Khamis, 5 Mac 2015

PERSEDIAN UNTUK DEMO 7 MARCH





PEMERHATI ANTARABANGSA AKAN TURUT BERSAMA SERTAI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015
Amaran pihak polis yang menyebut bahawa Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 sebagai himpunan haram adalah tidak berasas. Undang-undang secara jelas menyatakan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Manakala pandangan daripada pihak peguam dan pakar undang-undang adalah konsisten yang menjelaskan tugas polis adalah bukan untuk menghalang tetapi memudah cara dan membantu melancarkan pergerakan Himpunan.
Rancangan Himpunan #KitaLawan pada 7 Mac 2015 juga telah dimaklumkan kepada pertubuhan-pertubuhan berkaitan undang-undang dan hak asasi manusia dalam dan luar negara. Kami menyambut baik kesediaan Majlis Peguam Malaysia (Malaysian BAR) yang akan menghantar satu pasukan pemantauan (monitoring team) pada hari Sabtu ini. Kami juga mengalu-alukan kehadiran satu delegasi pemerhati antarabangsa berkaitan hak asasi manusia yang akan turut bersama menyertai Himpunan #KitaLawan Sabtu ini.
Justeru itu, kami menyeru rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai bersama dengan anak muda Sabtu ini bagi menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda juga sekali lagi memohon kerjasama pihak polis untuk jalankan tugas mereka seadilnya dan mesra rakyat. Himpunan #KitaLawan akan bermula jam 3.00 petang di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibupejabat PAS sebelum kita bergerak beramai-ramai ke Sogo.
5 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
TW: @KitaLawan_my

------------

6 ulasan:

DD KAYBEE berkata...

Toksoh layeeh ngoyak beruk mat yeh.....gomo kito gomo.....

azamari ismail berkata...

Bawak sekali plastik bag sampah..samvil berhimpun blh cuci kawasan sekitar ada jgk faedah...

azamari ismail berkata...

Bawak sekali plastik bag sampah..samBil berhimpun blh cuci kawasan sekitar ada jgk faedah...

Tanpa Nama berkata...

Lu sapa panggil olang kasi cuci...

Tanpa Nama berkata...

Jangan biar pemerhati di jamu LENDIR pulak

Dah letih lawan LENDIR macam mana nak ke Demo pon

Tanpa Nama berkata...

Knp bermula di ibu pejabat pas...knp x mula dr ibu pejabat pkr @ dap....bagi pkr & dap ja turun....hentam pas macam2 bila nak ramai2 ajak pas juga sbb pkr x da org...dap senyap...puak dap cerdik...hentam2 sorok.