Jumaat, 3 Julai 2015

SELAMAT BERBUKA









DAH 16 ARI
pagi ini gwa gumbira
bangun  dari katil
dah ada berita 
dalam sms
buka komputer dah  ada 
surat di fb
laporan dari akhbar wall street journal
laporan dari sarawak report
dua dua bawa berita yang sama

ini kewartawan jenis baru
mereka berkongsi maklumat
dan keluarkan berita hari  yang sama
ini untuk pastikan dapat maksimum impak

cara ini mula dengan wikileaks
apabila julian assange
bocorkan maklumat kepada 
the guardian london
dan washington post america

kemudian edward snowden
bocorkan segala macam maklumat
tentang kerja jahat kerajaan amerika
terhadap rakyat amerika sendiri
dan warga dunia
lagi banyak akbar berkongsi
pembocoran dari edward


 CUACA 

dalam rumah gwa
sejuk dan nyaman
kerana wilayah gwa tumpang
satu satunya kawasan murah
yang berhutan tebal
ini kerana kami diselamatkan
oleh makam yap ah loy
dan yak kwan seng


tadi gwa masuk kawasan kubur
dari jauh gwa nampak kl bejerebu
bahang panas dan merisaukan


SABTU
esok sabtu 
gwa mahu jalan jalan cari makan
tak tahu mana nak pergi lagi
gwa bukan ada kereta
tumpang member
terpulang pada member

petang ini
orang belgium kata
'rien spécial'
ertinya tak ada apa spesial
gwa ada sebiji kelapa
rendang tok'
tapi petai minyak zaiton wajib ada



SELAMAT

 BERBUKA


--------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak TT bli la kete sbijik ... lpas gst ni kete ttun rege ... jgn kudukut laaaaa ..... tp bli kete buatan tempatan taw ... baru patrotik ..

abrarmujahideen berkata...

Siapakah ahli bilderbeg malaysia??? Haha tahu kepala gerombolan penyamun

Tanpa Nama berkata...

TT tak pandai bawa kete...bawa motor pun gayat...dia ada penyakit latah.