Sabtu, 29 Ogos 2015

TURUN BERDEMO 34 JAM









34 JAM KUALA LUMPUR



Pada tahun 1926 seorang intelektual Melayu terunggul bernama Ibrahim Gelar Datuk Sutan Malaka - lebih dikenali sebagai Tan Melaka sedang dalam pelarian di Tokyo Jepun. Nasionalis kiri Melayu Tan Malaka ini telah menulis dan merakamkan pengalaman dirinya untuk menjadi panduan kita hingga ke hari ini.



Mengikut pandangan sosok intelektual kiri ini: Senjata kaum feudal dan kaum kapitalis  adalah peluru dan perang. Senjata kaum buruh dan rakyat tertindas ialah agitasi, mogok dan demonstrasi.

Ini padangan yang dimunculkan  89 tahun dahulu. Hari ini pada tahun 2015 pandangan ini  masih kekal abadi sebagai satu tindakan politik yang tepat dan tuntas. Agitasi, mogok dan demonstrasi masih menjadi senjata kaum tertindas anak semua bangsa diseluruh dunia.

Ketika saya menulis tulisan ini saya juga terbaca berita demonstrasi besar-besaran telah berlaku dihujung minggu ini di Brazil.  Ratusan ribu warga  Brazil  telah keluar berdemo di 200 buah kota kecil dan besar di Brazil.


Rakyat Brazil mahu Presiden Dilma Rousseff mengundur letak jawatan kerana rakyat Brazil tidak lagi yakin atas pimpinan beliau. Rasuah dan salah guna kuasa sedang menjadi-jadi di Brazil. Elit politik dan elit ekonomi telah merompak harta kekayaan negara.Rakyat Brazil telah muak dan bosan dengan kerajaan. Mereka mahu perubahan. Mereka mahu Dilma Rousseff berambus. 



Kes terulung di Brazil yang dijadikan  agenda   agitasi untuk menaikkan kemarahan rakyat agar  keluar ke jalan raya ialah  kes rasuah berbilion dolar terjadi dalam syarikat minyak negara Petrobras.

Saya tidak terperanjat  dengan  tuntutan warga Brazil. Saya gumbira kerana warga Brazil dan warga Malaysia sedang berjuang dengan tuntutan yang sama. Terpisah beribu-ribu batu tapi saperti kata Tan Malaka demonstrasi di jalan raya adalah senjata rakyat tertindas. Soheh dan tepat.


Hakikatnya Malaysia tidak ada bezanya dengan Brazil. Dua negara ini kaya dengan hasil bumi tropikal. Dua negara ini juga pengeluar minyak. Dua negara ini juga adalah negara Dunia Ketiga  dimana rasuah  kini telah menjadi sebahagian dari sistem pentabiran negara. 



Justeru, badan gabungan Bersih telah berkumpul dan berpakat untuk mengadakan perhimpunan sekali lagi pada 29 haribulan Ogos ini.

Ini adalah demonstrasi kali ke 4 yang sedang disusun dan diatur oleh Bersih. Kali ini bukan sahaja muntahan jumlah yang wajib dinaikkan. Jumlah penunjuk perasaan berdemo di Kuala Lumpur yang pernah melintasi 300,000 ke 400,000 ribu. Justeru.

Kali ini  1 juta wajib dijadikan sasaran Bersih 4.

Bukan hanya 1 juta penunjuk perasaan yang dijemput datang ke Kuala Lumpur malah kali ini para demonstran akan berkampong di Kuala Lumpur selama 34 jam. Ini satu tekad dan  satu bentuk garis perjuangan yang baru.

Pendekatan 34 jam di Kuala Lumpur ini untuk menunjukkan betapa marahnya rakyat kepada suami Rosmah.


Kunci tuntutan Bersih tidak pernah beralih : pilihan raya adil, bebas dan bersih. Tuntutan ini masih belum tercapai. Malah kali rakyat turun ke jalan raya berlatarkan krisis politk dalaman United Malays National Organisation. Ini terjadi apabila satu ledakan  ‘rahsia umum terbarai’. 



Rahsia umum ini  menaikkan suhu kemarahan rakyat. Menjemput ribuan turun ke jalan raya sebagai jalan akhir untuk menyelamatkan negara dari Rosmah Mansor dan suaminya.

Warga Malaysia memang telah muak dengan kerenah Rosmah Mansor. Satu Malaysia memang telah bosan dan mahu suami Rosmah berundur.  Sama saperti rakyat Brazil - rakyat Malaysia juga mahu suami Rosmah berambus. Ini bukan lagi satu rahsia. 


