KECILAKAAN
DEMI
KECILAKAAN
Tahun
2015 akan sampai. Tahun 2014 akan berakhir. Sejarah akan merakamkan
tahun 2014 adalah tahun kecilakaan. Satu demi satu kecilakaan telah
menimpa rakyat Malaysia. Seratus tahun dari hari ini, sejarah akan
berlaku adil apabila melihat kembali babak-babak kecilakaan ini.
Kecilakaan
2014 bermula dengan penipuan PRU13. Rakyat di Semenanjung dan di
Sabah Sarawak telah sebulat tekad bergerak menendang dan menerajang
keluar United Malays National Organisation dan kuncu-luncunya dalam
Barisan Nasional dari tampok kuasa.
Tetapi,
melalui penipuan undi, melalui undi hantu, melalui pendatang haram
parti United Malays National Organisation telah merampas kemenangan
Pakatan Rakyat dalam PRU13.
Pakatan
Rakyat telah mendapat 52% dari jumlah undi seluruh negara. Manakala
Parti Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Dimana-mana pun
dalam dunia ini pihak yang mendapat 52% akan menubuhkan kerajaan.
Tetapi ini TIDAK berlaku di Malaysia. Disinilah bermulanya
kecilakaan. Penipuan PRU13 ini adalah malapetaka dan cilaka yang
paling besar yang menimpa rakyat Malaysia.
Cilaka
yang menimpa rakyat Malaysia ini semakin berganda-ganda. Kecilakaan
demi kecilakaan ini sedang dibawa oleh sebuah kerajaan haram yang
hanya mendapat 47% undi rakyat.
Awas
dan waspada – ketika tulisan ini digarap – satu rancangan licik
sedang diatur dan disusun. Rancangan jahat ini diberi nama
Persempadanan Semula. Rancangan ini akan membawa kecilakaan yang
maha sangat kepada rakyat Malaysia.
Surahanjaya
Pilihan Raya (SPR) pada ketika ini sedang merancang untuk mengubah
kawasan mengundi. Diberitakan SPR telah merancang untuk menambah 40
lagi kerusi parlimen. Penambahan ini hanya boleh dilakukan jika ada
persetujuan majoritii 3/4 sokongan ahli parlimen. Pada ketika ini
Parti Ketuanan Melayu TIDAK memiliki undi yang diperlukan.
Justeru
satu berita cilaka telah mula didengar. Diberitakan ada
bengolan-bengolan dari Parti PAS telah mula melakukan 'perbicangan
sulit' dengan pemimpin United Malays National Organisation. Malah
mengikut riwayatnya - 'perbincanga sulit' yang belum saheh ini
telah diadakan dalam pondok Igloo. Pondok air batu Igloo telah
dipilih untuk memastikan rancangan jahat ini TIDAK bocor dan tidak
tiris.
Persempadan
semula dan penambahan kerusi parlimen ini adalah satu kecilakaan yang
amat besar. Dengan bertambahnya kerusi parlimen bermakna United
Malays National Organisation akan berjaya dalam PRU14 untuk menambah
kerusi dalam parlimen. Persempadanan semula ini dirancang dan direka
untuk memastikan parti Ketuanan Melayu ini akan mendapat laba undi.
Ini kerja cilaka SPR.
Rancangan
jahat lagi cilaka ini seharusnya dimulakan pada akhir tahun 2014 ini. Hanya
banjir besar yang melanda telah menangguhkan kecilakan ini dari
dimulakan. Tapi yakinlah kecilakaan ini akan sampai.
Tahun
2014 akan diingati sebagai tahun 3Kapal Terbang. Pada 8 March
pesawat MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang
lesap tanpa ditemui bangkainya hingga ke hari ini. Pada 17 Julai
sebuah lagi pesawat MAS MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine. Pada
28 Disember – sebelum akhir tahun - sebuah pesawat Air Asia QZ8501
telah dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Dalam
tahun 2014 tiga kecilakaan pesawat udara milik syarikat Malaysia
telah berlaku. Kecilakaan saperti ini belum pernah berlaku dalam
dunia. Kecilakaan ini menjadi trajedi kerana semua pesawat ini
membawa penumpang. Pesawat MH370 terus tidak ditemui. Kehilangan ini
telah menjadikan MH370 satu misteri dan menimbulkan pelbagai teori
dan teori konspirasi.
