Khamis, 21 Mei 2015

UCAPAN NAJIB - SATU PERJUANGAN





Hidup ‘sebuah perjuangan’, 

kata Najib ketika bentang RMK11 

"Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan panas, adakala masa susah dan ada kala masa senang. 

"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak, akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita," katanya sebelum menamatkan pembentangan tersebut.

" Ada 260 bilion ringgit yang telah saya bentangkan di Parlimen untuk kita kerjakan. Ada banyak projek untuk kroni dan anak bini. Marilah kita sama-sama besabar. Jangan berundur. Jangan kita cemburu mencemburui. Lanun Jawa, Lanun Melayu atau Lanun Bugis kita semua sebangsa. Kerja kita sama. Kita merompak dan menjarah."

" Hidup perjuangan! Hidup Rosmah Mansor!"

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hidup-sebuah-perjuangan-kata-najib-ketika-bentang-rmk11#sthash.k8fxMuz6.dpuf




-------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjalanan utk merompak kata jib bon.somebodi tolong sadungkan kakinya biar dia tdorong kepaya kankungnya lalu tengelam

Tanpa Nama berkata...

Kendati gst sudah terlaksana, biar banggang biar matselan biar hasanmalek biar berbuih2 mulut dan otakku biar bumi atau tanah rizab melayu berbelah dua akan tetap dibail out jua.

Tanpa Nama berkata...

Jual kangkung pun boleh jadi billionaire. Kenapa la melayu bugis jawa ni pemalas sangat????