Selasa, 21 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA DARI ANWAR






UCAPAN DARi

PENJARA


Anwar sampaikan ucapan Aidilfitri melalui klip video lagu 


Meskipun berada di tirai besi, pengguna media sosial berpeluang mengikuti ucapan dan amanat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena sambutan Aidilfitri yang disampaikan menerusi video yang menyentuh hati.
Video berdurasi hampir empat minit itu dibahagikan kepada tiga segmen iaitu sajak nukilan Anwar, lagu yang dinyanyikan Nik Jidan daripada kumpulan BangsArt dan lirik oleh aktivis Hishammuddin Rais serta amanat ringkas bekas ketua pembangkang itu.
Rentetan perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa, Reformasi 1998, pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keputusan penghakiman Liwat II turut diabadikan menerusi lagu yang disampaikan.
Anwar menerusi sajaknya berkata, walaupun beliau kini dipenjarakan, namun isu semasa seperrti permasalahan pemimpin negara dan keluh kesah rakyat masih didengarinya.
Katanya penghujung Ramadan dijadikan peluang terbaik untuk bermunajat kepada Allah walaupun berdepan suasana kemarau di penjara. 
"Saya kini kembali menerkam dalam kenangan jerejak besi. Keheningan sendirian dan panas musim kemarau namun dimanfaatkan seluasnya untuk bermunajat di akhir Ramadan.
"Masih terdengar suara mendesir di luar sana. Penguasa bergelut soal dana, harta dan kemewahan.
"Rakyat bergelut kenaikan harga barang dan kesempitan hidup‎," kata Anwar menerusi sajak yang dimuatkan dalam video itu.
Hishammuddin berkata, video yang proses pembikinannya memakan masa tiga hari, berjaya disiapkan hari ini dan terus dimuat naik ke laman sosial YouTube.
Katanya, ‎video itu diterbitkan kerana ia merupakan medium paling mudah untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri Anwar kepada semua umat Islam dan semua kaum di Malaysia.
"Sajak itu ditulis‎ pada Selasa. Kami dapat ucapan dahulu dan kami diberitahu sajak akan sampai kemudian.
"Daripada sajak dan ucapan itu kami mengorganisasikan bayangan dalam penjara," katanya yang mendapat bahan berkenaan daripada salah seorang peguam Anwar.
Anak kepada Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Nuha gagal dihubungi The Malaysian Insider untuk memberikan komen berhubung video tersebut. – 16 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-sampaikan-ucapan-aidilfitri-melalui-klip-video-lagu#sthash.PA7awed9.dpuf






--------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan Anwar Ibrahim terletak pada retoriknya. Mereka yang tidak memahami senario politik dan sejarah perjalanannya akan mudah terpedaya. Anwar telah diberi peluang tetapi gagal memanfaatkanya dengan objektif. Bagaimanapun saya mohon maaf zahir bathin kepada brother Anwar Ibrahim sempena Aidilfitri 1436H.

Tanpa Nama berkata...

ANWAR IBRAHIM IALAH MALAYSIA BARU

Take Care !!!!!!!!