Suami Rosmah yang menjadi PM Malaysia ini  pernah dikatakan  terlibat dengan seorang gadis  cun Mongolia yang bernama Altantuya. Gadis ini telah mati dibunuh. Ini  bukan rahsia itu.



Rosmah Mansor sendiri sendiri baru sahaja berkenduri kahwin anaknya. Dikatakan belanja kenduri kahwin ini berjuta juta ringgit. Semua ini menaikkan suhu kemarahan orang ramai yang semakin ‘dibedal’ oleh cukai GST. Tetapi ini  juga bukan rahsia itu.

Tetiba diberitakan suami Rosmah Mansor menerima  duit sebanyak  700 juta dolar bersamaan 2.6 bilion ringgit Malaysia. Duit ini telah dimasukkan ke dalam akaun pribadi suami Rosmah.

Duit 2.6 bilion ringgit ini adalah  ‘rahsia umum’. Inilah rahsia yang menyemarakkan kebencian orang ramai terhadapa suami Rosmah. 

Duit  2.6 bilion ringgit ini telah digunakan oleh suami Rosmah untuk membeli undi dalam PRU13. Rahsia umum ini menaikkan darah rakyat. Ini menaikan suhu  marah  untuk menjemput  orang ramai turun ke jalan raya. 


Dalam  PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52% undi rakyat. Gerombolan  United Malays National Organisation hanya mendapat 47 % sahaja. Jumlah 47% ini pun didapati dengan jalan tipu belit. Maka sah dan soheh PRU13 dimenangi  dengan jalan tipu.


Rahsia umum yang telah bocor ini menjadikan orang tertanya-tanya apa tindakan yang wajib diambil. Berita duit 2.6 bilion ringgit  ini menjadikan penyokong Bersih marah. Berita duit berbilion-bilion ringgit  masuk ke dalam bank akaun pribadi suami Rosmah akhirnya dikumpulkan untuk  menjemput satu juta  orang ramai turun ke jalan raya pada 29 Ogos ini. 


Pada ketika ini adalah mustahil masih ada warga Malaysia yang tidak  membaca atau mendengar tentang duit masuk ke dalam bank akaun suami Rosmah. Apakah masih ada yang tidak tahu tentang duit  yang dikatakan duit derma ini? Mustahil.


Atau masih ada warga yang tidak percaya akan berita  ini?  Apakah rahsia umum  ini tohmah? Apakah ini fitnah terhadap pemimpin Melayu? Atau satu fitnah terancang terhadap pemimpin Islam? Tidak. 



Fakta  yang saya tuliskan disini  telah muncul dalam akhbar Wall Street Journal. Fakta ini telah mendapat laporan semua media diseluruh dunia. Berita ini telah dilaporkan oleh semua portal berita di Malaysia. 

Suami Rosmah menerima duit sebanyak 2.6 bilion ringgit  dari Tok Arab bukan cerita dongeng. Ini bukan dari Hikayat Seribu Satu Malam.

Berita duit 2.6 bilion ini BUKAN fitnah. Jika  berita ini hanya  taburan fitnah kenapa suami Rosmah tidak menyaman akhbar Wall Stret Journal yang berpusat di New York ini? Kenapa hingga ke hari ini suami Rosmah senyap menikus? Walau pun pada awalnya menafikan hal duit ini. Malah bertempek marah mahu menyaman.


United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang dalam PRU13 dengan jalan tipu. Apa yang mengsohehkan   penipuan PRUI3 ini ialah  kini telah ada bukti  ‘duit masuk’. Duit sebanyak 2.6 bilion ringgit masuk ke akaun pribadi suami Rosmah bertujuan  untuk membuat kerja-kerja  pilihanraya.



Malah sehari demi hari kes duit 2.6 bilion ringgit ini semakin jelas. Setiap kali mulut menteri atau mulut pemimpin parti United Malays National Organistion  dibuka - semakin kedengaran pelbagai hujah. Hinggakan ada hujah yang bercanggah sesama sendiri.

Semuanya  pembodek dan penyokong suami Rosmah sedang cuba menutup bangkai gajah  yang telah berulat dengan seluar dalam Rosmah Mansor. Sayugia diingati - walau pun seluar dalam Rosmah ini memang besar  dan luas tetapi  mustahil  ianya dapat membungkus  duit sebanyak  2.6 bilion ringgit.


Saperti kata Tan Malaka - kaum tertindas  ada memiliki senjata ampoh : demonstrasi. Pandangan Tan Malaka ini adalah pengumpulan pengalaman ketika rakyat Indonesia sedang berjuang menuntut Merdeka dari Belanda.


