Dalam tulisan yang lepas-lepas saya telah menerangkan apa itu Daulah Terpendam- deep state. Saya telah juga menerangkan apa itu Salah Bendera - false flag. Saya juga telah menerangkan apa makna mengolah persetujuan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0UakUwfYfwaBJ8_h-txvfHVhZzmBsRLxTVfxaxWS2uY_BNRpg-zmrrA3nB5Dto7e4zAu13LrEG_xV5RS9YEITkLbBt3leiAtYSUep04PlTTSyA-xAxk3pYrUnGXIEC13r6e9KeujRmmA/s320/Najib-Netanhayu.jpg)
Gagal memahami peranan ekonomi sebagai jurumudi kehidupan menusia maka segala analisa politik, segala tulisan tentang politik adalah tempang dan lompong. Analisa tentang para pemain politik juga penting tetapi adalah lebih penting untuk memahami siapa dan apa dibelakang sosok-sosok para pemain politik ini.
Saya ulangi pekara diatas kerana saya amat yakin akan kedatangan ledakan ekonomi tidak lama lagi. Tanda-tanda kesampaian ledakan ini semakain jelas. Justeru ianya mewajibkan saya untuk memberi penerangan sajelas mungkin agar kita semua bersedia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipi-4_gMfOuBTRqwfjFDmqnDmwTejSQbvm7Rc_b7PsJsUulVQzpch9cIxqVJhyphenhypheniQQ_jVZ5KDaT1FKDLUbILd5nT71jjJM6KUn-8y0GM36HNxuMcP2Yx3FuYcsc1Q-O2Yut4xu4qKwpVGo/s320/1MDB+-+BANK+NEGARA.jpg)
Juga saya berharap hasil dari pencerahan ini , para pembaca tidak secara senang akan menerima ucapan atau cakap dari mana-mana politikus, dari mana mana Mufti, pemimpin agama, mana mana ahli politik kendati pun si Polan itu bernama Najib atau si Polan itu berpangkat Ketua Polis Negara.
Lagi besar pangkat mereka lagi banyak kepentinagn ekonomi dalam saku mereka. Lagi besar pembohongan dan putar alam yang akan mereka lafazkan. Ini hakikat politik di Malaysia hari ini. Ini bukan satu hasutan
Kerana ini saya telah dan akan terus menerangkan apa sebenarnya dibelakang krisis ekonomi yang sedang berlaku hari ini. Saya memberi latar belakang agar ianya dapat dilihat dengan jelas dan tuntas.
Saya melihat banyak projek salah bendera telah dipentaskan. Banyak lagi sedang dirancang dan diatur oleh daulah terpendam. Setiap projek salah bendera bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai. Persetujuan orang ramai diperlukan agar tidak berlaku huru hara yang tidak disusun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9pbTGQ57-Xfy_8-rd8BZ1OuTkkKNw9Tdjmbt46HILJ10g5kT58buiUObRQMupzkWMMjasZFKsZq5p-s3k1m_TanL5gipfCfiBw7Qts4msr6I2XAbjWV05Eg4M1-LWDMyBI7cOZjL71HA/s320/MANA+DUIT+ITU.png)
Contoh terbaik ialah Demo Baju Merah, atau Trajedi Low Yatt atau apa yang terjadi dikedai talipon di Kota Raya. Semuanya diatur oleh daulah terpendam. Dibelakang Baju Merah ialah daulah terpendam yang menyusun huru hara yang akan melahirkan keputusan dimana kepentingan orang kaya akan terus terjamin.
Hakikatnya projek salah bendera dipentaskan oleh daulah terpendam sebagai wayang kulit untuk memperkokohkan keyakinan kita semua bahawa kita duduk dalam negara bernama Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi berparliman bermakna kita ada hak bersuara melalui parlimen untuk menentukan arah mana negara ini wajib dikendalikan.
