Khamis, 21 Mei 2015

KE MANA DUIT ITU HILANG





Dr M persoal mana pergi duit 1MBD?

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI]  Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menurutnya, menimbulkan pelbagai persoalan.

Dalam kenyataan menerusi blognya, chedet.cc yang dipaparkan semalam, bekas perdana menteri itu antara lain mempersoalkan ke mana wang syarikat pelaburan milik kerajaan itu dibelanjakan.

Beliau turut menyatakan perlunya pasukan forensik polis menjalankan siasatan terhadap pengurusan syarikat itu.

Ini kata Mahathir kerana isu 1MDB bukan hutang biasa yang pernah dibuat oleh kerajaan berjumlah hanya ratusan juta.

"1MDB telah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu, kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.

Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," tegasnya.

Menurut Mahathir lagi, apa yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun tetapi siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

"Jika ini tidak dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudahpun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya

  1. Hutang 1MDB dengan bank tempatan RM5.037 billion ...

    www.freemalaysiatoday.com/.../hutang-1mdb-dengan...
    Translate this page
    Mar 27, 2015 - “Sehingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank ... Mohd Rafizi dalam soalannya meminta Menteri Kewangan ... Biarpun ada hutang. .... Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.
    1. Tun M dedahkan KELICIKAN 1MDB hilangkan RM27 billion ...

      theunspinners.blogspot.com/.../tun-m-dedahkan-kelici...
      Translate this page
      Apr 24, 2015 - What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. .... Parlimen duit dari Cayman Island US1.03 billion ada di BSI Singapore, ..... Ramai yang dah tahu FLIP FLOP Najib dalam isu wang 1MDB di Singapura.

KOMENTAR
inilah bukti 
yang dinyatakan oleh mahathir
bahawa najib berbohong

awal dari ini telah diumumkan
rakyat malaysia jangan risau
sebahagian duit 1MDB
telah dipindah dari pulau cayman
kini dimasukkan dalam bank singapura

duit ini berjumlah 1.1 bilion dolar amerika
keping keping dolar amerika
ada selamat dalam bank 

selidik punya selidik
diketahui nama bank ini
tanya punya tanya
siasat punya siasat
bank kata tak ada duit tunai
yang ada hanya kertas
yang menyatakan jumlah dolar

cisss
ini betul betul tipu umat

Najib pertahan presiden 1MDB daripada tuduhan palsukan penyata bank


Najib Razak hari ini mempertahankan Presiden dan Ketua Pengarah Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan daripada cawangan Bank BSI di Singapura.
Najib yang juga menteri kewangan berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz daripada DAP.
"Kenyataan ahli Yang Berhormat, Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Najib dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan daripada bank tersebut, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.
Semalam, Najib berkata wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura seperti dilaporkan sebelum ini.
DAP awal hari ini menggesa Arul dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ceo-1mdb-daripada-tuduhan-penyata-bank-palsu#sthash.58WTY8hr.dpuf



KAH KAH KAH

woit
mat mongol tipu lagi
tak kenal ziana zain
tak kenal altantuya
tak kenal sirul
tak kenal azilah
semua tak kenal
tak caya?
dah sumpah dalam masjib
kah  kah kah

SUMPAH SUMPIT





-------------

4 ulasan:

FileHippo berkata...

Tuan Tukar Tiub...

Persoalan untok Tuan...:

1. Benarkah sebahagian duit 1mdb digunakan untok 'menyara' Abdul Razak Baginda di London?

2. Benarkah sebahagian duit 1mdb digunakan untok 'menyara' Saiful Bukhari dan pembelian apartment beliau?

3. Benarkah sebahagian duit 1mdb disimpan dalam swiss bank jikalau berlaku apa2 terhadap Rosmah dan Najib mereka senang cabut lari?

Laskar selatan berkata...

Kalau amalan demokrasi yang benar dan PM sebagai orang yang bermaruah...adalah lebih baik dia meletak jawatan kerana telah terbukti dia menipu seluruh rakyat di negara ini. Rakyat tidak kebulur hendakkan PM yang sedemikian akhlaknya.
Letak jawatan adalah jalan yang selamat dan terbaik kepada rakyat dan negara Malaysia.

UNCLE RAMLI berkata...

Najib nampak liat atau pun sikap pekak badaknya begitu berkesan sekali
atau pun Najib dah kunci semua institusi ' check n balance' negara sehingga semua jatuh bodoh bagaimana nak gulingkan Najib....semua dari Madey dan TPM boleh menyalak sekuat hati mereka namun Najib masih bertahan dan buat de saja melainkan PR dapat tumbangkan UMNO/BN pada PU 14 mendatang ni. Najib pakai azimat nasi kangkang RM kut, begitu harimau berantai sekali.

UNCLE RAMLI berkata...

Najib nampak liat atau pun sikap pekak badaknya begitu berkesan sekali
atau pun Najib dah kunci semua institusi ' check n balance' negara sehingga semua jatuh bodoh bagaimana nak gulingkan Najib....semua dari Madey dan TPM boleh menyalak sekuat hati mereka namun Najib masih bertahan dan buat de saja melainkan PR dapat tumbangkan UMNO/BN pada PU 14 mendatang ni. Najib pakai azimat nasi kangkang RM kut, begitu harimau berantai sekali.