Senjata ampoh turun ke jalan raya ini  akan memberi tekanan kepada suami Rosmah.  Demonstrasi Bersih 4  menuntut suami Rosmah yang bernama Najib Razak mengundur diri dari kerusi Perdana Menteri.

Sayugia diterangkan disini - tuntutan  Bersih ini  bukan hanya hasutan jahat. Tidak ada agenda pribadi. Telah terbukti bahawa  menuntut suami Rosmah mengundur sama selari dengan tuntutan Pemuda United Malays National Organisation bahagian Tampin. 

Menuntut suami Rosamh berundur telah juga disuarakan oleh beberapa bahagian parti Ketuanan Melayu  - dari  Semporna Sabah. Ini juga tuntutan dari bahagian Kluang, Langkawi, Pasir Gudang - dan paling akhir dari bahagian Pontian.


Menuduh Bersih mahu menjatuhkan kerajaan adalah propaganda gelap untuk menakut-nakutkan orang ramai dari turun pada 29 Ogos ini. Propaganda gelap ini telah diperlekehkan oleh Tengku Razaleigh sendiri.  Mengikut Ku Li untuk menjatuhkan kerajaan perlu ada bala tentera. 



Malah  Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita dan bekas menteri kabinet telah sama mempertikaikan teori menjatuhkan kerajaan. Untuk Rafidah semua ini hanyalah alasan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari menyedari bahawa ombak untuk menghalau suami Rosmah semakin ampoh.


Menolak suami Rosmah  dari persada politik Malaysia  bukan menjatuhkan kerjaan. Menuntut Najib Razak berundur dari menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan satu jenayah. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi politikus boleh datang dan pergi. Kerusi  menteri waima pun kerusi Perdana Menteri boleh diubah ganti. 



Najib bin Abdul  Razak bukan seorang Nabi  yang diutus ke bumi ini.  Najib Razak hanyalah suami kepada Rosmah Mansor.


Himpunan 34 jam di Kuala Lumpur  kali ini amat-amat stratejik.  Selain dari nenuntut pilihanraya bersih dan adil  - Bersih juga menuntut  agar ekonomi Malaysia diselamatkan. 


Ekonomi dan politik Malaysia pada tahap ini  sedang gawat. Ianya hanya dapat diselamatkan jika suami Rosmah dinyahkan. Justeru, saya menghasut para pembaca turun ke jalan raya untuk melakukan kebaikkan.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sia pukul talipon:
03-92-21-30-45



------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tanpa pemuda kami... cukup ka arif ghb...dapsy n pemuda athies pelarian... n dalam najib yg nyawa2 ikan hangpa boleh himpun orang ramai...aku sansgsi n mangsi dpt byk tu...

Nazrio berkata...

aL~fatihaH Tan MeLaka
aL~fatihaH omar Tan

Tanpa Nama berkata...

Pemuda pas ke tu? Datang le sama2 apa salahnya. Marilah bersama2 ghb, dapsy dan pemuda athies. Kita bantu rakyat kecik nak minta kesejahteraan. Rakyat hanya nak duduk bantah secara aman sahaja.

Kalau ada provokator dari agensi2 bn tu biasalah. Rakyat tak nak buat macam provokator tu. Rakyat negara kita sangat2 bersabar biar pun dah macam2 kesakitan mereka pernah kena dulu.

Pijaklah, ludahlah, sepaklak, pukullah, sembutlah, kejarlah, tangkaplah dan dakwalah rakyat kecil itu. Tapi jangan ambil nyawa mereka. Tolong jangan ambil nyawa mereka.

Kalau kamu ambil nyawa mereka, gelombang kedua rakyat akan bangkit dan ambil semula semua nyawa2 pemimpin kamu hingga habis semua sekali tak kira dia menteri ke, pengarah ke, ketua polis ke dan siapa sahaja. Rakyat akan cari dan musnahkan kamu 7 hari 7 malam.

Tak kan hanya nak selamatkan najib kamu sampai nak bunuh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

PAS juga bukannya nabi yg diutuskan tuhan. Kalo Presiden bodo pun masih dok ikut atas alasan "tak sokong presiden menjadi kapir", tak payah la dok ugut kami yg bantuan pemuda bani hadi dapat membantu, dah jelas berminda gerombolan, jangan ditayang muka bertalam dua yg hodoh itu. Ajak saja presiden lu, pergilah hantuk kepala ke dinding. Boleh saja mereput bersama Islam flip flop ciptaan PAS itu.