Manakala
jenazah dalam kecilakaan MH17 selamat dibawa pulang walau pun
pesawat ini hancur meledak diudara. Manakala pesawat Air Asia masih
lagi dicari. Hingga ke saat ini air mata kaum keluarga mangsa 3Kapal
ini masih lagi hangat dipipi.
Sejarah
tahun 2014 telah merakamkan bagaimana ketika MH370 lesap Menteri
Pengangkutan telah bertegang lidah menyatakan kepada dunia bahawa
Kotak Hitam dalam MH370 adalah milik Malayia. Saperti seorang cilaka
Menteri ini telah pergi ke London untuk memperkasakan tuntutan ini.
Tetapi Kotak Hitam MH370 TIDAK ditemui.
Apabila
MH17 ditembak jatuh Kotak Hitam telah ditemui. Pihak yang menemui
Kotak Hitam ini secara hormat dan jujur telah menyerahkan Kotak
Hitan ini kepada kerajaan Malaysia. Penyerahan Kotak Hitam ini
dirakamkan oleh media dunia.
Tetapi,
sekali lagi saperti seorang cilaka Menteri Pengangkutan telah
menyerahkan Kotak Hitam ini kepada pihak British. Penyerahan Kotak
Hitam memberi makna bahawa kerajaan ini adalah kerajaan haram. Sebuah
kerajaan yang TIDAK mempedulikan kepentingan warga sendiri tetapi
tunduk kepada kepentingan pemodal luar negara.
Penyerahan
Kotak Hitam ini adalah kecilakaan kerana hingga ke hari ini rakyat
Malaysia TIDAK diberi tahu apakah isi kandongan rakaman dalam Kotak
Hitam ini. Kaum keluraga mangsa MH17 masih dalam kegelapan tentang
apa yang telah terjadi kepada pesawat itu. Siapa yang menembak? Dan
siapa yang bertanggung jawab. Pesolanan ini terus menghantui 2014
untuk rakyat Malaysia. Inilah perasaan marah yang cukup cilaka.
Setiap
bulan November ke Febuari wilayah Pantai Timur akan dilanggar
tengkujuh. Ini bukan satu yang baru. Ini hukum alam. Ada kalanya
tengkujuh menenggelamkan banyak kawasan. Ada kalanya tengkujuh hanya
membawa hujan. Biasanya Kelantan yang menjadi wilayah sasaran walau
pun seluruh Pantai Timur dan kawasan pesisir digelorakan oleh angin
dan ombak Laut China Selatan.
Tahun
2014 ini akan dirakam oleh sejarah sebagai tahun Banjir yang
berlainan. Kecilakaan yang sampai hari ini lebih hebat dari hebat.
Bukan sahaja Kelantan yang banjir malah Terangganu, Pahang dan
Perlis juga dilanda banjir.
Sejarah
banjir akan dibuka kembali untuk melihat tahun 1971 – banjir
terbesar dalam ingatan sejarah. Banjir71 ini menjadikan Jalan Tengku
Rahman dinaiki air sehingga 2 kaki. Dari segi sejarah - Banjir71 ini
masih belum dianggap satu kecilakaan berbanding dengan Banjir2014.
Banjir2014
dianggap cilaka kerana secara senyap-senyap Najib dan Rosmah telah
menggunakan kapal terbang 9M-NAA pesawat resmi negara untuk bercanda
dan berpoya-poya di Hawaii. Ketika negara ditenggelami air Si Najib
dilihat sedang bermain golf dengan Obama. Gambar ini cukup cilaka.
Sebaik sahaja gambar ini muncul dilaman siber – Najib Razak mula
mendapat sumpah seranah dari semua lapisan masyarakat.
