Rabu, 1 Oktober 2014

MAMAT INI BAWA BAHAYA








KOMENTAR

satu pandangan bijak
satu saranan berilmu
satu pandangan jauh

dari segi taktik dan strateji politik
pandangan saifuddin ini amat bahaya
saranan ini jika diikuti dengan tindakan
akan memastikan sokongan orang ramai
kepada parti ketuanan melayu
kekal dan bertambah

anak muda akan meminati kembali
parti yang telah haprak ini


BN tidak menang dengan menindas rakyat, kata bekas pemimpin Umno


Umno dan Barisan Nasional (BN) harus sedar lanskap politik sudah berubah dan penindasan tidak akan menyebabkan rakyat mengundi mereka, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua pegawai eksekutif Pergerakan Kesederhanaan Global itu berkata, mendiamkan penentang mereka hanya melahirkan rasa tidak puas hati dan peralihan sokongan kepada pembangkang.

Saifuddin (gambar, kanan), yang pernah menjawat timbalan menteri pendidikan tinggi, memberitahu The Malaysian Insider, Umno dan BN harus faham perubahan zaman dan kemahuan sebenar rakyat.

“Rakyat mahu peranan mereka diiktiraf, mereka mahu suara dan pandangan mereka didengar, mereka mahu mempunyai suara dalam pembuatan keputusan negara,” kata bekas ahli Parlimen Temerloh dan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.

Saifuddin mengulas pendedahan PKR 60 ketua bahagian Umno mendesak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara mengambil tindakan tegas terhadap pengkritik.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bn-tidak-menang-dengan-menindas-rakyat-kata-bekas-pemimpin-umno#sthash.U0g9ZJ6u.dpuf

KAH KAH KAH

woit
pakatan bernasib baik
mamat ini dipinggirkan
parti ketuanan melayu
tak ambil pot  pandangan mamat ini
malah mamat ini diserang dalam parti

bayangkan 
kalau pandangan mamat ini diterima
pkrlah yang pertama tutup kedai
pkr akan bungkus

bila gerombolan ketuanan melayu jadi adil
bila jadi tidak zalim
bila jadi tidak rasuah
bila jadi tidak ganas
pas dap dan pkr nak jual apa?


NOTA:
mamat ini betul betul bahaya!

------------

Tiada ulasan: