PERANAN
ISIS DAN GEOPOLITIK
Geopolitik
ialah
kajian yang menganalisa geografi,
sejarah,
serta sains
sosial,
dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan
politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi
lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan. Stratiji
ini muncul di German. Dan digunapakai oleh Nazi Hitler dalam usaha
untuk menawan Eropah dan dunia.
Dari
mana pula muculnya ISIS?
ISIS
muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika
dalam usaha untuk mempertahankan EMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin
(1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara
blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.
Dalam
suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat
Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian
persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini
dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian
persenjataan NATO – North Altantic Treaty Organisation – pada
tahun 1949.
Hari
ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw
Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech,
Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.
Negara-negara
bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling
Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang
akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.
Justeru, apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya
berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS
hanyalah bidak catur.
Saya
yakin ramai anak-anak muda Islam bukan sahaja di Malaysia malah dari
benua lain juga tidak dapat memahami bahawa ISIS ini hanyalah alat
untuk kegunaan strateji geopolitik kuasa imperial Amerika. ISIS
sedang digunakan sebagi buah catur dalam straterji geopolitik untuk
mempertahankan Empire. Pasti, susah untuk mereka menerima hakikat
bahawa 'satu gerakan Islam' sebenarnya hanyalah budak suruhan
Amerika. Kerana itu kita wajib memahami geopolitik untuk memahami ISIS.
Saya
ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang
mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan
kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka
panjang kuasa imperialis Amerika.
Ingin
saya nyatakan disini bahawa jika Iraq sebuah negara pengekspot
belacan pasti Saddam Hussein masih hidup dan Iraq selamat. Saya juga
yakin jika Saudi Arabia negara pengeluar buah kurma pasti setiap hari
kita akan terbaca berita 'orang kena pancung' dihadapan Masjid
Riyadh. Media Barat setiap hari akan berlagu dengan kesah-kesah
warga Saudi sebagai rakyat yang tidak betamadun kolot penindas
perempuan.
Hakikatnya
Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia.
Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka
Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia
menjadi budak suruhan.
Dari
salasilah - ISIS adalah sambungan dari Al-Qaeda. Asal usul turun
temurun ISIS ialah Al-Qaeda. Jangan kita lupa bahawa Al-Qaeda ini
adalah anak syarikat Amerika. Kumpulan ini bertelor, mengeram,
menetas dan beranak dalam reban CIA di Peshawar Pakistan. Al-Qaeda
adalah sebahagian dari budak suruhan Amerika ketika Amerika melawan
Soviet Union diakhir 70'an.
Dalam
geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama
Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas
tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa
Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab
telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.
Hanya
Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan
hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada
keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan.
Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga
menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki
perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.
Dalam
masa yang sama Syria dari samenjak zaman Hafiz al-Assad telah
menjalinkan hubungan baik dengan Rusia. Rusia memberi alat
persenjataan kepada Syria dan juga Iran. Tentera laut Rusia
dibenarkan datang berlabuh di perlabuhan Tartus wilayah milik Syria.
Dalam
strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk
menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah
menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang/ manufacturing
consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan
Al-Qaeda.
Lihat
bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat
dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana
salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan
banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat
berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan
menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan
WTC.
Dalam
masa yang sama pembaca wajib sedar bahawa politik domestik Amerika
telah berjaya diolah. Pelbagai undang-undang baru telah diluluskan
oleh Senate/Kongres Amerika. Sedikit demi sedikit hak kebebasan
rakyat Amerika sendiri terhakis. Ada yang disedari dan ada yang TIDAK
disedari.
Warga
Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk
mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang
takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis
dan tentera demi keselamatan.
Kini
Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika
boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana
kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis
Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara.
Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah
berlakunya ledakan WTC 9/11.
Media
Amerika – yang satu ketika dahulu memiliki sejarah bebas dan berani
kini menjadi lembik dan manai. Dunia masih ingat lagi peranan
Washington Post yang berjaya menundukkan Presiden Nixon sehingga
Nixon meletakkan jawatan kerana Skandal Watergate.
Hari
ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media
Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek
bantal bersama soldadu. Ini TIDAK pernah terjadi ketika Vietnam
diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.
Dimana
peranan ISIS sekarang?
Ingat
atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik
Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas
5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15
minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu
sandiwara.
Babak
Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAK diyakini maka terpaksa
sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa -
boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.
Sabenarnya
sandiwara Al-Maunah ini dipentas untuk mengolah persetujuan agar
orang ramai agar jangan turun berdemo ke jalan raya menentang Anak Lelaki Iskandar Kutty. Ketika itu gerakan anti United Malays National Organisation
sedang mengampoh.
