Selasa, 24 November 2015

GADUH TETAP GADUH







LAWAN

JANGAN


TAK LAWAN


Pertembungan kem Najib-Muhyiddin bakal berlaku dalam perhimpunan Umno Disember 


Perhimpunan agung Umno bulan depan akan menjadi medan pertembungan antara dua kem dalam parti Melayu itu, dengan satu kumpulan setia kepada  Najib Razak dan satu lagi bersama Muhyiddin Yassin dan menyokong kritikannya terhadap dakwaan penglibatan perdana menteri dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib masih dalam “mode” bertahan, sementara Muhyiddin masih memberi desakan, berterusan membangkitkan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.
Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
"Perhimpunan kali ini akan menjadi pertembungan hangat antara kem Najib dan kem  Muhyiddin,” kata bekas ketua Pemuda cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub kepada The Malaysian Insider.
"Ia akan menjadi platform kedua-dua kem untuk mempertahankan bos mereka." 
Tiada usul agar Najib meletakkan jawatan akan dibangkitkan pada perhimpunan agung kali ini yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Walaupun Najib dilihat mempunyai sokongan majoriti ketua Umno bahagian, ahli akar umbi peringkat cawangan masih memberontak.
Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar berkata, perwakilan dan ahli menanti penjelasan daripada pemimpin mengenai kecelaruan dan kemelut yang berlaku.
"Perhimpunan kali ini ramai yang tertunggu dan tidak sabar mendengar ucapan daripada pemimpin, ramai pemerhati dijangka hadir kali ini.
"Semua ini disebabkan keadaan dan pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti," kata Hamidi kepada The Malaysian Insider.

Gesaan beberapa cawangan kebelakangan ini menunjukkan bahagian-bahagian Umno sukar untuk mengawal ahli yang tidak berpuas hati terhadap Najib.
Ahli akar umbi kritikal terhadap kepimpinan Najib, menganggapnya sebagai liabiliti dan tidak melihat masa depan cerah jika beliau terus memimpin Umno.
"Rakyat mahukan peralihan, apabila merasakan tidak lagi relevan, ia sepatutnya digantikan," kata Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana Rushdan Mohamed, salah seorang yang mendesak Najib letak jawatan baru baru ini.
Beliau berkata, pepecahan dalam Umno sudah tidak dapat dielakkan lagi, jika berterusan kesan lebih buruk dihadapi Najib seperti sabotaj daripada ahli sendiri yang tidak berpuas.
"Pepecahan parti tidak dapat dielakkan dan sabotaj parti memang tidak boleh dielakkan," katanya.
Senada dengan Rushdan, aktivis Umno Pokok Sena Ramli Yunus mengakui parti Melayu itu sudah berpecah, dan lebih parah lagi, ahli sendiri sudah tidak dapat mempertahankan Najib apabila bertemu rakyat.
"Pecah memang sudah berpecah, memang tidak boleh buat apa lagi.
"Dahulu kami yang di bawah ini yang mempertahankan Najib, tetapi sekarang yang di bawah ini pula lantang menentang beliau," katanya.
Sesetengah pemimpin mengatakan perpecahan dalam Umno ini disumbang Muhyiddin kerana berterusan mengkritik Najib dan mempersoalkan isu RM2.6 bilion.
Tindakan Muhyiddin menimbulkan rasa curiga dan prasangka buruk terhadap Najib walaupun berkali-kali penjelasan dibuat pemimpin Umno lain.

"Harapan Muhyiddin Perhimpunan Agung Umno kali ini berjalan dalam keadaan huru-hara," Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dipetik sebagai berkata. – 24 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertembungan-bakal-berlaku-kerana-najib-1mdb-derma-rm2.6-bilion-dalam-perhi#sthash.KrDv5zMa.dpuf

KAH KAH KAH
woit
betul ke berita ini?
perang gelap ke
perang terang akan berlaku
muhyiddin senyap aje
mana sudah ilang
betul ke nak gaduh?
gaduh macam filem tamil?
kalau gaduh filem tamil
baik tak usah
kah kah kah

LAWAN LAGi


-----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana nak gaduh...beg hitam dah siap... ambik beg senyap terus lah...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Baik baik tau

Ada BON BON TERBANG

BON BON TANDUK PADANG tu POWER ok....

Jangan pandang rendah pada LEMBU

LEMBU di sembah boleh jadi GORILLA ok....

BADAK dengan GORILLA boleh bungkus satu negara OK

Ada BON BON

Chabut..... Chabut..... Chabut.....

panglimo potaseh berkata...

Lawan .. jangan tak lawan .. sapa yang boleh bagi lebih banyak duit dia lah yang monang .. mani es king .. zaman bilik kiraan undi tetiba blekaout dah berlalu .. itu berlaku somaso Chedet lawan Ku Li The Gua Musang King.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Hehehhehe..pekembar dah nak berpisah..kembar siam..kembar pusat..kembar seiras..kembaraaaa puas sudah ke kembara....kakkakakaka...pengembaran yang satu in akan berhenti mengembaralah gamaknya...semua kena ghout..semua kena tibi..semua kena kencing tikus.....duk rumahlah..duk lah kek lazy chair tu...pi mai pi mai tangtu je kalau dibuai.....pekembar...drop deadlah copat.