Rabu, 3 Februari 2016

UNTUK MAKLUMAN





Dapur Jalanan Kuala Lumpur
6 hrs
Untuk makluman
Kebelakangan ini, terdapat beberapa aktiviti penipuan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Dapur Jalanan Kuala Lumpur. 
Sehubungan itu, kami di Dapur Jalanan-KL ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah membuat, menganjurkan, mahupun terlibat dalam sebarang bentuk jualan amal dalam bentuk barangan elektronik/telekomunikasi. Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab dan tipu daya individu yang kerap kali menggunakan nama Dapur Jalanan-KL untuk tujuan kepentingan peribadi. Berikutan itu, suatu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers-Kuala Lumpur demi menghentikan aktiviti penipuan yang dilakukan atas nama Dapur Jalanan-KL.
Kepada teman-teman lain yang telah turut menjadi mangsa atau terlibat dengan cubaan penipuan oleh individu tidak bertanggunjawab ini, anda dinasihatkan untuk turut membuat laporan polis bersama.
Terima Kasih
Koordinator
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
2 Februari 2016



----------

Tiada ulasan: