Isnin, 23 Februari 2015

SUARA DARI MUSLIMAT PAS




DEMI NEGARA, DEMI RAKYAT, PAS 

PERLUKAN REFORMASI

Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai Multaqa' Ulama PAS yang berlangsung baru-baru ini. Kerana saya melihat Multaqa itu tidak lebih daripada himpunan melepas kemarahan kumpulan yang disebut sebagai Ulama dalam PAS. Tidak ada resolusi yang merakyat, tidak ada perbincangan yang kritikal demi negara, yang tertonjol hanyalah sikap sebenar golongan berserban dalam PAS yang gemar mensyaitankan orang yang tidak sepandangan dengan mereka.

Oleh itu saya lebih gemar untuk berbicara mengenai masa depan PAS dan perkara yang perlu dibuat bagi memastikan parti Islam ini terus bertahan dalam arus politik nasional.

Pemenjaraan  Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) semestinya memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat terutamanya PAS. TGNA adalah individu yang cukup keras mempertahankah maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan UMNO.

Saya berani katakan usaha ini sememangnya wujud tambahan pula baru-baru ini Bekas Timbalan Presiden PAS Ust Nasharuddin Mad Isa mengesahkan bahawa beliau telah diarahkan untuk bertemu dengan pimpinan UMNO bagi memastikan usaha penggabungan ini terus berlaku.

Pengkhianatan dalaman sebegini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahukan PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan Pakatan Rakyat.

PAS DAN MASA DEPAN MALAYSIA
PAS adalah sebuah parti yang paling lama ditubuhkan di malaysia. Oleh itu PAS seharusnya menjadi contoh rujukan buat parti-parti lain khususnya yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat. Tetapi malangnya PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang PAS dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam Pakatan.

PAS memerlukan kesegaran agar pergerakannya mampu seiring dengan perkembangan dunia yang serba canggih ini. PAS memerlukan Kepimpinan yang mampu menghasilkan idea-idea 'brand new' seterusnya memimpin politik baru yang berteraskan ilmu dan moral.

Kejatuhan Terengganu dan Kedah sewajarnya dijadikan medan untuk PAS bermuhasabah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh, justeru disusuli dengan iltizam untuk berubah. Kekalahan di dua negeri ini seolah-olah membenarkan dakwaan yang mengatakan PAS hanya pandai berceramah tetapi tidak mampu memimpin. Bahkan pemergian TGNA juga meninggalkan tanda tanya besar mengenai survival PAS di Kelantan. Ramai pihak yang sudah mencongak bahawa hayat PAS di Kelantan akan berakhir seiring pemergian TGNA sebagai ikon Umara dan Ulama.

PAS PERLU SEGERA REFORMASI

Ramai yang memuji kegemilangan PAS ketika di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai Presiden. Pada ketika itulah PAS mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kerusi Parlimen yang paling banyak sekaligus merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.

Tetapi amat mengecewakan apabila momentum kecemerlangan itu seperti gagal diteruskan oleh kepimpinan PAS hari ini. PAS bukan sahaja bermasalah dengan rakan komponen dalam Pakatan, malah konflik dalaman sesama ahli juga seperti tidak terbendung. Fitnah ahli sesama ahli dan pimpinan sesama pimpinan sudah kerap kali berlaku. Liqo’ dan Usrah yang sepatutnya menjadi tempat untuk bermuhasabah dan menambah ilmu telah bertukar menjadi tempat melemparkan hasad dengki dan adu domba.

Permasalahan ini perlu segera diperbetulkan sebelum menjadi barah yang bakal meranapkan PAS secara keseluruhan. Matlamat serta fokus perjuangan PAS harus dikembalikan. Saya yakin PAS akan kembali seperti dulu dan lebih utuh sekiranya yang mengemudi PAS kelak lebih bersikap terbuka dan berfikir diluar kerangka konservatif.

PAS memerlukan pemimpin yang mampu meletakkan PAS kembali menjadi sandaran utama Pakatan Rakyat. Kepimpinan tertinggi Parti seharusnya bijak dalam menyusun prioriti perjuangan agar segala konflik dapat ditanggapi secara berkesan.

Saya merasa sedih apabila melihat kepimpinan parti yang seharusnya menjadi penyelesai konflik, tetapi gagal mengawal emosi sehingga keluarlah kenyataan yang mampu merisikokan perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Amat mengecewakan apabila pimpinan PAS terlibat dalam perang mulut antara pimpinan Pakatan secara terbuka sehingga masalah tersebut dihidu oleh masyarakat. Hal ini sudah pasti bakal mendatangkan signal negatif kepada masa depan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, kekalahan PAS di Terengganu dan Kedah serta masalah dalaman PAS yang berlaku ini sepatutnya mampu membuka mata dan pemikiran ahli PAS bahawa PAS memerlukan sebuah reformasi dalam kepimpinannya.

Ahli PAS perlu pastikan dalam muktamar akan datang ini, PAS akan diterajui oleh kepimpinan yang mampu mengembleng seluruh kekuatan PAS bagi memastikan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU14 nanti.

Saya sebagai aktivis PAS yang selama ini memberi sepenuh qudrat untuk memajukan jemaah ini, yakin dan percaya bahawa hanya dengan perubahan tampuk kepimpinan, segala kemelut dalaman akan dapat diselesaikan sekaligus meletakkan PAS kembali menjadi parti harapan bukan sahaja untuk Pakatan Rakyat, tetapi juga untuk rakyat malaysia.

PERUBAHAN TERLETAK KEPADA AHLI PAS.

AIMAN ATHIRAH AL-JUNDI
KETUA PENERANGAN 
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA








-------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS parti politik Melayu Otak Gred 3.

Tiada nilai ekonomi , sehingga pencetak2 buku keagamaan Islam hidup segan mati tak mahu... Tak boleh hidup.

Mangsa banjirKelantan masih miskin papa kedana menanti BR1M dan KR1M akibat malas dan sikap meminta minta.

Pemimpin GAGAL lagi MUNAFIK di sanjung bagai Michael Jackson.

Bahalol saja.

Tanpa Nama berkata...

redha ilahi???lancauuu la Hadi & serban group....jnji dpt pakai belpayer,mecedis,mini kapir,alpat,banglo besau....apa ada hal brgabung dgn Umnu?yer dak?
mmg celaka puak2 kopiah/serban ni...tp kalu kna tangkap msuk jel?tolak mat Sabu & geng x ngaji je lah...yg serban/kopiah dduk kt umh memantat dgn bini no 3 & 4...buat pa susah2...wala' / baiah kunun! paler butoh! kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

saja nak ulang kot abang abang lebai termabuk khal...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'


nges nges nges....
harap tuang presideng mulakan upacara jilat muntah,ludah dan nanah sendiri as soon as possible..

radio bangsar blh buat siaran langsung

5sal berkata...

nak buat macam mana lagi bapak2 atas sana tu,cuma ada 1 telinga dan 2 lidah.

Tanpa Nama berkata...

PAS kan parti anak syaitan