Rabu, 4 Mac 2015

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA







Nik Nazmi dipanggil polis berhubung 

Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dipanggil untuk bertemu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penganjuran Himpunan #KitaLawan yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mac depan sempena solidariti menuntut Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara, kata Akmal Nasir. - 

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, sekretariat #KitaLawan mengesahkan Nik Nazmi dipanggil polis berhubung perhimpunan itu.
"Sekretariat #KitaLawan sekali lagi dipanggil untuk bertemu dengan Tuan ACP Zainol Samah, Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi pada esok petang.
"Kami mengambil pendirian terbuka untuk bagi kerjasama sepenuhnya demi keselamatan dan kelancaran perhimpunan," kata sekretariat berkenaan.
"Kami akan memaklumkan kepada pasukan beliau Himpunan #KitaLawan akan tetap diadakan pada 7 Mac 2015 di mana para peserta akan berkumpul di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS bermula 3 petang sebelum bergerak ke Sogo."
Himpunan #KitaLawan yang membantah pemenjaraan Anwar yang didapati bersalah atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, juga difahamkan akan dilaksanakan di luar negara di beberapa lokasi terpilih.
"Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.
Antara lokasi yang bakal dianjurkan himpunan berkenaan pada 7 Mac akan datang termasuklah, Old Palace Yard, London, berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan, depan bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan, depan bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan dan Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan.
"Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara Eropah di mana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak," kata sekretariat berkenaan.
Segala maklumat dan perkembangan terkini berkenaan himpunan #KitaLawan juga boleh diikuti di laman Facebook #KitaLawan. – 3 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-nazmi-dipanggil-polis-berhubung-himpunan-kitalawan-pada-7-mac#sthash.vZowgwJa.dpuf


DIUMUMKAN


TEMPAT BERHIMPUN

1 - pudu raya -  maybank
2 - letak kereta pasar seni
3 - hadapan masjid jamek
4 - hadapan   markas PAS

berkumpul  dahulu
jam 3:30 semua bergerak
menuju 

SOGO
pakai baju hitam


-------------

Tiada ulasan: