Rabu, 13 April 2016

MAHU PERUBAHAN

 
 
 
 
MAJORITI
 
MAHU
 
PERUBAHAN
 
 
Undi sokong siapa: 585 pilih 'Mahu Perubahan'
 
SHAH ALAM – Berdasarkan undian yang dijalankan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim di Facebooknya, seramai 585 pengikutnya memilih ‘Mahu Perubahan’.
 
Sementara itu, 172 lagi pengikut beliau memilih ‘Sokong BN’ dan 107 memilih ‘Sokong Pembangkang’ manakala 36 memilih ‘Lain-lain Pandangan’.
 
“Mohon maklum bahawa jumlah undian setakat 10.54 malam, 11 April 16. Jumlah keseluruhan ialah 900, jumlah komen 887. Terima kasih,” tulisnya.
 
Sebelum ini, beliau memuat naik status di akaun rasminya itu yang meminta pengikutnya membuat undian pada status berkenaan.
 
“Banyak kawan-kawan bilik sebelah mengemukakan undi fasal Najib. Saya akan komen selepas ini. Saya ingin bertanya kawan-kawan dan pengikut saya.
 
“Sokong BN tulis 1, Sokong Pembangkang tulis 2, Mahu Perubahan tulis 3 dan Lain-lain pandangan tulis 4. Berilah pandangan ikhlas. Semoga ALLAH SWT memberkati,” katanya.
 
Pada status sama beliau memberitahu bahawa daripada 222 jumlah kerusi Parlimen, BN 134, DAP 37, PKR 29, PAS 13, Amanah 8.
Setakat ini undian itu masih berlangsung tanpa disebut tarikh akhir undian berkenaan.


KAH KAH KAH
 
woit yb
 
bila lagi
 
dah ramai
 
minta berubah
 
tak kan tak
 
faham faham
 
kah kah kah
 
HAMPEH LOOH

-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak jelas maksud mahu perubahan..orang politik berbeza maksud tersirat dari yg tersurat..