Malah
berita Najib berpoya-poya ini telah juga dilaporkan di Hong Kong, di
Bangkok, di Iran, Itali dan di Eropah. Paling cilaka ialah peranan akhbar
Washington Post yang membocorkan gambar Najib main golf. Sehari
salepas gambar Najib dibocorkan akhbar ini telah turut sama
mencilakan Najib. Ini kecilakaan yang maha sangat untuk Si Najib.
Tahun 2014 Najib tidak berhenti-henti mendapat serangan politik dari
dalam dan luar negara.
Akhirnya
Banjir2014 telah berjaya memaksa Najib pulang dengan serta merta.
Tetapi cilaka untuk Najib TIDAK berhenti disini. Dengan teknoloji
terkini portal berita internet MalaysiaKini telah menggunakan
Flightradar24 untuk mengekori pesawat 9M-NAA – pesawat resmi
kerajaan Malaysia- yang dinaiki Najib.
Dari
laporan MalayiaKini – pesawat 9M-NAA telah berlabuh di
Indianapolis. Disini Najib telah bertukar kapal terbang. Akhirnya
mengikut laporan Malaysia Kini Najib pulang ke Malaysia dengan
pesawat M53-01 dan TIDAK dengan 9M-NAA – pesawat resmi negara. Ini
berita pelik lagi cilaka.
Maka
dari berita pelik lagi cilaka ini timbul soalan-soalan cilaka - kenapa pesawat
resmi negara tersangkut di Indianapolis? Siapa ada di Indianapolis?
Apakah pesawat resmi 9M-NAA ini menunggu Rosmah Mansor yang sedang
bershopping? Soalan-solan cilaka ini mula merebak diruang siber.
Amat
jelas Banjir2014 ini amat cilaka untuk Najib. Bukan sahaja Najib
mendapat kutukan dan sumpah seranah malah kini rakyat Malaysia telah
mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah pergi bercuti secara
senyap-senyap dengan menggunakan pesawat milik kerajaan. Ini
betul-betul buat kerja cilaka.
Lalu
timbul soalan paling cilaka – kalau hendak pergi bercuti kenapa
TIDAK menggunakan duit sendiri. Main golf bukan kerja Perdana
Menteri. Kenapa rakyat perlu membayar Najib dan Rosmah yang ingin
berpoya-poya? Malah perangai Najib dan Rosmah menggunakan duit
kerajaan untuk kegunaan pribadi bukan berlaku kali pertama. Ianya
telah berlaku berkali-kali.
Ketika
kenduri pertunangan anak perempuan Najib empat tahun dahulu –
portal internet telah menayangkan gambar potokopi bill jamuan
kenduri makan yang dihantar ke Jabatan Perdana Menteri. Najib telah
menafikan ini berlaku. Saperti biasa parti pembangkang telah dituduh
membuat fitnah. Tapi kali ini satu dunia melihat Najib pergi
bercuti di Hawaii dengan menggunakan pesawat resmi kerajaan.
Ketika
tulisan digarap tengkujuh masih mengganas. Banyak jalan di Pantai
Timur terputus. Dilaporkan secara resmi 10 nyawa telah tewas. Pada
ketika ini 225,730 mangsa telah dipindahkan dari rumah mereka. Banyak
kawasan perumahan telah ditenggelami air. Hujan masih belum reda.
Diberitakan ada kawasan-kawasan di Johor dan Negeri Sembilan telah
mula dinaiki air.