Al-Maunah
juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar
ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang
Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan
berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin
dan Jamaah Islamiah.
Apa
hubungan Al-Maunah denganh ISIS?
Al-Maunah
ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS
digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan
untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika.
Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah
membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua
e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui
ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.
Lihat
bagaimana berita ISIS memancung kepala menjadi heboh, heboh dan
heboh sedunia. Hanya tiga kepala putus. Tetapi media dunia TIDAK
pernah melaporkan 79 kepala yang dipenggal tahun lalu oleh Saudi
Arabia. Statistik ini adalah laporan dari Amnesty International.
Dengan
menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA – maka warga dunia
menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini
menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu
dunia baru yang lebih adil.
Saudi
negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman
Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika
untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan
berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.
Kepada
anak muda atau sesiapa sahaja yang masih TIDAK faham apa itu ISIS
biar saya terangkan. Di belakang ISIS ini ialah Saudi Arabia - barua
Amerika yang paling kental. Tanpa duit Saudi ISIS tidak mungkin
wujud. Saudi dan Amerika sedang menjual Islam untuk mempertahankan
sistem ekonomi kapitalis yang semakin tidak menentu.
Hujah
saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.
Pada
30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesir telah membunuh 30 orang
soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis
Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?
Pada
Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke
Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang
menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah
dalam sejarah terlibat menyerang Israel?
Akhirnya
negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat
tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk
menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan
undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama
dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045
-------------
16 ulasan:
tepat lagi betol. tabik spring untuk TT
Going deeper, khawarij adalah anjing muawiyah bin abu sufyan untuk memerangi Ali bin Abi Talib as. The song remains the same kata led zeppelin. Agama dan dunia hanya boleh difahami melalui Ahlul Bait ( that's Iran ). I rest my case my lord.
Satu point utama disini ialah strategi politik adalah untuk mewujudkan lebih banyak hantu.hantu-hantu selain jembalang ialah hantu-hantu yang di tetaskan oleh gerombolan united malays national organisation seperti hantu bernama red indian, hantu bangsat, hantu segala macam hantu.Ini semua tak lebih dari cuba hendak tipu melayu, makcik dan pakcik felda.kah..kah..kah..
hakikatnya gerombolan united malays national organisation, ringkasnya umno celaka lah yang melahirkan banyak hantu yang hisap darah siang dan malam.ada hantu lembu,ada hantu penyamun dan hantu yang macam dalam filem P. ramlee tu. satu untuk kau,dua untuk aku, macam juga filem abdul wahub si negeri Sahak gagap yang kata ini tidak adil.kah..kah..kah..
IS ialah Israel State!
Mat2 bebal suni ada faham ke , ini semuanya agenda zionis yg menjadikan saudi keparat yg berfahaman wahabi sebagai budak suruhan mereka utk memecah belah kan umat islam dengan menabur sentimen kebencian antara mahzab sunni dan syiah supaya berperang sesama sendiri.
Kah kah kah
Karya ilmiah yang berkualiti. Tabik pada tuan haji isham.
Agama dan dunia hanya boleh difahami melalui Ahlul bait adalah hujah kepala bana.kah..kah..kah..
Kualiti apa..dia syok sendiri reka mcm lagak pandai tapi bangang sebenarnya
Bila tak faham mula lah kata banggang.
Tak sedar diri sendiri yg bermasalah tak nak faham..jeles lg tu
Mat wahabi angin ke?
Kah kah kah
untuk pembenci AHLUL BAIT, sila padamkan semua kalimah ahlil bait dalam al-quran, ada brani.go on to study ( WITH CONSCIENCE, OF CAUSE ) "democracy" at saqifah bani saidah, battles of jamal,siffin and nahrawan, karbala and the conduct of the ummayyad, abbasids an the last of ottoman."MODERN" world is just inherited for all the misconduct of of the past. salute tu bro isham,lu ni macam abu dzar al ghifari la bro.
Bro isham macam abu dzar al ghifari,kah..kah..kah...
Kepala bana betul, isham kominis pun dia kata macam abu dzar, Lebih baik katakan yang isham tu ahlul bait.Woittt..nak tipu orang bukan disinilah.
Anway who is ahlul bait?kah..kah..kah..
ahlul bait = iran? kepala bana bapak ko! hahahahaha
kaji lagi bro...
ada condong mana2 ni.
bebaskan fikir ikat pads yg 2,
insyaallah ketemulah ia.
Woi syiah melayu.. Pergi jahanam la dgn agama syaiton syiah ko ni TT. Ko meroyan sbb IS makin maju ke.. Takutlah pada Allah!0
ada beberapa org yg tukang komen kat sini,yg kepala otak dia sama dgn kepala bana tok nenek dia
Catat Ulasan