HENTIKAN POTONGAN MAKSIMUM PTPTN; BAYARAN BALIK JIKA PENDAPATAN SEBELUM CUKAI RM4,000 SEBULAN
Saya menyeru Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Shamsul Anuar Nasarah supaya mengeluarkan arahan serta merta kepada pengurusan PTPTN untuk menghentikan amalan membuat potongan bayaran maksimum PTPTN secara automatik bagi penjawat awam yang mengundang kontroversi setakat ini.
Saya telah menerima pelbagai aduan bagaimana sistem potongan cukai maksimum ini mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong. Ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN.
Sudah tentu tidak ada sesiapa di negara ini yang boleh menampung sara hidup dengan baki gaji puluhan ringgit apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi.
Oleh yang demikian, wajarlah amalan ini dihentikan serta merta sementara satu langkah yang lebih adil dan praktikal dapat dikenalpasti untuk dilaksanakan.
Saya telah berulang kali mencadangkan supaya PTPTN mengambil contoh amalan di Australia yang mana peminjam pinjaman pendidikan hanya perlu mula membayar balik pinjaman sekiranya gajinya lebih tinggi dari paras tertentu. Dasar ini bertujuan untuk memastikan peminjam yang terdiri dari graduan muda dapat memulakan hidup kerjaya tanpa terlalu dibebankan dengan hutang pendidikan. Setelah keadaan kewangan mereka lebih stabil, mereka akan mula dikenakan bayaran ansuran yang berkadar dengan pendapatan mereka ketika itu.
Maka, saya mencadangkan supaya PTPTN merubah kembali peraturan agar bayaran pinjaman PTPTN hanya bermula selepas peminjam memperolehi gaji sebelum cukai sebanyak RM4,000 sebulan. Sebagai pertukaran, peminjam perlu mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji yang disahkan oleh majikan setiap 6 bulan bagi memastikan mereka mula membayar secara potongan automatik mengikut jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.
Mana-mana peminjam yang tidak mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji bolehlah dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka engkar walaupun skim bayaran yang lebih adil telah ditawarkan kepada mereka.
Saya akan memfailkan satu usul di dalam sidang Parlimen Mac 2016 untuk membawa kembali isu PTPTN kerana ia telah menjadi beban kepada banyak keluarga muda. Saya juga akan mengusahakan dengan aktivis dan tokoh-tokoh anak muda untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan memperjuangkan nasib peminjam PTPTN dalam masa terdekat.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
-------------
3 ulasan:
Kimak betullah, dulu mak lembu pinjam 250 juta dah bayar ke, belum lagi?
Tak duit nak bayar bebudak malas gomen macam mana
Tak kan nak pau pau pauBANGLA jalanan saja
dah pinjam kena la bayar
masa meminjam tak pula hitung nanti mampu beyar ke?
korang tahu tak bilangan pensyarah di universiti tempatan dah terlalu ramai
ade yang berkursus, sambung PhD, master dsb tapi gaji jalan.
mesyuarat buat kat hotel2 & siap bermalam lagi sama anak bini.
itu sebab yuran tinggi
Catat Ulasan