Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria menyifatkan kenyataan terbaharu Abdul Hadi menerusi laman sosial Facebook yang `mempersilakan' Pasma meninggalkan Pas sekiranya tidak lagi sehaluan dengan parti itu sebagai langkah yang tepat.

Malah, beliau secara sinis berkata, Pasma boleh mencari pendekatan berpolitik mengikut parti lain.