Jumaat, 4 Disember 2015

SURAH SINGGANG




FACE BOOK

SURAH SINGGANG

2 dis, dijemput menjadi penalis forum isu Yapiem. Bersama Akmal, Syed Ibrahim dan Syukri razab bertempat di dewan cina, Kuala Lumpur. Forum berjalan dengan menarik. Tukar Tiub juga turut hadir.
Selepas forum, tukar tiub ajak beli baju hujan. "esok aku nak ke korea" katanya. "bestnya ke korea", ujar aku menyampuk.
berhampiran lorong haji taib, Kuala Lumpur, bukan sekadar ada pejabat agong PAS. Waktu malam, terdapat pasar baju2 bundel. Aku dan Tukar tiub shopping baju murah di situ.
Selepas itu, terus ke Warung Ikan Singgang di belakang UniKL. Tukar tiub berjumpa rakan lama. Tidak pasal2, Hadi Khalid pun datang.
Kami makan sakan malam itu. Ikan singgang, ikan goreng, telur goreng dan ulam-ulam. Petai adalah ulam terenak. Setiap kami minta air minum. Tukar tiub, minum teh tak ada gula, aku pula jus mangga dan aku tak perasan pula hadi minum air apa. Tiba2, sampai pula seorang lagi rakan Dapur jalanan. Aku tak tahu namanya sampai sekarang. Seorang ahli muzik yang pandai main viola.
Kami berbual dalam banyak tajuk. Antaranya, kaedah mengingat, kaedah menghafal al-Quran, pasal politik dan macam-macam lagi. Yang penting, kutuk Najib dan Rosmah satu kewajipan. terutama, malam itu kami baru tahu yang Najib dah mula buat undang2 diktator. Yang pasti, sekali lagi Tukar tiub ulangi bahawa dia akan ke Korea.
Semasa hantar Tukar tiub pulang. Dalam perjalanan, Tukar Tiub tanya tentang para ustaz. Tazkirah itu apa, kuliah itu apa dan berbagai-bagai lagi. Yang penting, Tukar Tiub ada sebut, dia anggap sebagai tidak munasabah jika orang agama pakai kereta mewah.
Sebelum dia turun dari kereta, dia kata, kalau nak jumpa dia, minggu depan. Mungkin dia maksudkan selepas balik dari korea. Namun, berita hari ini menandakan bukan minggu depan, hari ini pun boleh jumpa dia lagi.
Kah Kah kah.... Hancur United Malay Nasional Organization.... Kah Kah Kah.


NOTA:

surah ini tidak lengkap
lepas beli baju hujan
kedai bundle chow kit
ustaz wan ji belanja 
kami makan singgang
di singgang avenue

TERiMA KASEH



--------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak silap aku violinist itu mesti Man Iblis.
Die pakai celak tak?
Band dia SIMFONI KETIAK BERACHUN!

Unknown berkata...

Wan ji pun jd sial mcm hicam mudin atheis ....laknatulllah....ustaz sesat lg menyesatkan nau'zubillahiminzaalik