Apa
semua kecilakan ini perbuatan alam? Jawabnya ia dan tidak. Memang
betul telah menjadi tabii alam untuk untuk membawa hujan lebat ke
Malaysia pada November ke Januari. Tetapi harus diakui semua
kecilakaan ini ditambah burukkan oleh manusia. Dimana-mana ada
kecilakan tangan manusia memainkan peranan. Apakah kita semua lupa
tentang Penghangatan Dunia/ Global Warming? ( TT )
NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
--------------
12 ulasan:
Elek la bro tt esok luso dapek duit I.s.a poie la enjoy...biaso la fuckatan ko b.n ko semuo akan sebat iyo bondo free...gua pun kalu ado pluang sebat gak...bro tt pun nampak pluang pun sebat kalu x mau sebat x kan lawan ka makhamah so elek....namo pun hukum alam...tp tang ketum tu wa x paham dulu sebat masa umno dh sepak kuar sebat kat pakatan....ini depan blakang sebat
Kah..kah..kah...kemaruk nak memerintah....dpt 52% tapi kalah...heran ye knp begitu terjadi...dlm 52% tu PKR ada 15% ja...selebihnya PAS dan dap...jd geng2 pkr ni jangan perasan la sgt...buktinya ceramah2 PKR baru2 ni lengang x de siapa nak dengar...yg jadi ramai tu penyokong2 PAS...dap ada la 2,3 org....jd seandainya UMNO mampu mengambil hati PAS maka kebulur la saudara anwar nak jd PM sampai mati...yg takutnya mati beragan dlm perjara.
Sebenarnya bencana demi bencana ini adalah bagus untuk Malaysia dan boleh buat projek. Lagi banyak bencana, lagilah bagus. MP-MP boleh hantar proposal untuk buat projek juta2. Alhamdulillah. Lulus 300 juta, 298 juta rembat, 1.5 juta kita bedak2 dgn JKK..baki 500k tu cukup la beli turus pagar dan dawai utk ikat batu atau beli lembu seekor dua utk dibuat kenduri kat masjid. Banyak la tu utk rakyat yg bodo2 cerdik dpt peruntukan. Lagipun bukan tiap2 hari banjir. Tahun depan, luluskan pulak 500juta..
Standard la tu. Kalo gua jadi MP pun (tak kira PAS PR BN sekalipun), gua akan buat proposal mcm ni jugak. Kayo giler siot. Untuk rakyat dunia ketiga ni, berbuat kebaikan pun bukan dapat kebaikan pun. Kahkahkah...
ada satu lagi kecilakaan pd tahun 2014 ini: kebangkitan suara2 ekstremisme bertopengkan dongeng 3R yang dipelopori oleh PerkaSAm dan IsMAaaa...
Macai ameno ingat Pas menang hanya undi melayu kah?
Bangsat punyer macai
Masih bisa ..masih tajam..yang dua ekor mangkuk atas ni cete BN dan PKR ni apasal yer...takder beras nak sumbang ke...hehehhehe...bro tt ni non partisan lah....kuk....dio nak bilang kat kung..kan dia sudah bilang 1..2..3..44..kan....kkakakakakakakakkaak...kebodohan yang tiada ubat ialah kebodohan yang di beri oleh mamak kutty pukimak mahathir...yang lain semua ada ubat punyaaaaaaa....kakkakaka
ABU jangan lupa ,bantu gerombolan kaki kelentong & seleweng dapat pahala ,bantu penyangak@penyamun ketuanan melayu dapat pahala ! bantu penyebar fitnah dengan bukti rekaan dapat pahala ! banyak ganjaran macai-macai disana !kah kah kah !
12:40 & 2.08...
Ko ni terlebih makan beras cap LANCAU ker?
Kurangkan sikit makan beras cap LANCAU tu. Lebih makan otak ko boleh fius....heee
Jatuh jugak kjaan umno suwey cilaka ni:yg jenis bertuhankn duit ni pun akn hancur lebur juga. Mana ada yg kekal d bumi Allah ni? Yg penting kita berada d pihak yg benar
Budak lahanat tu main golf dalam banjir lagi ke ?
Itu cilaka krpada segala cilaka dunia.
Apa beras pun ok cap lancau ka cap puki ka buruk sendiri x nampak lu nie musti dh lama isap syabu tu pasal otak bingai takuk lama
Lepas tu siapa perintah? Kau ingat PAS atau PKR yg perintah? DAP dan Cina laknat akan perintah. Melayu akan diusir dari bandar macam diPenang.
PAS dan PKR hanya keldai DAP sahaja.
Catat Ulasan