Isnin, 16 November 2015

SATU PERTANYAAN







FACE BOOK



Rakyat malaysia semakin hari semakin tidak suka BN. Isu-isu melibatkan BN, tidak menggembirakan rakyat Malaysia, malahan semakin membenci. Isu ekonomi, 1MDB, derma 2.6 Bilion, terbaru harta anak yatim kena rembat dan berbagai-bagai lagi isu yang rakyat semakin benci BN. Benci BN, sebab kehidupan rakyat semakin hari semakin tertekan. Tertekan sebab urus tadbir, penjagaan harta dana negara tidak betul. 

Jika betul, masakan duit tidak ada. Jika betul, masakan perlu kutip cukai macam-macam dari rakyat.
Bila rakyat tidak suka, rakyat kena cari alternative. Tengok-tengok, ada PAS, PKR dan DAP. Sokong 3 parti ini sebab tak suka BN. Bukan sebab suka sangat kat PAS, PKR dan DAP tu. Harapannya, berjaya kurangkan masalah rakyat. Kalau boleh hilangkan terus masalah rakyat, itu lebih baik. Walaupun, macam mustahil je.
Rakyat masa tu percaya. Manakan tidak. Ceramah je, bila sebut kafir je, mesti nampak ke BN. Kalau munafiq, mesti nampak BN. Kalau rembat harta rakyat, mesti nampak BN. Kalau jahat, mesti nampak BN.
Tiba-tiba, selepas rakyat bagi undi. Ada pula nak berkawan dengan BN. Ada pula, nak jadi pengukuh kekuasaan BN. Agak-agak, rakyat ini angkat kening ke tidak?


---------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sakit hati ja tgk Zaharin Blogger UMNO tulih.. kadang2 dia ni sewel jugak.. kadang2 ok..

http://zaharinmy.blogspot.my/2015/08/bila-kita-tidak-bersyukur.html?m=1

Hati2 ya.. Zaharin ni mulut benci UMNO..tapi hati mmg nak merembat fulusikom tetap berkobar2..

Tanpa Nama berkata...

Pegilah masuk kampung2. Terjah felda2. Jumpa orang asal. Pegilah ke tempat itu sekarang jugak. Berkhemah dan berkampunglah selama tujuh hari tujuh malam. Bulan depan datang lagi.

Buatlah program mesra rakyat. Gotong royong ke. Baiki rumah ke. Korek telaga ke. Minum2 kopi ke. Atau apa saja yang boleh menawan hati rakyat yang telah lama tertipu itu.

Jangan sekali2 ceramah dan kutuk bn keras2. Tak payah maki2 dan kapirkan bn. Orang kampung tak suka. Teknik macam tu tak betul. Katakan pada mereka. Kami akan buat lebih baik lagi kalau jadi pemerintah. Tuan2 panggil tengah malam pun kami datang. Puan2 boleh naik kereta yb kalau darurat nak bersalin di hospital. Pegawai kami bertugas 24 jam untuk santuni tuan2 dan puan2.

Cepat buat kajian lokasi mana yang paling strategik dan perlu dimulakan program. Jangan dok beri perhatian di kawasan rakyat dah cerdik saja. Mulakan sekarang. Jangan bengap kalau jadi orang politik. Kena cerdik dan muka tak malu untuk jumpa semua orang. Kena bermanis muka dan sungguh2 nak membantu rakyat.

Kau tahu tak. Duit berbillion2 sedang diberanakkan oleh bn untuk disuap cukup2 pada orang2 susah ini. Akhirnya kau tewas jugak pada pru akan datang.

Oleh itu buat program menawan hati rakyat sekarang jugak. Jangan banyak alasan!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju. Grassroot sangat penting dlm hal yg sebegini.