Jumaat, 2 Oktober 2015

AMANAH DIRESMIKAN











TAHNiAH


Mat Sabu: Terima kasih ROS lulus nama Amanah

GEORGETOWN - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kerana sudah meluluskan pertukaran nama Parti Pekerja Malaysia kepada Amanah.

Menurut Mat Sabu, kelulusan yang agak lewat itu adalah kerana ROS pada awalnya menolak nama yang dicadangkan sebelum ini yang mempunyai perkataan Islam (Parti Progresif Islam atau Parti Islam Malaysia).

"Saya dapat berita baik daripada ROS sudah meluluskan permohonan pertukaran nama, hari ini

"Kami amat berterima kasih atas kerjasama pihak ROS dengan harapan semoga permohonan lain dalam pindaan perlembagaan lain, juga diluluskan seperti jawatan pengerusi kepada presiden," katanya pada sidang media di Komtar, hari ini.




-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mat sabu sorg AMANAH ker??
hehe

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH

Tahniah kepada parti politic baru yang di-nama AMANAH.
Berusaha gigih dengan pakai guna logik , common sense dan demokratik.
Buang amalan sotong dan jangan ikut ikut jejak PAS.
Harap parti baru AMANAH juga tak ikut cara Arab.


TAHNIAH juga kepada Menteri Kewangan Malaysia.
1 USD = MYR 4.49 (maybank forex).....Early Merry Christmas ni..kakaka
Tahniah juga kepada matawang Filipina iaitu Filipin Peso...
Maybe hujung tahun ni...10 peso = MYR1.00...sama -rata...kakakaka


Tanpa Nama berkata...

Tahnaih Amanah !!!!

Mat Sabu orang Bijak dan Adil....

Good.

Tanpa Nama berkata...

Hehe parti dap melayu