Jumaat, 16 Oktober 2015

KES NAJIB MAKIN BERAT







KES SUDAH

BERAT

BETUL BERAT

MAKIN LAMA

NAJIB & 1MDB

MAKIN BERAT

MASALAH

NEGARA 


TMJ beri amaran Johor boleh keluar Malaysia jika perjanjian tidak dipatuhi


Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan semua negeri termasuk Johor mempunyai hak untuk menarik diri dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.
Dalam satu temu bual dalam laman web sukan FourthOfficial.com, Tunku Mahkota Johor itu berkata kenyataannya mungkin akan disifatkan menghasut namun beliau lebih bimbang dan mengutamakan rakyat negeri itu.
"Saya akan menjadi Sultan pada masa depan dan tanggungjawab utama saya ialah kepada rakyat Johor. 
"Malaysia sangat penting kepada saya, tetapi Johor dan JDT keutamaan saya," katanya.
Tunku Ismail berkata, rakyat mempunyai hak untuk tahu keadaan huru-hara yang berlaku di Malaysia hari ini tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.
"Bertahun kita hidup aman dan bebas.
"Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Tanah Melayu, apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan beberapa syarat-syarat asas.
"Dan jika mana-mana terma itu dilanggar, kita ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. 
"Anda boleh menuduh saya menghasut sentimen kenegerian, tapi saya hanya menjalankan tugas saya kepada rakyat Johor, dan mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan tanah yang besar ini. "
Jun lalu, adindanya Tunku Idris Sultan Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam status di Instagram yang sudah dipadam antaranya menyebut Johor bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
Perjanjian itu termasuk Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
Tunku Idris juga tidak terkecuali mengkritik Putrajaya selain bapanya Sultan Johor yang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi negara dan penyusutan nilai ringgit.
Beberapa bulan lalu, Tunku Ismail turut dibidas dengan Nazri Abdul Aziz ekoran mengkritik  Najib Razak kerana tidak muncul dalam program Nothing2Hide.
Beliau juga pernah menegur Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi kerana mengatakan hubungan antara perdana menteri dan Istana Johor baik.
Tunku Ismail berkata Puad tidak seharusnya membuat kenyataan jika tidak mengetahui keadaan sebenar.
Dalam wawancara bersama FourthOfficial.com, Tunku Ismail berbicara mengenai sukan bola sepak, JDT dan perancangan dalam industri itu. – 16 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tmj-beri-amaran-johor-boleh-keluar-malaysia-jika-perjanjian-tidak-dipatuhi#sthash.SIYyrSnN.dpuf





--------------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat....sudah boleh tahu masa hadapan dia jadi sultan. Apakah ada penasihat spesis nostradamus bersama?

Tanpa Nama berkata...

Terma utama common sense SENDIRI KENTUT SENDIRI CIUM BAU

Tapi Mat Bahalol bukan saja KENTUT tapi BERAK CIRIT BIRIT semua Rakyat di paksa cium bau dan salat pada hidung

Kepala Otak !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tmj ni masih muda dan berdarah panas. Kdg2 bertindak tanpa fikir panjang.

Tanpa Nama berkata...

Kingdom of Johore


Adalah perkara biasa untok ada negara baru...
Apabila Soviet Union berpecah maka lahirlah negara-negara baru.
Perkara ni biasa je .
Tak Aneh dan Tak Hairan

Adalah pedih dimata dan pedih dihati apabila lihat seberang selat...
ada negara yang kayaraya ..lebeh kaya dari roti kaya.
Nama negara tu Termasek...kakakaka....Tuan nya Sir Harry Lee
Bayangkan bertuahnya rakyat Johor jika...jika.....maybe...Johor cerai-kan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Boleh


Memang boleh tarik keluar..
Memang boleh tarik diri walaopon ada perjanjiaan.
Ada pak menteri yang kata boleh tarik diri dari TPPA.
Ada yang boleh tarik keluar semasa crot..kakakak

Johor pon apa problem?
Buat lah referendum, Rakayat Johor sendiri yang undi untok tarik atau pancut dalam.
Setiap negeri ada kebebasan...

Nazrio berkata...

Saya nak buat passport...senang masuk muar...mee~mee sana power

Tanpa Nama berkata...

talk is cheap.. bila mau kuar dari msia.sila tunjukkan kpd org ramai apa tuntutan2 perjanjian tu.bila ekonomi makin teruk je mula la raja2 sultan2 nak kuar la nak itu la nak ini la..sejarah mbuktikan raja2 melayu kemaruk dan yg tak ikut turn yg sain perjanjian pangkor.sapa jual pulau pinang kpd british dgn harga 10k paun?sapa sultan paramewara?johor riau linggi bukan berkepalakan sultan bugis.bugis dari makassar.macamne bugis bole jd sultan di tanah melayu. sapa beri darjah2 kebesaran kpd sultan abu bakar?kalo melayu, nape istana ada ciri british?ckp je nak kuar tp tak kuar2 pun..rakyat disuruh bermati2an, raja sultan pegang botol besar dgn pegawai2 british.tgk la gamba2 mandi istiadat johor, mcm ne sultan melayu bole pakai crown mcm british mcm ketua2 gereja zaman2 dulu..cuba la kuar dari msia kalo berani..pastu kita tgk, ic diorg ada bangsa johor ke atau bangsa melayu india cina..talk is cheap..treler termahal didunia dimiliki oleh royal johor..