Khamis, 31 Disember 2015

RAKYAT NAIK DARAH









BERiTA BAIK

BiLA SEMUA

HARGA NAi

RAKYAT NAi

DARAH






5 perkara yang ‘NAIK’ pada 2015


Semua NAIK! Itu naik! Ini naik! FMT menuras lima perkara yang menandai liputan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Pada 1 April 2015, kerajaan telah menguatkuasakan GST dengan kadar cukai pengenalan sebanyak enam peratus.
Pelbagai bantahan dan demonstrasi telah dilakukan bagi menolak cukai yang dikatakan akan membebankan rakyat.
2. Pengangkutan Awam
Pada 2 Disember, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikan harga tambang iaitu sehingga RM7.20 sehala.
Manakala, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan untuk menaikkan tambang sebanyak RM20. Namun ia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 ini selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Manakala, tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur juga naik bagi sesetengah kawasan, namun kadar tambang di beberapa stesen kekal dan ada yang turun. Rasionalisasi ini berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd bertindak menyemak semula struktur tambangnya.
3. Kadar tol naik
Lapan lebuhraya bertindak menaikkan harga tol dengan kenaikan lebih 17 hingga 80 peratus iaitu di antara RM0.20 sen hingga RM3.00 pada 15 Oktober lalu.
Kementerian Kerja Raya berkata, penyelarasan kadar tol hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.
4. Utiliti
Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif air di Johor telah dinaikkan antara RM2.00 dan RM3.00 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.
Perkara yang sama turut dilakukan oleh negeri Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air pada hari sama Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April.
5. Rakyat 'NAIK' darah!
Kenaikan beberapa perkara secara mendadak telah menaikkan kemarahan rakyat di negara ini. Ramai berpendapat kenaikan itu tidak sepadan dengan kualiti dan perkhidmatan yang masih di takuk lama.



KAH KAH KAH
woit
ini berita baik
ini berita cun
ini berita molek
naik lagi 
naik naik lagi harga
kah kah kah
lagi naikan harga
lagi kenakan GST
mak cik pak cik
mula naik darah
kah kah kah
hasut untuk benci kerajaan
hasut untuk sokong pakatan
kah kah kah

NAiKKAN LAGi
--------------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Bani melayu ahli sunnah wal rasuah ni tak jadi apa...dgn perpaduan umno-pas ni, maka najib jd bersih suci dan yg kotor busuk adalah korang semua...tt n the gang yg kapir,murtad,ejen yahudi cina dap...pakatan tinggal harapan..pas akan tanding di seluruh penjuru alam...celaka!!!kahkahkah padan muka melayu satu malaysia kena tipu akan jd mcm kuantan

Nazrio berkata...

Kuantan daruL pussit..