Khamis, 27 Ogos 2015

BIAR BETUL TOK ARAB INI







Mahathir cabar Zahid dedah siapa penderma Arab RM2.6 bilion

Mahathir Mohamad meneruskan kritikan lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kali ini menyerang timbalannya berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar  Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu.

 "Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-cabar-zahid-dedah-siapa-penderma-arab#sthash.xeoVKEwP.dpuf

KAH KAH KAH
 
kalau kita tahu nama tok arab
kalau kita tahu alamat tok arab
kalau kita tahu rumah tok arab
boleh kita tanya
dia ada adik perempuan tak?
nak masuk meminang
kah kah kah
 
BERiTA BAiK
 
 

----------

Tiada ulasan: