Rabu, 1 Oktober 2014

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




LENSA: 1 OKTOBER 2014
LAPORAN POLIS UGUTAN TERHADAP SAFWAN ANANG, PENGARAH EKSEKUTIF LENSA

Pada 30 September 2014 (semalam), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Ekoran daripada itu, pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut beliau agar tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarga Safwan. 

Sehubungan dengan itu, Sdra. Safwan akan membuat satu laporan Polis seperti butiran di bawah:
LAPORAN POLIS 
 UGUTAN TERHADAP SAFWAN ANANG
Tarikh: 
1 OKTOBER 2014 (RABU)
Masa:
1.00 PETANG
Balai: 
IBU PEJABAT POLIS 
DAERAH DANG WANGI (IPD DANG WANGI)

Satu sidang media juga akan diadakan sejurus selepas laporan Polis selesai dibuat. Oleh itu LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan sidang media ini. 


LENSA juga memohon maaf di atas notis jemputan yang agak lewat memandangkan keputusan untuk membuat laporan Polis ini baru sahaja kami putuskan tengah malam semalam. 

Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Ahli Sekretariat Pusat LENSA, Sdra. Shah Jabran di talian 017 - 358 2340.

Sekian. Terima kasih
Syukri Razab
Pengarah Komunikasi 
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
syukri.lensa@gmail.com
019-8013 149




---------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS haji hadi da jadi samseng ke...

Tanpa Nama berkata...

samseng hanya ada kat UMNO dan PKR... boleh rujuk fakta dlm... pilihanraya parti...