Tapi di Malaysia dan dibanyak negara dalam dunia ini yang wujud hanyalah prosedur demokrasi. Prosedur demokrasi bermakna kita memiliki prosedur untuk demokrasi. Kita ada prosedur untuk pilihanraya - ada parlimen - ada Dewan Rakyat, ada Dewan Negara, ada Dewan Negeri, kita juga ada lembaga saperti SPRM, ada Peguam Negara, ada PDRM, ada mahkamah dan pelbagai lembaga daulah. Malah jika kurang yakin - Malaysia juga ada SUKAHAM.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7oJxxw8_8-PwNEMfyCLho2t5UiZPbPE-yunLWfAPJp7SoDjEEjTo-i2sIHwPcS-GASCsztn_wZlaCqeqSdn7SvhpisFdff21UCdyQt3Er41YWgYu5kr9uHwhpxUrBghnMD_Dv9fL6Pj8/s320/TTPA+4.jpg)
Justeru mustahil Peguam Negara yang dilantik oleh Najib akan mengeluarkan kertas dakwaan terhadap Najib dalam kes duit 2.6 bilion ringgit. Atau Peguam Negara akan membuat rayuan terhadap keterlibatan Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Atau Peguam Negara membuat rayuan terhadap kes rasuah lembu - suami Shahrizat. Sampai hari kiamat pekara-pekara ini tidak akan berlaku.
Dalam dunia kapitalis hari ini demokrasi dijadikan topeng oleh satu kumpulan elit ekonomi dan elit politik. Ianya bukan hanya berlaku di Malaysia. Di Amerika, di Australia, di Canada, di New Zealand - pekara yang sama berlaku. Di satengah negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika - mungkin lebih terok lagi. Tidak ada sandiwara pilihanraya , tidak ada ilusi demokrasi. Tidak apa topeng-topeng. Kuasa dimiliki oleh elit politik dan elit ekonomi melalui rampasan kuasa.
Contoh yang paling jelek lagi memualkan ialah negara Saudi Arabia dimana elit politik dan elit ekonomi mendapat kuasa dengan menjual nama Allah, nama tuhan dan agama. Ini hakikat bukan fitnah.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOwHn2pLvVuW3NTnhmMdMzlB6XePBN-Drr5nqhnTqPd1WooI5exyiMcCMway0Cvc-RxCwkO0XE_rV2ObDK5Kfl1W7GuNUZnqdjJqEZdtIgKAlLzgC3P7tor95fwVcJnmIanqxoAufaFVM/s1600/WAR+1.jpg)
OXFAM - sebuah Ngo anti-kemiskinan yang berpusat di United Kingdom telah membuat satu kajian. Oxfam telah mengumumkan kajian dimana dalam tahun 2010 seramai 66 orang ( enam puluh enam shaja) yang terkaya dalam dunia ini telah menambah 44% harta harta kekayaan mereka untuk menjadi 1.76 trilion dolar.
Jumlah harta 66 orang ini sama dengan jumlah harta 3.5 bilion warga dunia ini. Ini fakta bukan fitnah atau hasutan dari Hishamuddin Rais.
Sosok-sosok ini bersama syarikat milik mereka berjaya menggunakan hukum dan hakam untuk ‘menyorokkan’ 7.6 trilion dolar. Justeru mereka berjaya melarikan diri dari cukai. Jumlah cukai yang dilarikan ialah 160 bilion dolar.
Ini juga bukan kenyataan yang berbau hasutan tetapi fakta dari Oxfam yang dilaporkan oleh Al-Jazerra pada 8 Januari lalu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBv1nYKYXq1vReYzQ66ojbY_l9mkcGlcr8YVOk0XdAYroek-UkHF6EOyxjM9NkuYVkr3fDlC0um0VfyyWgvBfIYo2UNMmLy0A237F3lVuQOXtGQ53TPtZ00FUBFuELomidMalDOf3KKO0/s1600/WAR.jpg)
Kuasa yang dimiliki oleh 66 sosok ini cukup besar. Mereka memiliki dan mengkontrol apa sahaja dalam dunia ini. Mereka ada kepentingan dalam apa sahaja perniagaan dalam dunia ini. Contoh terbaik dalam dunia hari ialah kewujudan 6 buah syarikat media gergasi. Syarikat media ini mengkontrol dan memiliki 90% media Amerika justeru 6 saluran media ini dapat mempengaruhi berita dan budaya dunia.
