Sabtu, 21 Mei 2016

ESOK PAGI





ESOK PAGI



Kami menjemput saudara-saudari menghadiri Majlis Memperingati Said Zahari seperti berikut :



Tarikh    : 22hb Mei 2016 (Ahad)

Masa      : 10:00 pagi
Tempat  : Auditorium, Tingkat 1, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, No 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur


Yang Hadir : 
1. Ahli keluarga Said Zahari
2. Dr. Syed Husin Ali
3. Dr. Jomo KS
4. A. Samad Said
5. Prof Abdul Rahman Embong
6. Tan Kai Hee
7. Chin Sung Chew
8. Masjaliza Hamzah
9. Chang Teck Peng
10. Adam Adli
11. Amirx Abd Hadi

MC : Fahmi Fadzil

Program-program termasuk ucapan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga Said Zahari, membaca puisi, nyanyian lagu, tayangan filem dan lain-lain.

Majlis ini bertujuan menghargai sumbangan Saudara Said Zahari kepada bidang kewartawanan dan politik di Malaysia dan Singapura sejak tahun 50an.

Saudara Said berlahir pada tahun 1928 di Singapura dan meninggal dunia pada 12 April 2016 di Malaysia. Selaku Ketua Pengarang Utusan Melayu, beliau telah memimpin satu mogok untuk menentang UMNO mengambil alih suarat khabar tersebut dan mempertahankan kebebasan media pada tahun 1961. Sehingga hari ini, beliau masih diingati sebagai tokoh kewartawanan paling penting dan berani dalam sejarah perjuangan kebebasan media di Malaysia dan Singapura.

Selepas mogok Utusan Melayu, Said kembali ke Singapura dan bersedia memimpin Parti Rakyat Singapura. Ketika dipilih sebagai Pengerusi Parti Rakyat Singapura, serta-merta, beliau ditahan oleh kerajaan Lee Kuan Yew pada tahun 1963 dan bermulalah tahan tanpa bicaranya selama 17 tahun. Selepas dibebaskan pada 80an, beliau berpindah ke Malaysia dan duduk bersama dengan anaknya.


Saudara Said Zahari harus diingati sebagai seorang pejuang rakyat dalam sejarah demokrasi Malaysia dan Singapura, semangat dan keberanian beliau dalam mempertahankan kebebasam media, sistem demokrasi dan suara rakyat harus kita semua memberi tribut dan teruskan perjuangannya.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2658448 / 03-79578342.
Anjuran Bersama :

Strategic Information & Research Development Centre (SIRD)
Pusat Sejarah Rakyat
Monsoons Malaysia
Civil Rights Committee of KLSCAH
Yayasan Usman Awang



------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak buat joget lambak ke bro? Klu ada kan bagus..meriahlah sikit. Pd malam takde tayangan blue filem ke bro? Kan best ada. Hotak ko ngan umno kan sama bro. Apa salahnya bro sekurang2nya boleh kutip duit untuk perjuangan kita menegakkan negara komunis atau sosialis macam yg ko cadangkan. Sori bro banyak cakap.

Tanpa Nama berkata...

Bebudak SEMUA KAUM jenis LAHAP FREE

Kalau ada FREE FLOW kopi dengan Nasi Lemak BUNGKUS saja cukup

100.000 ORANG boleh datang

MAT BOROI

MAT KAMPAU

Mesti ada punyea


Moga2 Sukses Pak !!!!!

panglimo potaseh berkata...

OK jugak cadangan 4:26, untuk adakan tayangan filem biru pada malamnye .. nanti bila dah stim boleh entot reramai. Tak lah cam kawan PAS kita yg sekor tu, pi Jerman tengok blue sengsorang .. free pulak tu .. bila stim tak tau lak dia lepaskan pancutan camne.

Tanpa Nama berkata...

Tgk blue, ada org tolong bayar. Bila kene atas batang hidung sendiri, senyap menikus!!!