Rabu, 18 Mac 2015

KENDURI PAKAI DUIT KERAJAAN









        PARSEPOLIS 1970 – KLCC 2015

Pada bulan Oktober 1970 satu pesta menyambut 2,500 tahun Empire Raja Parsi telah berlangsung di Parsepolis Iran. Ini sambutan kelahiran Empire Raja Parsi ini dimulai oleh Raja Cyrus Yang Agong – 576-530 BC. Raja Cyrus menobatkan diri sebagai Raja Empat Penjuru Alam.

Ibu kota empire ini ialah Parsepolis. Kota ini mula dibina oleh Raja Darius pada tahun 518 BC. Parsepolis memberi makna – kota orang Parsi. Sayangnya - kota sejarah ini telah dibakar musnah oleh Iskandar Zulkarnain apabila dia melanggar Iran pada tahun 330 BC.

Diatas runtuhan kota Parsepolis yang telah dibakar dan ditapak, ditiang dan di tembok runtuhan kota inilah berlangsung selama 6 hari 6 malam Bapak Segala Kenduri. Pengarah filem terkenal Orson Welles berkata : Ini bukan pesta tahunan. Ini Pesta 25 Kurun.

Ahmad Reza Pahlevi dan Pemaisuri Farah Deba empat tahun sebelum ini, baru sahaja ditabalkan. Ahmad Reza telah menobatkan dirinya sebagai Shahan Shah Raja Kepada Segala Raja. Pertabalan ini juga berlangsung di Parsepolis.

Jika mengkaji sosio politik Iran maka kita akan bertemu dengan fakta dan data tentang Kenduri Yang Membunuh Semua Kenduri ini. Dari fail resmi kerajaan Iran kita ketahui bahawa bujet perbelanjaan kenduri ini ialah 140 juta pound sterling bersamaan 766 juta Ringgit Malaysia. Ini nilai wang pada tahun 1970. Hari ini nilainya mungkin telah melintasi 1 bilion ringgit.

Dari rekod resmi kerajaan United Kingdom, Ahmad Reza telah juga menjemput Baginda Queen Elizebeth. Tetapi Baginda Queen enggan mencemar duli kerana merasakan Pesta ini agak lucah dan tidak ada kelas.

Akhbar Daily Telegraph yang memetik rekod resmi kerajaan UK telah melaporkan bagaimana seramai 160 orang Tukang masak – Chef – dari Paris yang telah diterbangkan ke Parsepolis. Laporan akhbar ini diterbitkan pada 12 Ogos 2001. Laporan berita merujuk data arkib negara UK yang menyebut tentang 1 tan 'golden imperial caviar' - telor ikan termahal dalam dunia ini telah didatangkan ke Parsepolis.

Malah dikatakan pada minggu itu hampir semua restoran 'top kelas' di Paris dan Peranchis telah ditutup selama 15 hari kerana semua chef, tukang masak, tukang buat roti, tukang buat kuih, pembantu dapor dan pelayan telah di bawa ke Parsepolis. Juga diberitakan Peranchis telah kehabisan air anggur Champagne yang terbaik kerana semuanya telah diterbangkan ke Parsepolis.

Khemah DiRaja telah direka khusus oleh arkitek terkenal dari Peranchis. Khemah-kemah yang menjadi singahsana tetamu ini telah didirikan dalam runtuhan kota kuno ini. Khemah yang direka saperti bilik hotel ini telah disaluti dengan bunga-bunga yang diterbangkan khas dari Paris.

Sebanyak 250 buah kereta Mercedez Merah telah tersedia di lapangan Terbang Shiraz untuk menunggu para jemputan yang datang dengan pesawat khas dari luar Iran.

Siapa yang dijemput? Setiap Raja, setiap Presiden, setiap Perdana Menteri yang wujud dalam dunia ini telah dijemput. Dikatakan lebih dari 60 Emperor, Al-Malik, Sultan, dan Raja telah dijemput datang. Dikatakan lebih dari 40 Presiden termasuk George Pompidou dari France telah datang. Presiden Nixon dari Amerika bercadang untuk datang tapi membatalkan. NIxon telah digantikan oleh Naib Presiden Spiro Agnew.

Bintang filem, penyanyi, pereka feshen, wartawan, Minah dan Mamat yang ada nama dan glamour semuanya dijemput datang. Hakikatnya pada minggu itu – Siapa Dan Siapa – dalam dunia ini akan berada di Parsepolis. Kamu bukan sosok ternama dalam dunia ini jika kamu tidak berada di Parsepolis pada 12 hingga 16 Oktober 1970.

Pasti ada yang bertanya kenapa saya bersurah panjang lebar tentang kenduri Parsepolis ini?

Saya menggarap tulisan ini untuk memberitahu bahawa : Kamu juga bukan sosok yang ada nama dalam dunia ini jika pada Sabtu 28 haribulan Mac 2015 kamu TIDAK berada di KLCC Kuala Lumpur. Kamu – yang membaca tulisan ini - bukan sosok ternama jika kamu TIDAK mendapat jemputan kenduri kahwin anak Rosmah Mansor. JIka kamu TIDAK dijemput untuk hadir dijamuan kenduri ini maka nama kamu ialah Encik Tak Da Sapa.

Dari Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa kenduri perkahwinan anak Rosmah ini akan dilihat lebih hebat dari Kenduri Empire Raja Parsi di Parsepolis. Farah Deba hanya sempat berkenduri selama 5 hari 5 malam. Manakala Rosmah dikatakan akan berkenduri selama 6 hari 6 malam.

Surat jemputan... opps maaf. Bukan Surat Jemputan tetapi Watikah Jemputan dari Rosmah Mansor yang bersadur air emas dikatakan telah diedar untuk jemputan yang terpilih. MalaysiaKini telah menayangkan rupa bentuk Watikah Jempuatn ini. Harga sakeping Watikah Jemputan ini sahaja pasti melintasi sebulan gaji seorang Pak Gad. Jika Rosmah berdandan rambut bayaran 1200 ringgit. Justeru masuk akal jika Watikah Jemputan yang bersejarah ini berganda-ganda harganya dari bil berdandan rambut.

Dikatakan kenduri ini bermula pada minggu akhir bulan Mac ini. Dilaporkan juga bahawa kenduri kahwin ini juga akan diadakan di Pekan Pahang – di wilayah kawasan yang memilih Najib Razak sebagai wakil Parlimen. Kenduri ini juga dikatakan akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur – mungkin untuk penyokong Najib dan ahli parti United Malays National Organisation.

Grande Finale atau Kemuncak Kenduri ini akan diadakan di Pusat Konvenshen/ Covention Center - KLCC Kuala Lumpur pada malam Sabtu 28 Mac ini. Inilah kenduri kahwin yang membunuh semua kenduri kahwin di Malaysia. Kenduri kahwin anak Rosmah ini akan tercatit dalam sejarah dunia sama saperti Pesta di Parsepolis 1970. KLCC 2015 akan mencipta sejarah.

Awal Januari dahulu – Rosmah dan Najib telah bercuti. Ini ketika banjir besar melanggar Kelantan. Najib telah dikritik hebat kerana TIDAK ambil pot terhadap rakyat yang menderita. Akhirnya Najib tergesa-gesa pulang. Tetapi Rosmah Mansor terus bercanda-canda menggunakan pesawat udara resmi negara. Malah Najib sendiri terpaksa pulang dengan kapal terbang awam. Baginilah kuasa yang dimiliki oleh Rosmah Mansor.

Ketika banjir melanda Kelantan - satu Malaysia tertanya-tanya kemana Rosmah Mansor bercanda dan berpoya. Pesawat resmi kerajaan Malaysia yang telah diekori oleh teknoloji terkini memperlihatkan ianya berpindah dari Indianapolis Amerika menuju dari kota ke kota.

Pertanyaan RAKYAT MALAYSIA ini akhirnya terjawab bulan ini apabila desas desus anak Rosmah nak kahwin mula muncul dalam media sosial. Rupa-rupanya ketika Kelantan banjir Rosmah Mansor sedang sibuk membeli belah dari Los Angles, ke London, ke Dubai , ke Soeul dan ke Bangkok. Rosmah bershopping untuk kenduri anak nak kahwin.

Pasti ada orang yang akan bertanya kenapa 'sibuk-sibuk' pasal anak Rosmah nak kahwin.

Biar saya jawab disini. Saya menimbulkan agenda anak Rosmah nak kahwin dalam tulisan ini kerana ada sebab musabab yang amat kukuh. Saya TIDAK menentang anak Rosmah kahwin. Tak ada siapa yang ambil pot tentang anak Rosmah ini. Rakyat Malaysia bukan menentang perkahwinan. Perkahwinan adalah hak asasi Najwa dan Daniyar untuk meresmikan hubungan mereka. Tetapi apabila anak Rosmah kahwin ianya lebih dari KAHWIN.

Ketika anak Rosmah bertunang 5 tahun dahulu, seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri yang TIDAK puas hati telah membocorkan bil jamuan makan malam kenduri bertunang ini. Maklumat ini telah disampaikan kepada YB Rafizi Ramly. Saudara Rafizi telah membocorkan kepada media tentang bagaimana Pejabat Perdana Menteri telah dipaksa membayar kos jamuan kenduri itu. Sebanyak 409,767 ribu ringgit telah dibayar ke Hotel Shangrila yang menyediakan jamuan ini di Seri Perdana. Ini duit rakyat.

Amat jelas Rosmah Mansor dan Najib Razak ini adalah dua sosok yang terbukti telah menggunakan harta dan duit negara untuk kegunaan pribadi. Maklumat rompakan resmi yang dilakukan oleh Rosmah dan Najib ini telah banyak tersebar luas.

Soalan timbul – kalau kenduri bertunang Rosmah telah merembat hampir satu juta duit orang ramai, berapa juta agaknya duit negara yang akan dirembat oleh Rosmah untuk perkahwinan anaknya pada Sabtu 28 Mac ini?

Desas desus telah mula tersebar bagaimana bunga telor akan diganti dengan Beg Birkin. Desas desus juga telah kedengaran bahawa kesemua ' bilik suite' hotel 5 bintang di Kuala Lumpur telah penuh di tempah. Desas desus juga mula kedengaran bagaimana lapangan terbang Subang akan diampoh oleh jet pribadi tetamu Rosmah Mansor.

Rosmah dan Najib merembat duit negara ini bukan lagi satu rahsia. Dunia telah diberitahu bahawa akhbar New Yorks Times memiliki semua resit-resit 'shopping' Datin Seri Paduka Rosmah. Rosmah dikatakan telah membeli intan berlian dan beg Birkin yang bernilai jutaan ringgit. Minggu ini Mahathir Muhamad, bekas PM Malaysia telah bertanya dari mana datangnya harta kekayaan Rosmah binte Mansor dan Najib bin Razak?

Minggu hadapan saya akan merungkai kenapa Ahmad Reza buat kenduri besar. Minggu depan juga saya akan menerangkan kenapa dan siapa sebenarnya Rosmah Mansor ini. ( TT)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukuyl talipon: 03-92-21-30-45

------------------

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia tu HANTU kan.....

Tanpa Nama berkata...

Najwa?

Lang berkata...

7 keturunan kayo rayo... ini bukan pilipin... klu pilipin suami isteri kena halau keluar... ini tanah melayu... parti melayu buat apa dorang suka... kahkahkah....

Tanpa Nama berkata...

Jet baru nak guna bulan madu kot?

panglimo potaseh berkata...

Ponek dah raso eaa kito menghayun bini Kak Ros ni..ateh-bawah, kiri-kanan..tapi tup-tup dengon "cool"nya dio sompek boli sebiji jet mewah lagi..tapi kita jgn tak tau jet ini adalah sebahagian daripada aturcara kenduri daripada segala kenduri yg bakal diadakan kelak. Jet ini (mungkin) akan digunakan utk pi bulan madu, dan sekali gus memecahkan rekod dunia "entot" tertinggi diangkasa, jadi kita sbg rakyat Malaysia patut berbangga.

Libang Libu berkata...

Oh tuan TT,

T/kasih atas artikel ini.

Tulis lagi pasal Shah Iran. Anak badak tak payah la tulis.

Menyakitkan hati. Tambah sakit hati bila kita seolah tak boleh buat apa dah.

Kita cuma mampu seluk kocek, kira tasbih 2 bijik.

Kah kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Beg Birkin !!!!!. Biar betul Bro. Menangis aku baca

Tanpa Nama berkata...

kepala butuh najib dan suami.........
sial........
kah...kah....kah.....

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya, anak badak dari negeri, negeri aku membesar. Negeri, macam-macam ada. Penghasut ada, spender gajah ada...memang best.

Tanpa Nama berkata...

cadangan aku....anak rosmah nak beramput...bila beramput, rembat duit rakyat. sapa2 yg ada link dgn pembesar negara luar maka...hasutlah pembesar negara laur agar jgn hadir ke majlis sebelum beramput anak rosmah. terangkan kepada negara yg dijemput situasi sebenar....errr aku rasa muat mulut anak rosmah tu nak lulum butuh budak krygys tu kan hahahaha

Loh CK berkata...

baiklah... saya akan tunggu makalah seterusnya dari TT...