Khamis, 7 Januari 2016

SATU PANDANGAN






Malaysia Airlines perlu kreatif hidang arak, daging lembu, kata Wan Ji




FACE BOOK




Semalam saya ditelefon oleh wartawan berkenaan isu cadangan Dr MAZA berkenaan hidangan arak yang melibatkan MAS.
Jawapan saya adalah seperti berikut;
1. Menghalang Muslim hidang arak memang ada asas dalam agama. Justeru, cadangan Dr MAZA itu adalah benar.
2. Namun, pihak MAS mungkin perlu kreatif dalam hal hidangan arak, seperti memfokuskan hidangan arak itu dari pramugari non muslim sahaja.
3. Berkenaan cadangan Dr MAZA itu, ditanya, boleh tak dihalang juga kepada pihak MAS agar tidak hidang daging lembu demi hormati agama hindu? Jawapan saya; tidak perlu dihalang makanan daging lembu dalam MAS, sebaliknya pihak MAS perlu kreatif sahaja untuk elak sensitif yang melibatkan pelanggan2 mereka yang beragama hindu, seperti jangan minta pramugari hindu hidangkan daging lembu kepada pelanggan Muslim yang mahu makan daging lembu.
4. Pada saya, cadangan Dr MAZA bukan sekadar ada asas dalam agama, malahan pihak MAS boleh anggap meraikan hak pelanggan yang mungkin Dr MAZA adalah salah seorang pelanggan yang menerima khidmat MAS.
Wallahu ' Alam.

----------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Syabas Dr. Maza .. betul tu paramugari islam tak boleh hidang babi dan arak .. itu subahat namo nyo .. pilot islam pon kono tukar yg kapir tak mau subahat .. kerani, CC, pengurus yang islam sampailah ko CeO sumo kono ganti dongan kapir .. barulah afdeeel .. silap-silap Piem pon kono ganti yang kapir.

Tanpa Nama berkata...

Orang2 Islam yang ambil rasuah pun kena kreatif. Suruh laa orang2 yang ugama mereka menghalalkan rasuah untuk terima bagi pihak orang Islam yang memerlukan rasuah itu. Kemudian orang yang bukan Islam itu kena buat aqad "Inilah duit rasuah yang saya terima, dah kira halal untuk kamu sebab duit ini saya kira sebagai derma untuk kamu. Halalan wa toiyyiban. Amiiinnnn".

panglimo potaseh berkata...

Tuan .. itulah amalan yang sedang di praktik kan sekarang .. lihat betapa kreatif nya najib dan suaminya melenyapkan duit beribu juta .. yang dibacanya derma, berumrah, goyang zikir .. lihat betapa syahdunya Piem kita bergambar dengan para ostaz dan alim ularmak didepan kaabah .. subhanallah .. cukup satu pakej.