Isnin, 27 Julai 2015

KALAU NAJIB TERUS MEMIMPIN







MUHYiDDiN

MULA JADi

BERANi



Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat

SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
 
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
 
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.


KAH KAH KAH
woit
kalau najib terus 
jadi piem macam mana
berapa kerusi dapat
kalau rosmah ganti najib
macam mana
berapa kerusi dapat?

TERUS LAGi

-----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MUHIDEEN GUNA BON BON ISLAM SUDAH BERANI KERANA BENAR

BON BON Kira macam JIN Shamsuddin lah.....

Tu sebab orang kampong sokong Muhideen

Tanpa Nama berkata...

Transformasi harta negara n duit rakyat jd harta n duit najib.geng siasatan bermula blum tangkap kucing kurap lagi jgn sesiapa berani bersuara kata pmo.apa punya siasat ni.yg dsiasat adalah najib yg kena tangkap adalah budak hantar surat.berapa lama baru akan jumpa nama jholo tu.nama jholopun blum jumpa masakan nak jumpa nama najib.nama budak hantar aurat juga yg jumpa.mari kita tuggu juga berapa lama najib bleh sembunyi dsebalik duitnya.nabi musa tak memerlukan askar yg byk utk menang keatas firaun.hanya menyatakan kebenaran.percaya lah tentera duit najib akan tengelam

Naza berkata...

Rosmah sorang saja dah 4 kursi...