Rabu, 27 Januari 2016

ADA SIAPA PERCAYA









LANTIK PENDAKWA BEBAS KHAS (“SPECIAL INDEPENDENT PROSECUTOR”) UNTUK BUKA KEMBALI KES DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK



Penjelasan Peguam Negara,  Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup kertas siasatan terhadap Najib berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum. Bukan sahaja alasan bahawa Najib  telah memulangkan kembali “derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas yang tidak dijawab oleh beliau.



Berhubung pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, T Apandi Ali seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Sebab itu saya terus bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak lain dan tidak bukan Najib  sebagai Menteri Kewangan.



Oleh yang demikian, alasan bahawa Najib  tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:



1.    Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut prosedur Kementerian Kewangan. Jika ini keadaannya, Najib sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;



2.    Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC International Sdn Bhd. Dalam keadaan ini, Najib juga sepatutnya didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dana awam.


Dalam kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Najib.



Saya percaya atas alasan ini juga, selain dari bukti-bukti siasatan yang lebih terperinci, Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas (“straight forward”).



Walau bagaimana pun, saya tidak yakin Peguam Negara, Apandi Ali sesuai untuk mengendalikan kes-kes bersabit dakwaan terhadap Najib memandangkan setakat ini beliau cenderong untuk menutup kes tanpa memberi penjelasan yang boleh diterima akal oleh rakyat.



Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya satu usaha dibuat agar Parlimen melantik seorang Pendakwa Bebas Khas (“Special Independent Prosecutor”) dari kalangan pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula siasatan terhadap Najib dan meneliti kertas siasatan SPRM dan Bank Negara setakat ini.



Saya akan berbincang dengan ahli-ahli Parlimen yang berlatar belakangkan undang-undang untuk merangka satu usul dan usaha membawa perkara ini ke sidang parlimen yang seterusnya dalam bulan Mac 2016.



Saya yakin rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak boleh putus asa dan terus mencari jalan baru sehinggalah kebenaran mengenai skandal-skandal ini dapat dibentangkan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka keadilan. Jika Najib beranggapan cerita lawak yang dibawa oleh  Apandi Ali semalam akan menutup kes ini, beliau merendahkan pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.



RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN     














-----------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oitttttt cisss sapa kata tiada yg caya najib suci murni. Tanya piem Kazakhstan....kah kah kah

Nazrio berkata...

Buat mender ..ngabihkan
Mengabihkan duit Rakyat jer
Lastly dia juga yg patuH Dan patuK~patuK syariaH

Tuan Sadiq berkata...

Dunia belum kiamat lagi. Panjang umur ada rezeki jangan lupa seret rakan subahat tu sekali. Jangan tekejut kalo ada pulak yang bunuh diri. Siaaaan....

Tanpa Nama berkata...

Hey rafizi, macam kau sorang je yg lintang pukang bongkar kes macam ni? yg lain ke mana? Gosok telor je ke?
haha

Tanpa Nama berkata...

Bazir duit saja

Ada PUNDEK

Semua close saja

Tanpa Nama berkata...

Jk koo ada bukti...ada fakta onn jee broo...rafizi bt mewakili rakyat terbanyak yg tk berpuas hati...aq sokong rafizi... Membongkar penyelewengan pm.kta cegah selagi termampu... Kta tk readha pd kemungkaran penyelewengan rasuah.