cukong ka hidup melayu
.