Jika media yang mereka kontrol melaporkan Isis telah menyerang Jakarta - maka semua berita dunia akan melaporkan Isis menyerang Jakarta. Jika media milik mereka melaporkan Isis bergerak di Malaysia maka semua media dunia akan melaporkan Isis sedang bergerak di Malaysia.
Dunia yang wujud hari ini adalah milik kaum kapitalis. Elit politik dan elit ekonomi global berkerjasama dengan elit politik dan elit ekonomi tempatan untuk memiliki, mengawal dan mengkontrol semua punca-punca ekonomi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsRjbZO5qASkaGRlzsnm17o2tjnKGNJKv96_78WDiQTBdaTQYR2ics18lNYK7QiS2NpHXt7DUCczlFwzIhyTQ75sK2xoqIEUfdtJhW6uylhGj3KilK9WhjiiurFuBrbzFtvbRXoNIMBxQ/s320/ZIONIS+2.jpg)
Justeru pertempuran yang akan datang ialah pertempuran antara 66 Orang Terkaya bersama berbilion rakyat dunia.Yang miskin jelas berjumlah ramai. Yang kaya sadikit. Pasti yang berjumlah ramai dapat mengalah yang sadikit. Sabar dulu. Dinilah munculnya daulah terpendam, salah bendera dan strateji mengolah persetujuan.
Dari sinilah juga muncul ISIS. Gerakan yang mahu mewujudkan kembali apa yang mereka panggil negara berkhalifah. Mimpi Isis untuk mewujudkan gaya hidup saperti 1500 tahun dahulu - gaya hidup umat manusia sebelum wujudnya Internet dan Brickfields.
Saya pungut maklumat Isis dari laporan New York Times pada 21 Jun 2012 dahulu. Malah pada 12 Ogos 2012 Difense Intelligence Agency (DIA) - salah satu lembaga risikan milik Amerika telah memberi laporan betapa perlunya satu gerakan Salafi didirikan di Hasakan dan Derr Zor ( wilayah timur Syria). Strateji SALAFI Amerika ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Basheer al-Assad di Damsheik. Ini bukan fitnah ini laporan resmi dari lembaga risikan Amerika pada tahun 2012 lagi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZ_V3vbzbOT9mWKx3L6ZjVKr71YAb-ELYdByNia308chyphenhyphens29jvmYsjIMSjhxiKccTNwyHx20hBibqE3oYGQw4GfQNFucvLO3D1Ce3sdzk5PNqGa3WnwbGQK_tgJcL5yln7kRrfBQkzbaM/s320/UNDUR+NAJIB+ed.jpg)
Semua ini adalah angka-angka resmi. Angka yang tidak resmi mungkin lebih dari ini. Lalu persolan timbul - kenapa semua ini berlaku? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzhJ7kASV23t0QN_WQLz93teNWjbj6eoGQEkVebr-Fn6EXyTsxOhQR60uA-q4Ev4zEDLh2M2hD1voSkN4VsSc5Nxd_ITVFeDJo4fV-mxoWy1BnKB4ee8FeR_ZUViduDvcNUeusgEYxYhg/s320/MANA+2.6+BILION+1.jpg)
------------------
6 ulasan:
Lancou tt.sambung la tgh syok baca stop pulakkkkk.kahkahkahkah
TT bila menulis memang pembaca akan terlena. TT mesti terer ejas awek kan. Wakakaka
Tu la...cheroi betui la...baru nak pancut dah kena cabut..hampeh ngko jang
Tuan TT yg budiman,
kalau menulis biarlah panjang-panjang.
Pendek macam ni punya artikel, editor Gila-Gila pun tak kasi lepas.
Teruskan!
Ladzat.
bro tt.. bila mau kasi keluar buku perjalan menang isa?
Catat Ulasan