Ahad, 19 Oktober 2014




 
HUJAHAN KES MEJAR ZAIDI AHMAD MENGENAI ISU DAKWAT KEKAL PRU13

Rakan-rakan seperjuangan,

Saksi terakhir dalam kes Mejar Zaidi telah memberi keterangan pada 13 Okt. Mahkamah telah menetapkan hujahan daripada pendakwa dan pembela pada 20 dan 21 Oktober (Isnin dan Selasa). Ada kemungkinan keputusan akan dicapai pada 21 Oktober.

BERSIH 2.0 menggesa semua supaya menunjukkan sokongan kepada Mejar di Kompleks Mahkamah Tentera, Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur, 9 pagi.

Mejar Zaidi menghadapi hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat, jika didapati bersalah. Beliau menghadapi lima pertuduhan; ada yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan media di dua tempat pada dua masa yang berlainan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan dakwat kekal yang digunakan dalam undian awal Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan. Menurut pertuduhan tersebut, isu itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.

Kita tidak boleh membiarkan Mejar berdiri sendiri. Perbuatan Mejar sepatutnya dicontohi. Mejar tidak mendedahkan apa-apa maklumat rahsia tentang ketenteraan tetapi hanya cuba menegakkan keadilan demi kesetiaannya kepada rakyat. 

Untuk makluman semua, ini perkembangan yang paling memberi harapan ketika perbicaraan Mejar Zaidi:


Peringatan Penting:

1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.

2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di kompleks. Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah kira-kira 1km.

3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam Kamar Mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah. 

4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar Mahkamah.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami 019-4380428

Kehadiran pihak anda adalah amat dihargai.

Salam BERSIH.

----------

Tiada ulasan: