Ahad, 26 Jun 2016

JUMAAT MALAM SABTU MALAM







JUMAAT 

MALAM


BUAT KUEH
ramai aktivis dan
penyokong dapur jalanan
penyokong kelab bangsar utama
penyokong universiti bangsar
pendengar radio bangsar
datang untuk beramal jariah
malam jumaat yang lalu
mereka meluangkan masa
untuk bersuka rela
membuat COKOLAT LA GORDO
cokolat ini untuk jualan
jualan untuk mengumpul dana
dapur jalanan


cokolat  LA GORDO ini juga
di hadiahkan kepada
warga miskin kota
anak semua bangsa
dan bangsa semua agama


MALAM 

KELMARIN

KEDAI KAIN BAJU


pada petangnya ada
kedai percuma di jalan panggung
kain baju untuk warga miskin  kota
bila masuk malam  LA GORDO
di hadiahkan kepada warga miskin kota


AMAL JARIAH

kepada abang adik kakak
sila lawati gerai patin tempoyak
di bazar ramadan bangsar utama
patin tempoyak ada dijual
COKOLAT LA GORDO juga
ada dijual sama
semua ini kerja amal
anak anak muda kelab bangsar
dalam usaha amal bakti mereka
untuk mengumpul dana
khusus untuk warga miskin kota
membeli sambil beramal


ZAKAT
kesesiapa mahu berzakat
terus kepada dapur jalanan
sila masukan zakat anda ke bank:

CIMB: 8001-7278-49 

SPKL Collective


SELAMAT

SAHUR


----------

1 ulasan:

Nazrio berkata...

Padan muka pusat-pusat semua...sakit sangat hati ku makan duut org miskin atas nama ugana...ohhh pusat