Rabu, 31 Disember 2014

#OPS KEMAMAN





KEMAMAN.



#OpsKemaman adalah satu lagi misi kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir di Chukai, Kemaman. Misi ini berlangsung dari 5hb hingga 11hb Januari 2015.








Misi ini memerlukan sukarelawan untuk:

1. Mengumpul bahan makanan mentah seperti beras, sayur kering, telur, rempah ratus dll dari segenap sumber yang ada terutama dari ibu kota.

2. Membawa bekalan makanan mentah dan tenaga kerja ke daerah Chukai, Kemaman melalui jalan darat.

3. Menyediakan makanan yang cukup selama seminggu kepada mangsa yang tinggal di penempatan banjir. Jumlah mangsa di pusat tersebut kini mencecah hampir 2000 orang.

Untuk anda yang ingin membuat kerja bakti ini, sila smskan nama, nombor telefon dan alamat ke 018-384-70-30. Kami akan hubungi anda dalam masa terdekat selepas pendaftaran.

Terima kasih.




---------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di-Jamin 100% sumbangan tiada muka Lan chiow.

Tanpa Nama berkata...

Org yg bagi derma tu amat bagus...kadang2 pengutip derma ni bantai kat dia...dpt derma rm10k ...sampai kat sana rm5k...kah..kah...apa tuuuuu