Ahad, 17 April 2016

MASA DEPAN CERAH







HEBAT
BETUL KE

BERITA INI

WOW! KALAU

BETUL MEMANG

EEEBAAAT


SPRM kepung balai polis

Butterworth: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang terpaksa mengepung Balai Polis Ayer Itam dekat sini, sebelum menahan lima anggota balai berkenaan, awal pagi Sabtu.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam satu kes rasuah.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang,  M Samarajoo dipetik berkata, semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima pihaknya.

"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang,  Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan dan penahanan anggotanya itu.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/131232#sthash.ZO9oHfM0.dpuf


KAH KAH KAH

woit

kalau benar ini

nampaknya

masa depan kita

makin cerah

kah kah kah

tahniah salut

tapi apa jadi 

kes 1MDB?

kah kah kah

SATU EM DI BI


-----------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Begitulah SPRM .. boleh selesaikan kes kocik jo. Memang SPRM di bentuk begitu, dibiarkan bersaiz kerdil, supaya tak melawan dan mengigit tokeh. Cam tu jugak pada jabatan hutan dan alam sekitar, tak cokop staff untuk menanggi masalah Kemeron, Linas, boxsit, balak rezab utan. Yang ramai Polis dan Ostad, sebab mereka ini lah tempat orang yang buat jahat berlindung dan bersih dosa.

Tanpa Nama berkata...

Dgn ikan bilis busuk berani laa bertindak.... Cuba bt sebegitu di putra jaya.... Tangkap.... Jk ada satu bukti....siasat utk dptkan semua saksi dan bukti... Ini tukar pegawai penyiasat...sampai mampos siasatan tk siap.

Tanpa Nama berkata...

Kemudian Baginda Rasulullah saw berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya