.

Sabtu, 11 Jun 2016

WARUNG DAPUR JALANAN





MEMBELI

SAMBIL 

BERAMAL

DAPUR JALANAN
saperti biasa bulan puasa
dapur jalanan tidak memberi
makanan pada petang ahad
ini kerana ada banyak
amal jariah  yang dijalankan
oleh pelbagai badan kebajikan
pada bulan puasa ini
amin

lalu dapur jalanan
membuka warung
di pasar ramadan
jalan bangsar utama

PATIN TEMPOYAK
ASLI TEMERLOH

dapur jalanan juga menjual
patin tempoyak asli temerloh
dapur jalanan dapat bantuan
ikan dan tempoyak dari temerloh
masakan ini menggunakan resipi asli
malah tukang masak khusus
akan memasak patin ini



CHOKOLAT LA GORDO
saperti biasa para sukarelawan telah
datang membantu  dapur jalanan
kali ini dapur jalanan membuat
biskut raya bernama chokolat la gordo
coklat badam walnut dan kismis
semua biskut dibuat 
dengan bantuan aktivis dapur jalan


WARUNG DAPUR JALANAN
untuk mendapatkan
patin tempoyak asli temerloh
untuk mendapatkan le gordo
sila datang ke  warung
dapur jalanan
di pasar ramadan
bangsar utama
belakang stesen lrt bangsar


AMAL JARIAH
saperti biasa semua yang dilakukan ini
adalah tenaga amal jariah 
dari tim dapur jalanan
juga bantuan aktivis dapur jalanan
juga bantuan sukarelawan yang  setia
datang membantu dapur jalanan
tanpa mereka tidak ada
dapur jalanan


DIJEMPUT DATANG
DAPUR JALANAN 
DI BUKA SENIN INI
abang adik kakak
mak cik pak cik uncle
semua dijemput membeli
sambil membeli sambil beramal
untuk dapur jalanan 
untuk warga miskin kota
amin






CHOKOLAT 

LA GORDO


-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terbaik pakcik tt

Mat Safian berkata...

Orang yang memberi makan kepada orang yang memerlukan sangat dicintai Allah.

Sabda Rasulullah SAW;

"Barangsiapa memberi makan saudaranya hingga kenyang, lalu memberinya minum hingga hilang dahaganya, nescaya Allah akan menjauhkannya (si pemberi sedekah) dari api neraka sejauh tujuh jurang, antara satu jurang ke satu jurang yang lain perjalanannya sejauh lima ratus tahun." (Hadith sahih)

Teruskan usaha muliamu team Dapur Jalanan.

Tanpa Nama berkata...

Tak Perlu Amam Jariah..


sebab.....sebab.......oleh kerana
Kita semua bayar GST...
GST tu lah Amal Jariah....kakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Selagi hidup, berbuatlah kebaikan dari segala bagai kebaikan yg ada. Jangan malu2. Kebaikan bukan untuk ditunjuk2... bukan juga dibangga2..jauh sekali menghina..

Ianya diharap menjadi kebaikan yang akan memudahkan hidup kita di alam yg akan datang. Kebaikan2 yg segala bagai inilah akan membantu kita untuk hidup abadi tatkala mengadap Yang Maha Esa.

Waktu inilah sehalus2 dan sekecil2 kebaikan sangat2 kita perlukan waima niat baik yg terlintas dihati pun tetap dikira kebaikan. Setiap kebaikan akan menjadi cahaya masing2, dari malap sehingga terlalu terang, mengikut tahap keikhlasan kita berbuatnya sewaktu hidup yg singkat ini.

Barangsiapa yg berbuat semata2 kerana Yg Maha Esa, semata2 kerana tunduk akan apa Yg Maha Esa sudah gariskan melalui para utusanNya, itulah sebaik2nya.

Selebihnya, demi mendapat rahmatNya, beruntunglah kita.