Jumaat, 30 September 2016

BILA NAK ONLINE SILA BERITAHU






BILA HADI

ONLINE 

DENGAN ALLAH?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


Usul Hadi kehendak Allah, ulama PAS jawab mufti
 | September 30, 2016
Dewan Ulama PAS berkata hanya komen positif dapat membantu usaha memartabakan mahkamah syariah.






PETALING JAYA: PAS hari ini mengkritik Mufti Pulau Pinang, Dr.Wan Salim Wan Mohd Noor selepas kenyataannya menasihati umat Islam jangan cepat mengkafirkan orang kerana tidak bersetuju dengan usul presiden parti itu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Dalam reaksinya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat,  Lebai Mohd Khairuddin Aman Razali menuduh Wan Salim bercakap bagi kepentingan politik pihak tertentu.
“Nampak gaya cara bercakap mufti itu dia seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu,” katanya kepada FMT tanpa menamakan parti yang dimaksudkan
Semalam, Dr Wan Salim berkata RUU yang dibentangkan Tuan Haji Abdul Hadi Awang Mei lalu itu tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dan oleh itu wujud kelemahan yang perlu diperbaiki.
Beliau turut kecewa segelintir agamawan yang dengan mudah mengkafirkan pihak yang tidak setuju dengan RUU 355.
Sebaliknya, Lebai Khairuddin berkata usul itu membantu menegakkan kehendak Allah.
“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah,” kata Lebai Khairuddin.

NAK ONLINE

BERILAH TAHU

BOLEH 

CONFIRM

REQUEST


--------------

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DUNYA.... DUNYA

Semua nak di BAHALOL kan

Sendiri sudah cukup LOL , tak payah LOL kan yang lain

Bangsa sendiri pulak tu

Melayu memang problem

Yang papa kedana tipu ZAKAT pun Melayu

Apa nak jadi dah Orang Orang Agama nih

Tak takut SEKSA KUBOR ke ????

KC@DRP1 berkata...

Kalau gue kata pengikut pas ni sama macam pengikut ayah pin...agak-agak dia orang marah tak?. Kalau kita lihat dia orang punya taksub dengan ketua sama macam pengikut ayah pin. Apa saja ketua cakap mereka pakat-pakat percaya...kalau sanggah alamat kafir le nampaknya. Tapi dia orang ni tak ada otak ke nak fikir????. Sudah berapa kali ketua mereka bercakap bohong dan berucap sambil maki hamun orang. Agaknya mereka dah pekena pil kuda atau air daun ketum kot. Kalau zaman dahulu samalah dengan abu lahap yang berucap sambil maki hamun nabi.

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu sapa masuk sorga atau neraka bila dh nak mati nanti....tanya ularmak PASN kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Syariat Allah adalah Keadilan untuk umat manusia dan bukan undang undang yang di reka dan ciplak dari lain lain budaya dan menamakan islam. Ulamak atau Ular dam Semak. Kebodohan Umat dan Penipuan Ulamak....

Tanpa Nama berkata...

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


kalau nak laksana hukum ni kena tanya sapa pulak
nak buat hukum ni kena ada usaha dari manusia jugak
kalau tidak tak jalan

apa punay boddo kenyataan tu
nampak jugak boddo tu

Tanpa Nama berkata...

Usul tuang amanat adi jangan dibantah, kelak amanat yang disimpan dalam tin Milo akan dileluarkan balik.Kalau 2.6 bilion disumbat dalam tin Milo, agak2nya berapa banyak tin Milo akan dikitar semula sebagai taboong?

Tanpa Nama berkata...

Makin pelik laa lebai lebai pas ni. Sikit masa lagi aku rasa lebai lebai ni akan angkat hadi jadi nabi atau rasul... err atau hadi mmg dah diangkat jadi nabi? Hehehe

Tanpa Nama berkata...

Politik bodoh ialah politik yang mempolitikkan tin Milo.Kalau 2.6 billion disumbat dalam tin Milo, banyaknya tin digunakan tidaklah tahu berapa dan tidaklah banyak tin Milo untuk 90 jota berbanding tin Milo 90 jota.

Sehingga niari ini WSJ boleh lah dipanggil warta selasa jurnal dan SR itu dipanggil SELASA REPORT kot.

Manusia mungkin makan nasi atau roti tapi sikap/perangai yang bodoh adalah tanggungjawab diri sendiri empunya badan.

Tanpa Nama berkata...

Isi kandongan derma tin Milo mungkin akan diosakan pada masa hadapan.duit derma yang disisip dicelah lobang tutup tin Milo dianggap seperti perjalanan duit merentas pelbagai syarikat, akaun peribadi, bank-bank pelbagai negara.Suatu hari nanti jangan dipersoalkan tindakan DOJ Amerika akan menyita tin-tin Milo Dan nama tin Milo akan disebut beratus Kali dalam dokumen DOJ..Ada Ku kesah?

albert magic berkata...

scandal 1 mdb itu pun kehendak allah swt juga lah ye lebai