Ahad, 12 April 2015

#KITA AKAN TERUS LAWAN






KOMENTAR
anak muda
bersedia turun
1 juta 1 mei


Himpunan Kita Lawan di JB, 2 ADUN ditangkap

Dua ADUN Johor adalah antara empat orang yang ditangkap di satu perhimpunan di Johor Bahru hari ini, demikian menurut sekretariat Kita Lawan.

Kedua-duanya ialah ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin.

Turut ditahan ialah pembantu Puah, Danny Tan dan Sidiqin Omar, seorang aktivis dengan Kelab Bangsar Utama, yang berpejabat di Kuala Lumpur.

Sekretariat itu berkata mereka berempat telah dibawa ke Balai Polis Sentral di Johor Bahru.

Perhimpunan di Johor Bahru yang bermula pada pukul 4 petang tadi adalah sebahagian daripada jelajah Kita Lawan ke seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan anti-GST pada 1 Mei di Kuala Lumpur.

Pada asalnya dianjurkan untuk menuntut pembebasan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, gabungan Kita Lawan kemudiannya turut memperjuangkan pelbagai isu, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir memberitahu Malaysiakini bahawa mereka berempat ditahan di bawah seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

Seksyen 9 mengkehendaki peserta memberi notis 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan protes.



-------------------

Tiada ulasan: